.....

Wednesday, 16 April 2014

Kelantan : Masjid Beijing di Rantau Panjang

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warga pembaca celoteh kakcha!!!

u all pernah dtg kelantan? kak cha ? kcha mestilah..sbb kak cha lahir dan membesar di bumi cik siti wan kembang..tanah sekebun bunga... namun walaupun lahir di sini tp blom cukup langkah utk kakcha mengenali negeri kelantan.. masih byk tmpt blom di terokai... separuh usia di kelantan separuh lg kakcha bermusafir di negeri org, mencari setitik ilmu...

ahhh pjg pulak cternya ye... ok. actly kak cha nk kongsi dgn u allss stu tmpt yg mn2 org dtg kelantan akn pergi ke stu tmpt ni,tmpt mbeli dan byr dgn mewah sekali iaitu tmpt di sempdn malaysia dgn thailand, kwsn bebas cukai iaitu rantau panjang.

tp bkn itu yg kakcha nk kongsikn ,sbliknya stu masjid yg akn ditemui sblm smpai ke rantau pjg... jika dr bdr p.mas... sebuah masjid yg tersegam indah, dn sentiasa ada insan yg menunaikan solat iaitu Masjid Jubli Perak atau lbh dikenali Masjid Beijing. Kenapa di kenali dengan masjid Beijing? kerana rekabentuknya dan berciri kan senibina China. Konsep ini diilhamkan oleh mantan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat.

Alhamdulillah, dgn Izin Allah Masjid ini akhirnya siap.. dgn cantik  :) Elemen2 cina dpt dilihat ketaranya pd rekabentuk bangunan itu sendiri curam dan melengkung dgn motif2 'Bracket Cluster' dn corak2 pd pintu menyerlahkan lagi ciri2 dr Cina, seawal kaki kakcha menjejaki , terasa seakan di negera China. Mengagumkan...


Bangunan ini terbahagi kpd 2, tingkat atas ialah ruang sembahyang utama  yg dpt menempatkan 1000 jemaah pd satu2 masa. Tingkat bawah terdapat ruang sokongan antaranya ialah klinik, perpustakaan, dewan makan, Pejabat masjid, dan Dewan Serbaguna dpt mmuatkn seramai 200 org.

Masjid ini terdapat 4 pintu masuk bg mengelakkn kesesakan serta memudahkan org ramai yg dtg dr arah berlainan., selain itu ada sebuah laman terbuka di antara bangunan utama dan anjung utama, serta juga terdapat satu bangunan digunakan sbgai kelas tadika dn fardhu ain.

jika u allss masuk melalui pintu utama u allss akn nmpk di anjung tepi terdapat deretan kedai menjual baju utk muslimin dan muslimat. jika u allss masuk ke ruang solat u alls dpt lihat ruang solat utama itu direkabentuk geometri yg halus bermotifkan islamik seperti di masjid2 di timur tengah sperti Uzbekistan, hebatkan! 



sebenarnya jika u allss sampai disini, u allss dpt lihat pada menara ini ada tulisan pda menara tersebut, namun kerana kerabunan kakcha,so kakcha tak pasti apa yg yg ditulis pd dinding menara ini, selain itu lgi stu yg uniknya menara ini, terdapat kubah yg  berwarna perak serta serban disokong dgn lilitan murkanas pd bahagian bawahnya. 





namun masjid ini bukan dibina semata utk solat berjemaah semata , sebaliknya terdapat beberapa tujuan antaranya:

:- memberi gambaran bahawa Islam itu agama Universal. Justeru itu, ia harus terasa dipunyi oleh seluruh komuniti tanpa mengira bahasa, bangsa, budaya dan keturunan.

:- menceritakan sikap keterbukaan Kerajaan Negeri terhadap bukan Islam dan bukan melayu selin menjadi daya tarikan pelancong.

:- melakukan anjakan paradigma dalam melahirkan sebuah masjid berwajah majumuk dengan gabungan tiga kaum dominan di Malaysia.

:- is merealisasikan pendekatan bahawa Islam tidak terikat kepada suatu bentuk lambang atau kaum.

:- pembinaan masjid yg lebih sempurna dan moden ini melengkapkan fungsi Rantau Panjang sbgai pintu masuk utama ke Thailand melalui Pekan Golok.

