.....

Tuesday 30 November 2010

Nak Jadikan Cerita

hari ini kerja aku melawat blog-blog member2 bloggers sambil menKLIK nuffnang dorg.

so nak jadikan cter, aku tersengah kat satu blog ni.. aku tertarik sebab stu blog ni.. nama dia cam sama ngn member sengal aku.. nama blakang tu.. came la awak.. tp kat dpn Ms...dat mean cik puan utk member sengal aku lah kan??kan kan .... (paham tak.. tak paham wat paham je :p)

so aku pun melilau lah baca blog dia.. cter sal kesedihan dia.. kehappy-an dia.. kegelisahan dia.. kemurungan dia, kekecewaan dia , dan segala yg melibatkan perasaan dia catat.. bagus gak dia ni kan.. jadi bila bca2 .. betul la dia ni awek kepada member aku.. bile baca cter dia ni.. bru aku tahu perangai member aku ni.. aishhhhh tak sungguh ku sangka KWN!!!..

wat Ever itu KehiduPan korg la kan kan kan ... ( ape kne ngn aku kan ) , tp mslHnya di sini.. aku se mcm member aku ni mempersendakan kaum perempuan jer..  naper ek?? ni yg wat aku bengkek je.. sesenang je nak main kan org..  tp aku tak knal dia sgt.. cuma selalu berborak.. kekdg se cam berslh lak ngn awek dia.. ase ase awek dia tahu ke yg aku ni selalu chat ngt pakwe dia?? hhuhuhhu.. bahaya gak aku ni...
 :D :D gelak sakan ( tanduk naik ) blh kire hari hari la .. tp kkdg ade gak miss.. bile dia SBUk mengalahkan menteri.. tp kwN je ( no gosip gosip k).. sebab aku tau dia dh Ade Buah hati.. tp buah hati dia dlu org lain..


hebat gak ko ek member... ramai pemenat ko.. eh silap peminat.. laku gak ko ni.. walaupun mUka cam cuka getah.. tp hangat di psaran nampak skg.. wat eber la member .. dengar2 ko dh nak kwin.. haha ha ha .. cepat2 la kwin.. makin lama2 kan byk lak dosa.. dan Yg peting ko kene blajar.. memahami hati wanita.. KEJELESAN tu.. sebhgian dr perempuan.. tak kira la perangai cam jantan pun.. cemburu ttp JELEs yerrrrr....

dah la.. penat membebel ni.. aku nak makan..

p/s : saper terasa minta maap ler yer.. ni blog aku.. aku nyer suker laa... ekekekkek  cau..

~jangan kau cuba impikan untuk menjadi insan lain, kerana kau adalah insan yg bermakna.. untuk siapa diri kau sebenarnya ~

Mood : sedaNg sedAng

Saturday 27 November 2010

lyrics : chand sifarish Faana


hmm hmm hmm hmmm la la la
hey hey hey hey ah ha
subhaan allaah subhaan allah subhaan allah
subhaan allaah subhaan allah subhaan allah
valle valle
valle valle
valle valle
chaand sifarish jo karta hamari deta woh tumko bata
sharm-o-haya pe parde gira ke karni hain hamko khata
zidd hain ab toh hain khud ko mitana hona hain tujhmein fanaa
chaand sifarish jo karta hamari deta woh tumko bata
sharm-o-haya pe parde gira ke karni hain hamko khata

valle valle
valle valle
teri adaa bhi hain jhonke wali chhu ke gujar jaane de
teri lachak hain ke jaise daali dil mein utar jaane de
aaja baahon mein karke bahana hona hain tujhmein fanaa
chaand sifarish jo karta hamari deta woh tumko bata
sharm-o-haya pe parde gira ke karni hain hamko khata

subhaan allaah subhaan allah subhaan allah
subhaan allaah subhaan allah subhaan allah
hain jo iraaden bata doon tumko sharma hi jaaogi tum
dhadakanen jo suna doon tumko ghabraa hi jaaogi tum
hamko aata nahi hain chhupana hona hain tujhmein fanaa
chaand sifarish jo karta hamari deta woh tumko bata
sharm-o-haya pe parde gira ke karni hain hamko khata
zidd hain ab toh hain khud ko mitana hona hain tujhmein fanaa