:- Menyediakan tempat bagi pusat Ilmu dan gelanggang dakwah penduduk setempat serta aktiviti muamalat disamping memberi kemudahan beribadat kepada pengguna jalan raya Pasir Mas - rantau Panjang.

kredit utk Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.





jadi mereka yg berniat nk bercuti atau melancong ke kelantan, dan berhajat membeli dan bayar di rantau panjang, blh la solat dn rehat sejenak di Masjid Beijing ini ye ...

untuk maklumat lanjut, u alls blh pergi ke

http://www.tic.kelantan.gov.my
www.facebook.com/tic.kelantan

Selamat Melancong!!!!

sampai sini jerk.. lain kali kite jalan2 lg yer..

Assalamualaikum wtb.







Sunday, 16 March 2014

Apa akan berlaku?

assalamualaikum..

bismillahirrahmanirrahim..

saat tangan aku menekan setiap huruf2 menjadikan satu bait ayat, hati ku sentiasa kerisauan..

disaat senja menjelma, membenamkan cahaya matahari, aku yang keseorangan sentiasa memikirkan, bagaimanakah kehidupan ku, bagaimanakah kematian ku, dimanakah tempat ku, sesungguhnya aku sentiasa kerisauan,

namun setiap kerisauan itu tidak merubah apa pun pada ku. ya aku byk mencipta dosa utk diri ku sendiri, oh aku sangat kejam pada dr ku sdr... aku sgt kejam...

setiap kali ku panjatkan doa, menadah tangan ke langit, setiap itu airmata ku menghujani, namun? mengapa aku masih tidak mampu berubah??? adakah sudah tiada keampunan  buat dr ku? tapi aku yakin bhw Allah itu maha pengampun.. tiadakah lagi kasihNya pada ku? tapi aku pasti Allah itu maha pengasih...

ibadatku, amal ku, ibarat sebutir pasir di lautan, tiada nampak d antara beribu... namun dosa ku, ibarat beribu batu pasir di lautan..

masihkah ada kesempatan buat ku untuk menjadi hambanya yang beriman?

kembalikan aku pd jalanMu,
ya Allah..

Tuesday, 28 January 2014

Percutian Bulan Madu 1st CAMERON HIGHLANDS part 2

# sambungan dr part1 Percutian Bulan Madu 1st Cameron Highlands part1


Assalamualaikum...

Kembali kta dgn sambungan percutian Kakcha:-


2nd Day :

so pagi2 bangun sperti biasa kne mandi dan solat, tp......... sini sejuk sangat, nak mandi tu pikir dlu 2 3 4 5  6 kali.. tp sebab kte ni org melayu yg dah biasa mandi pg ni.. stkat sejuk ketaq2 ape ada hal.. lg pun bukan mandi air sejuk.. air panas kan ada...

dah selesai, kami kemas2 brg, check dlu takut ade yg ttinggal, selalunya yg double check ni husbnd, bini check dia tak yakin kah kah kah.. uhuksss.. setelah mendapat keyakinan yg 200% suami pun anguk kepala.. mean dah blh check out. Ok BOSS!!!

keluar je dr bilik, mak hangggg sejuk benor bila kne angin tak brape nak sepoi kat cameron ni.
dah setle bhgian check out, hubby pun dh slesai simpan khazanah kami dlm keta, kite org pun grk cr makan.. sarapan dlu semua, srpn tak ngt la kat mn..

kami terus trun perjalanan nak pulang, kami berhenti dekat tempat jual kaktus, errr nama??? semua dh tak ngt, aishh tp yg pasti ladang kaktus ni besor..

kat sini la..kakcha borong kaktus..
besar2 kaktus ni
ni namanya kaktus debab!
hah! cr sy dimana???

kecik besor tuo muda seme ada..

pokok strawberry pun ada..
OK, dah habis memborong kaktus.. kami gerak balik, tp sblum balik tu singh beli buah2 sayur2.. ekekekekke..

dan sebelum penghujung , kami berhenti di Ladang teh , pic yg kakcha snap byk.. tp biasa la kkdg terlepas pdg.. nampak lengan plak.. tak pun terrrmanja lebih lak ngn somi.. so sensor tak leh kongsi ngn u orang.. cuma 2 kpg ni je blh..




 so sampai situ je la cter part2 ni, honeymoon di cameron highlands. so sesiapa yg nak pergi..tak pernah pergi, belum pergi.. apa kata korg cuba pergi... dan nikmatilah ciptaan Allah swt. cuma sebelum bergerak, check la dlu kenderaan anda, dan jgn lupa!!!! BACA DOA...

*kakcha suka amalkan baca ayat kursi, sebelum bergerak kemana2.. Alhamdulillah selamat pergi dan pulang..

SAYORNARA.. next jumpa kakcha di pengembaraan lain destinasi.. Oh YEAHHHH!!!


ASSALAMUALAIKUM..








Monday, 27 January 2014

Kasi jiwang Sikit..


Assalamualaikum..

tahu tak korg sekarang kakcha rasa tiba2 minat plak kat si hafiz suib tu.. hahahahahaha lagu Bahagiamu Deritaku tu sgt sedap di dengar.. dan suara diapun tip top... ape pun nak ucap TANIAH lah kat Hafiz as a juara AJL 28.. mmg patut pun dia menang..

minat2 jgk tp tak de la sampai nampak hafiz nak jerit2.. Hafizzzzz Hafizzz cover beb.. kakcha dah berlaki okies...jaga adab.. pompuan timur, org islam plak tu kan..

seperti tajuk di atas (mcm tulis surat resmi jek), tibe2 kakcha tertulis something kat kertas.. jiwang sekejap.. semua ayat dlm tu rekaan semata dan sahaja.. konon2 nak bg sang juara.. ekekekeke

angan kne tinggi...


Kau pergi Aku disini

Pernah aku menyintaimu,
Pernah kaulah segalanya,
Kaulah Penyeri hatiku,
Kaulah Jua yang bertakhta,
Segalanya Engkau Sahaja...

Saat-saat bahagia itu,
sekelip mata hilang lenyap,
Setelah hatiku kau hancuri
Tanpa kasihan tanpa simpati,
Akhirnya kau berlalu pergi..

Bila cerah bertukar suram,
Bila kicauan burung tiada lagi
Hati ku hancur teramat dalam,
Kau hanya terus pergi menyepi diri,
Tanpa berpaling pada ku lagi..

Takdir tuhan itu segalanya,
Aku redha aku pasrah,
Tiada jodoh antara kita,
Luka yang ada ku ubatinya sendiri,
Biarlah kenangan terus bersemadi..

nurkilan : AK

ahaksss... kakcha mmg suka benar bab2 jiwang2 ni.. dr dlu lg suka karang2 ni.. tp sampai sini sje.. tak de org nak baca pun..

# kepada mereka yg pernah dilukai, jgn di layan jiwa anda sgt, kerana setiap pertemuan ada perpisahan, setiap yang bahagia ada deritanya.. setiap perhubungan perlu pengorbanan.. setiap kelukaan ada ubatnya.. segala yang terjadi ada hikmahnya.. kerana semua itu takdir Allah.. jalani kehidupan dgn ketabahan dan kekuatan.. AKU PASRAH AKU REDHA..

~HIDUP TAK SELALU INDAH, NAMUN SETIAP KEINDAHN ITU AKAN MENJADI KENANGAN~

Sunday, 26 January 2014

Percutian Bulan Madu 1st CAMERON HIGHLANDS : Part 1

Assalamualikum.. 

lama benor kakcha tak menconteng diari kakcha .. kali ni kakcha nak update ttg bulan madu .. tp bulan madu ni dah lama dah, cuma hari ni bru nak update..

eiiiiii dah jd pekasam kan?..

well sbnrnya bru jumpa pic2 time honeymoon tu..n mslh satu lagi ialah kakcha malas nak menaip, nak wat cam ne.. ade suami!hahahahahah

so? apa lagi jOm kite berBULAN MADU!!  -bkn bermadu ye-


Sebenarnya plng 3h2m.. tp kami singkatkn 2h1m jerk.. sebab?? sebab kami dh pusing stu cameron dlm masa 1 hr.. so ape lg balik umah la next day nye.. honeyMO0n kat umah plak !! opsssss

1st DAYs

sampei je sejuk subhanallah...kami bergerak dr rwg.. so lalu ikut simpg pulai kot..ye kot.. tak ingt la plak. sbb yg drive husbnd.. kakcha tlg, tlg tido...maunya tak tdo.. i dah la mabuk jalan2 pusing2 ni.. errrrr ngeh ngeh..

dalam perjalanan tu asyik duk tnya husbnd.. 'b,dah sampai ke??" husbnd jawab "blom".. setiap kali smpai tmpt byk kedai je, kakcha akan buka mata dan tanya lg "b,dah sampai ke??" husnbd jwb, "blom, syg", dan next sampai kat stu deretan kedai, :b dah sampai ke?" husbnd "syg, nnti sampai b kejut ye " ngeeeeeeeee.

so sampai la jugak kami di CAMERON HIGHLANDS!!!