Lyric : Chanda Chamke - Faana


 
chanda chamke cham cham chikhen chaukanna chor
chiti chaate chini chatori chinikhor
chanda chamke cham cham chikhen chaukanna chor
chiti chaati chini chatori chinikhor
kitna mushkil yeh gaana zara gaake dikhana
chanda chini chamke chaate chaukanna chikhe chor
chanda chamke cham cham chikhen chaukanna chor
chiti chaati chini chatori chinikhor

khadaksingh ke khadakne se khadakti hain khidkiyaan
khidkiyon ke khadakne se khadakta hain khadaksingh
khadaksingh ke khadakne se khadakti hain khidkiyaan
khidkiyon ke khadakne se khadakta hain khadaksingh
kitna mushkil yeh gaana zara gaake dikhana
khadak khadak ke khadake khidki khadaksingh ka khadke zor
chanda chamke cham cham chikhen chaukanna chor
chiti chaati chini chatori chinikhor
chanda chamke cham cham chikhen chaukanna chor
chiti chaati chini chatori chinikhor

pakke ped par paka papita paka ped ya paka papita
pake ped ko pakde pinku pinku pakde paka papita
pakke ped par paka papita pakda pinki paki ka kapda
kapda (everyone laughs)
pakke ped par paka papita paka ped ya paka papita
pake ped ko pakde pinku pinku pakde paka papita
kitna mushkil yeh gaana zara gaake dikhana
pakke ped par paka papita paka ped ya paka papita
pake ped ko pakde pinku pinku pakde paka papita
chanda chamke cham cham chikhen chaukanna chor
chiti chaati chini chatori chinikhor
chanda chamke cham cham chikhen chaukanna chor
chiti chaati chini chatori chinikhor
kitna mushkil yeh gaana zara gaake dikhana
chanda chini chamke chaate chaukanna chikhe chor
chanda chamke cham cham chikhen chaukanna chor
chiti chaati chini chatori chinikhor

Friday 26 November 2010

kenaNgan Sem 5 ( juLy 2010)







pic ni Di aMBil seLEpaS kitE OraNg PreSent DeSigN CoM.
berSama Sir. Abu HAris



ahLi Dalam  pIc 3 :
dari barisan belakang : KHairi , Farid , Azfar,zaImi,raJa iskandAr , haris

dari barisan kedua : nazri , Adib, Hadi, Hafiz, Ruzaini

dari barisan hadapan : Siti, Elliana , Aisya, Karmila, Hidayah, Khuarizmi, Sir Abu Haris, Khairul, Jai, Naim, Radzie, Shah, Nik, Farid, Qayum, Hafizul

tiaDa Dalam pic , hIlang @ ghaib
Nadia ( Juru Gambar ), Anuar , Luqman , Azimah, Helena

Wednesday 24 November 2010

PEMUda Pemudi

PEmuda PEmudi tahu kah kaMo??

korea selatan Vs Korea Utara berPErang..... oushh.. perang lagi, bilalah dunia ini akan aman. Makin lama , makin banyak peperangan pula. Apalah yang direbutkan?? berperang, sana sini meletup, bangunan hancur, rakyat menjadi mangsa, generasi baru hilang arah, akhir negara yang rugi... betulkan?? siapa dalang semua ini?? percaya tak kenapa setiap kali peperangan, Amerika mesti ada dicelah.. sedikit sebanyak mesti lah.. kan?? tak pelik ke??


Malaysia?? kita di sini aman... kita rasa kita aman, kita tak tahu apa agenda negara luar dengan negara kita lagi, Manusia inikan, penuh dengan hasad dengki , makin aman negara itu, makin stabil, makin hati syaitan itu untuk menhancurkan, untuk apa semua itu?? taklukan?? bukan .. tapi untuk menunjuk kekuasaan.. boDoh!!!!

rakyat Malaysia.. masihkah kita ingat 499 tahun lalu kita pernah di jajah?? Penjajahan bermula dengan portugis, jepun, british, komunis dan kembali kepada british. Ramai rakyat tanah melayu telah terkorban, demi menuntut keadilan, yang tidak bersalah juga menjadi mangsa, orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak tidak dikira. Mati tetap Mati...

masih ingatkah kita sejarah pahlawan tanah Melayu?? Tok Janggut??? Dato Bahaman?? datuk maharaja lela?? dan ramai lagi.. mereka bergadai jiwa bukan sahaja untuk membebaskan kawasan mereka dari penjajah, tetapi demi mempertahankan agama ISlam... mereka bukan calang2 orang.. berilmu didada.

dari sekolah kita telah belajar sejarah, apakah agenda Penjajah british selain dari mengambil hasil bumi tanah melayu?? menyebarkan agama Kristian di tanah melayu.. pahlawan kita berjuang demi agama, bangsa dan negara.

tapi....

anak muda di malaysia kini,  tidak gemar utk mengambil tahu, tidak mahu berbincang isu negara.. bagi mereka ini belum masanya, tp kalau bukan skrg bila lagi?? slps negara di tangan penjajah?? wahai muda mudi, kita mungkin terlambat...jika kita tidak bertindak sekarang.

apakah kita perasan, mengapa isu batik, isu lagu, dan beberapa lagi isu, antara Malaysia dan Indonesia menjadi satu isu yang telah menimbulkan pergaduhan?? tidakkah terlintas kepada kalian?? telah berpuluh tahun batik menjadi pakaian tradisional Malaysia dan Indonesia.. tapi kenapa tahun 2010, ianya menjadi isu?? mengapa ini blh menjadi isu?? sedangkan kita ini serumpun, di Malaysia ramai dari negara seberang.. menetap.dan telah berkeluarga,, beranak pinak.. kenapa sekarang baru di isukan??? begitu juga disana.. bukankah ini satu agenda?? agenda untuk melagakan 2 buah negara ini.. seperti Korea... kita pernah berebut pulau dengan filiphina, kita pernah berebut dengan singapura....siapa dalang semua ini?? apa motif sebenar?? itu yang kita tak tahu.. TAPI!!! kita perlu tahu.. dan ambik tahu!! Oh Malaysia tanah air ku...

MAHUKAH KITA DIJAJAH LAGI???
MAHUKAH KITA MENGHANCURKAN MASA DEPAN GENERASI KELAK?
MAHUKAH KITA NEGARA KITA HANCUR TANPA BERJUANG??

- wahai muda mudi harapan bangsa....

kita terlalu leka, dengan hiburan dunia yang di adun oleh penjajah untuk melalaikan kita. mereka mencipta dunia yang akan membuatkan muda mudi harapan bangsa, tidak mengambil berat akan tanah air ...
bangkit!!!!... jangan terleka dibuai hiburan sia-sia.. itu semua agenda mereka yang cuba membuka pintu Dajjal ..

wahai Pemuda Pemudi Islam... agenda mereka hampir mencapai target, melalaikan anak-anak umat Islam. Itu yang mereka mahukan, untuk menghapuskan semangat JIHAD FILSABILILLAh... percayalah , mereka sebenarnya takut Akan semangat JIHAD Islam.. demikian, mereka gunakan hiburan untuk melalaikan kita. dan kita.. dilentuk alunan musik.. hiburan .. fesyen.. wang... dan ketika kita lalai.. mereka TERJAH!! dan kita?? mampu terlopong.. menyesal dah tak guna.. jadi sampah.. jadi hamba tahanan.. itukah kita mahu????


OH RAkyat Malaysia ... bangkit!!!
Oh pemuda Pemudi ISLAM.. jangan terleka..
BANGKIT SEBELUM TERLAMBAT!!!.......


WALLAHUALAM......

mooD : PatriotiK!!! JIHAD FILSABILILLAH.. ALLAH AHKBAR!!

Bukan kau pinta aku disini....

Berbulan-bulan kau kandungkan aku..
Tidak pernah kenal penat dan jemu…
Perit pedih kau lalui..
Demi aku , anak mu..

Ibu tercinta tersayang
Wajah mu aku terbayang,
Belum sempat aku mengenali mu
Telah aku kau buang kan dlu…

Oh sayang oh ibuku,
Apakah dosa silap ku???
Sehingga begini 2x
Kau campakkan diri ku ini….

Oh ibu…
Ku sangka panas sampai ke ptg..
Rupanya kelam suram kelam
ditengah perjalanan…
 
Oh ibu  tercinta ibu tersayang..
Mengapa aku dipersalahkan…
Kau campakkan aku ,
Dari hidup mu..
Oh apakah dosa ku…

Silap lampau kau dlu..
Aku yang mangsa kau bunuh…
Dunia ku kelam.. tiada bercahaya..
Oh hilang kasih dan sayang…

Jika ini aku ketahui…
Tidak aku pinta lahir ke bumi..
Jika ini aku ketahui…
Tidak aku ingin disini.

Oh ibu tercinta ibu tersayang..
Maafkan aku dtg tak diundang,
Aku tahu diri ku ini
Bukan yg kau pinta aku disini…

Tuesday 23 November 2010

Kenapa Saya Ibu???

Ibu..
dah berbulan saya dalam kandungan ibu..
sy tak sabar nak bertemu ibu..
keriangan sy dalam kandungan ibu..
tak sabar ibu..

ibu,
hari ini sy akan lahir ,
saya mengucapkan selamat tinggal kepada kantungan ini..
sebab sy dah nak bertemu ibu dan ayah sy..
dimana akan wujudnya diri sy..

ibu,
mesti ibu tak sabar tunggu kelahiran sy kan???
mesti ibu berdebar-debarkan??
berdebar melihat sy, zuriat ibu dan ayah kan??
cuba ibu teka , sy perempuan ke lelaki???

ibu,
sy keluar dr rahim ibu,
terdengar jeritan ibu,
kesian ibukan..mesti ibu penatkan??
demi saya ibu sanggup mengendong sy selama 9 bulan,
demi melahirkan saya , ibu sanggup berperang dengan maut..
sayang sy dengan ibu..

tapi ibu,
kenapa saya tak nampak ayah??
wahai ibu.. saya sayang ibu..
saya cinta ayah...

tapi ibu
kenapa suasana tempat lahir saya di tempat usang??
kenapa tiada kendengaran suara Azan..
membuka telinga saya??
kenapa tiada tangisan kegembiraan dengan kelahiran sy ibu????

tapi ibu??
kenapa ibu tak peluk sy??
kenapa ibu tidak menanggis kegembiraan utk sy??
bukankah saya yg ibu nantikan??
bukankah ibu??

tapi ibu,
kenapa ibu letakkan saya di tepi plastik hitam ni?
kenapa ibu letakkan sy ditempat busuk ni???
ini rumah kita ke ibu???
tak pa sy rela, asal bersama ibu..
ibu kan??

tp ibu
ibu hendak kemana??
ibu nak pergi cari ayah ya??
atau pun ibu nak beli susu ke??
tak pa ibu saya tunggu...
sy janji tak nakal..

tapi ibu,
sy lapar..
dah lama saya tunggu ibu,
bergelap, bercahaya...berganti gelap,
setitik susu belum mengalir di anak tekak sy,
saya lapar ibu...
ibu balik la....
saya lapar....

tapi ibu,
ibu tak suka saya ke???
bukankah saya lahir atas perasaan cinta ibu dengan ayah??
bukankah saya ini bukti cinta??
ibu.... ibu tak sayang saya ke??

tapi ibu,
kenapa ibu begini??
kenapa saya dibiarkan begini??
bencikah ibu pada saya??

ibu..
kenapa saya??
kenapa saya ibu lakukkan sebegini??
kenapa ibu mengandungkan saya??
kenapa lahirkan saya ?/
jika ini ibu ingin kan??
saya sedih ibu...

ibu...
kenapa saya?
bencikah sangat ibu pada saya??
saya janji tak nakal bila saya dewasa ibu..
saya janji tak jadi anak derhaka bila saya besar ibu...
ibu.. jangan tinggalkan saya ibu..

ibu,
adakah saya anak haram??
pasti dunia mengeji saya,
pasti dunia jijik melihat sy...
kerana ibu telah membuang saya..
darah saya , adalah dari darah ibu dan lelaki itu..
tapi hinakah saya ibu??
hinakah saya hingga diperlakukan sebegini..
maafkah saya ibu, wujud atas tanpa kerelaan ibu...
saya tahu, sebenarnya ibu juga sayang saya...
kan?? ibu kan??

ibu...
sy namapk jalan cahaya..
saya rasa nak kesana dulu.. saya tunggu ibu disana ya
bila saya sudah tiada, ibu jangan nangis lagi ya...
ibu jangan rindu saya..
sy sayang ibu.. terima kasih ibu..
kerna rela mengendong sy dan melahirkan sy..
terima kasih juga memberikan saya nikmat menghirup udara dunia walau seketika..
dan teramat terima kasih, kerna menghantar saya pulang ke sisi -Nya...
kenapa rumah saya gelap ibu?????


sampai hati ibu..biarkan saya tidak berbaju.. saya sejuk ibu..
saya impi ibu dukung sy.. tersenyum gembira melihat saya.. jika ibu sayang sy begini
saya janji, akan menjadi anak yang solehah/soleh..
saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu..
di dunia dan akhirat...


p/s : kenapa anak yg akan memberikan kita pahala.. dijadikan dosa kepada kita?? mengapa anugerah ini tidak di hargai??? cukuplah sekali dosa kita lakukan ..jangan menambah dengan membunuh kehidupanNya.. Nyawa mereka bukan ditangan kamu.... nyawa mereka milik Allah s.w.t...


Mood : sedih..  :'(

Sunday 21 November 2010

ASAL USUL PERKATAAN DAN BANGSA MELAYU

ASAL USUL BANGSA MELAYU


Menurut dari sumber asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar untuk ditentukan. Kata sepakat antara para sarjana belum dapat dicapai walaupun telah banyak kajian yang dilakukan. Terdapat dua teori yang telah diperolehi mengenai asal usul bangsa Melayu :



  • Bangsa Melayu berasal dari Yunnan ( Teori Yunnan )
  • Bangsa Melayu berasal dari Nusantara ( Teori Nusantara )

Berdasarkan sumber ,dipercayai berasal dari golongan Austronesia di Yunnan.Berdasarkan teori Yunnan, menurut sumber, orang Melayu berhijrah dari Yunnan ke Kepulauan Melayu terbahagi kepada tiga kelompok besar iaitu :



  • Orang Negrito
  • Melayu Proto
  • Melayu Duetro

Orang Negrito :
~merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu
~dikirakan bermaustatin di sini sejak 1000 SM , berdasarkan penemuan arkeologi di Gua Cha, Kelantan.


Melayu Proto
~diperkirakan berlaku pada 2500 Sm.
~ditandai kemahiran bercucuk tanam.
~Keturunannya Orang Asli/Asal di Semenanjung Malaysia,Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.




Melayu Duetro
~diperkirakan berlaku pada Zaman Logam kira-kira 1500 SM.
~Keturunannya orang Melayu di Malaysia.
~Berkemahiran  dan lebih bijak dari Melayu Proto.
~bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
~bilangan lebih ramai dari Melayu Proto.

ASAL USUL PERKATAAN MELAYU


Asal usul perkataan Melayu massih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Namun terdapat beberapa bukti sejarah yang dapat dikaitkan dengan asal usul perkataan Melayu @atau bahasa Melayu, antaranya ialah :




1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.  Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.


hasil rujukan dari :


hanya untuk berkongsi .. akan berlaku penambahbaikkan jika terjumpa yg lebih baik.. terima kasih..

Siapa tahu mana dtg perkataan "MELAYU"???

Salam...
Dalam duduk saja2 tiba2 je terlintas di benak fikiran ni, mana datangnya bangsa Melayu ni ek?? Macam mana wujud nama Melayu ni?? dan macam mana boleh terbahagi kepada bangsa melayu??? sedangkan kita ni sudah bercampur baur.. jawa... minang.. bugis.. dr dlu lagi.. entah entah kita pun tak pasti , adakah kita ini melayu yg lahirnya dari darah betul2 orang Melayu.. Nenek moyang memang asal Tanah Melayu. Pernah tak kita terfikir?? entah -entah kita yang mengaku Melayu asal berdarah Indonesia, tak pun dr thailand/siam, tak pun kemboja, filiphina.. kan?? kan??entah-entah pure dr arab, china tak pun india...

tapi macam mana boleh lahir keturunan Melayu?? dan pernahkah terlintas di fikiran kamu, apakah tulisan sebenar orang melayu??? seperti tulisan china, jepun, tulisan thailand.... melayu bagaimana???ohhh musykil pulak, ni yg buat rasa tak senang duduk ni, kene tahu jugak perkara begini, google, search dan buku2 sejarah..itu input yg penting untuk menyelesaikan teka teki ini, ada sesiapa blh bagi rujukan?? atau pun pandangan??

:- tunggu post yang seterusnya.... chaiyok

mood: Mengembara....Fly2 away

10 Surah Baik Untuk Diamalkan.

tadi ade melawat blog http://liannamasaya.blogspot.com dpt stu info bagus.. minat kebnran tuk share....

1.SURAH AL-FATIHAH
~mencegah dari kemurkaan Allah s.w.t

2.SURAH YASSIN
~mencegah dari kehausan di hari kiamat

3.SURAH AD- DUKHAN
~mencegah dari huru hara kiamat

4. SURAH AL-WAQIAH
~mencegah dari kekafiran

5.SURAH AL-MULK
~mencegah dari asab kubur

6.SURAH AL-KAUTHAR
~mencegah dari perbalahan dan permusuhan

7.SURAH AL-KAFIRUN
~mencegah dari menjadi kafir semasa meninggal dunia

8.SURAH AL-IKHLAS
~mencegah daripada sifat munafik

9.SURAH AL-FALAQ
~mencegah perasaan hasad dengki

10.SURAH AN-NAS
~mencegah daripada penyakit was-was

berkesempatankah aku?? jika esok masa aku.....

langkah kaki selama ini kuat ,penuh kudrat, termati seketika di lereng bukit bercuram , mata2 yg sedia wujud sejak lahir, tersentap melihat sekujur tubuh berbajukan kain kapan putih, berkulitkan pucat, terbaring didepan ku, melihat kukunya berwarna putih jernih.. tanpa setitik darah mengalir....aku sayu

entah kenapa, hati ku menjadi kelam, gelap gelita, hanya linangan titisan mutiara mampu ku luahkan. Jika di Indonesia, gunung Merapi meluahkan lavanya.. aku?? meluahkan air mata, adakah airmata keinsafan?? aku sendiri buntu. sebagai makhluk ,hambaNya, seharusnya aku merindui saat -saat untuk bertemu Kekasih Abadi.. di negeri yg kekal abadi. Namun berlainan yg ku rasakan saat ketika itu, takut, gerun, gelisah.

aku takut pada seksaan, aku gerun pada sekaratul maut, aku gelisah untuk ke sana.. mengapa???? kenapa??? oh tuhan, aku takut, kerna  aku tidak pasti.. berapa gantangkah amalan ku??? berapa luas lautan dosa ku?? berapa gunikah ibadah ku??? oh tuhan... aku gerun, memikir saat aku melakukan dosa2 dahulu... aku gerun dengan maksiat yg telah aku lakukan, aku gerun untuk dipalu oleh malaikat munkar dan nakir... aku takut.. kerna aku tahu dosa-dosa aku...

oh tuhan, melihat detik-detik sekujur tubuh dikapan, hati ku kegelisahan, waktunya telah sampai, aku???? adakah aku sudah bersedia??? kenapa manusia itu hanya seketika insafnya?? mengapa aku tidak bisa melawan nafsu, bisikan iblis, dan anasir-anasir luar??? oh tuhan, masihkah ada iman di dada ini?? berbagai-bagai andaian menerjah dibenak fikiran ku.

sehingga sekujur tubuh disolatkan... ketika hati ku terdetik beribu-ribu, sempatkah aku menambah amalan ku??? bilakah waktu ku?? aku ingin pulang... bersujud di sejadahMu.. memohon keampunan kepadaMu, kerna aku takut , esok sudah tiba masa aku....

Saturday 13 November 2010

Lampu telah wujud 2000 thn yg lalu???

Mungkin dan Pasti kita terfikir bahawa, lampu ini dicipta ketika zaman moden @zaman eropah satu ketika dahulu kan??? tapi percaya tak kita , jika dikatakan lampu telah ada pada zaman dahulu kala. Pada tahun 1936, telah dilakukan pengalian pada runtuhan-runtuhan sekitar 2000thn dahulu, di sebuah penempatan desa kuno di Baghdad , dari situ mereka telah menemui vas tanah liat kecil berwarna kuning ,tingginya dalam sekitar 6 inci.

untuk Ketahui lebiH lanjut..jOm baca.. ( soRRy in english )




 








Ever since its recovery, several possibilities have been suggested by experts. Wilhelm König, the German archaeologist brought forth a startling idea that the clay pot could well be a form of electric battery. Following his theory, a Massachusetts based engineer Willard F.M. Gray created a model of this battery in 1940, filled it with copper sulfate solution and proved that it could produce electricity.





In 1970, the German Egyptologist Arne Eggebrecht followed in the footsteps of Gray. He supplanted the copper sulfate solution with fresh grape juice to generate about 0.87V of electricity for gold plating a silver statue. These experiments proved beyond doubt that 1,800 years old civilizations knew how to produce and utilize electricity by means of an acidic agent.







For further information please click on this link

http://www.funzug.com/index.php/informative-zone/we-already-have-electricity-2000-years-ago.html

Ciri-ciri kite dah TUA


10 Ciri-ciri kite dah TUA.....

1. Dulu, kalau nak membaca ... dari jauh pun boleh baca.      Sekarang dekat2 tak nampak .... kena jauh-jauh sikit.


2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh ... suuurrrrr !!!! masuk ..... !!! Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas ... baru masuk ...


3. Dulu, masa tidur menghadap muka ... rapat-rapat, sekarang berlaga punggung saja ..... itu pun dah kira rapat sangat dah tu ....


4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag ke ...), sekarang, bawa juga ... tapi minyak angin la ...


5. Dulu, pakai baju mesti sama ... sama color, sama design, sama brand .... sedondon ... Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la ... !!"


6. Dulu, kalau nak ke mana-mana, sanggup tunggu bini sampai sejam iron tudung ... pakai tudung .... Sekarang, "Alah ... you pakai yg "wrinkle free" tuje la .... !!!" (dlm hati .... macam la ada orang nak tenagok dia ... hiyyyy !!! Malam tadi tak mau nak gosok ...  lembab !!!)


7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang ... tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS ..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni ...?"


8. Dulu, hebat .... !!! sebulan sampai 12 kali ..., sekarang, kalau dapat 12 bulan sekali pun kira hebat juga ...


9. Dulu, menunggu pun dah keras.... sekarang, menunggu nak keras ...


10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka .... jgn pakai apa-apa. Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh bukajuga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke ...?

Friday 12 November 2010

hari Yg iNdah

salam... allz,
hehehhe sudah lama tidak membaitkan kata-kata diblog milik aku ini, rindu memang ku rindu, tapi apa mampu ku lakukan, hanya melihat sahaja.. vahhhhhhh  pandai gak aku bermadah.. :)

actly, hari ni jer bru aku dapat mengUpdate blog ni, bukan pe gua teramat buzy.. sejak nak mengadap final, kepala hilang idea2 yg cun melecun, yang ada semua sal subjek aku blaja, takkan nak kongsi sal Produk design, design Com lak dalam ni kan?? tak meriah u aLLsss...

rinDu nak memcurah idea, rindu nak melawat blog orang lain.. wat ziarah ant. followers.. so sorry tdak berkesempatan untUk mase Sebulan yg lepas.. nak menaiP pun Malas seh..  ok la.. keraNa daH ada semanGat baru sKang, gua nak cari idea yg bernas.. EKEkekkkkekeke  cau beb...

wassalam....  LOve Is SimPle...