Oh yeahhhhh...
 1st kami sampai cr hotel dlu.. yg ptg hotel kne dekat dgn pasar malam berinchang. so first pusing.. tgk2 dlu.. utk pngetahuan kalian yg tak pernah dtg.. jalan nya sehaluan, so agak bila dh terlepas nak kne pusing blik.. alhamdulillah, kami sampai time pg gtu.. so tak lah jem sgt.

so kami sewa bilik kat hotel Country Lodge, sehari RM tak ingt.. rasanya dalam 145/day kot.. lupa la.. maaf ye.. hotel ni kat atas bukit, belakang balai bomba yg cun. sejukkkkk hingga mencengkam tulang.. aishhh tp plik tgk kakak yg kat kaunter tu biasa je pkai bju lgn pendek.. emmmm dh biasa kot..


hotel ni kat atas bukit



sebelum ke hotel tu, akan lalu sblh balai bomba, balai bomba ni ada taman yg Comel :)
smbil nak tunggu nak check in jam 2ptg.. kami berjalan dlu.. bkn jalan kaki,, naik keta la.. so first cr sarung tangan, ngn stokin, gile lupa nak bwk stokin, terketaq2 kaki i okiess.. so dah dpt sepasang, husbnd tak pe kulit kayu.. ekekekekekek sorry b :)


hah!!! Cantik tak cantik tak??? sarung tgn pun mcm ni gak..

pastu kita org gerak terus pergi makan aiskrim strawbery, kat stu ade pokok kaktus and blh petik strawberry, 1bekas rm25 kot..kakcha tak kutip pun... 

TARAAAA : aiscekrim cedap bwhnya ade strawberry.. colek bersama biskut kayu (sesuka hati aku je nk pgl)
SEDAPPPPP nYummm2
B & kakCHa.. opssss
makan tak nget suami ko yeeee
cantik kan.. bkn kak cha, kaktus tu,, warna warni mcm aircekerim.. nyummm

makan dieeeeee
lepas mkn aiskrim kami trus ke ladang teh  "Cameron valley", tp tak best sebb time pergi tu hujan lebat.. so dpt tgk jerk ladang tu :( 

maaf ladang je nampak.. hujan x nmpk ngeeee

sangat menyejukkan dan segar pemandangannya :)
cantik sungguh ciptaan ALLAH swt..




so dr buang masa tgk jerk, baik kami balik hotel check in,pastu jalan sekitar hotel tu jerk.. actly byk tmpt yg best, mcm bEE fARM..taman rama2, tp kak cha tak minat sgt.. so tak pergi la :) ngeee..

ni katil kat hotel tu, biliknya kecil shj, muat utk 2 org paling kurang baby sorg je.. tp OK, selesa,
actly katil ni dah dirasmi oleh kami :) sebab tu tak kemas hahahahah

ada tv, channel tertentu je, ok la dr tak de kan.. kipas,  oh kipas tak de pun tak pe.. hahahahaah
ade aircond jgk..

#pic toilet tak ambik, lupaa,toilet ade air pns and sejuk, ade almari dan meja solek... ok sgt sesuai utk sehari dua tiga hari.. ok la kan :)



hubby dgn kedai ct craft..

cantikkn sungai ni.. huhuhu ni lukisan kat dinding food court 
sesudah penat meronda, kami balik bilik, lena jap,solat, buat apa yg patut.. pastu dalam jam 6 ptg gtu kami trun pergi pasar malam brinchang.. solat maghrib?? kami kan musafir.. gunakan kelebihan itu...

so tiba la pada malam nya.. agak lenguh sbnrnya nak turun naik bilik ke psr mlm.. sbb hotel atas bukit.. dgn berat bdn yg sgt cantik lg kan hahahahaha.. apa pun kakcha tempuh dgn hati yg riang ria.. so sampai la kami ke PASAR MALAM BRINCHANG





cer teka apa ni???? ni la udang celup tepung.. sedap.. harga?? x ngt :D

pastu kak cha makan coklat strawberry.. sedapppppp
perut msih lpr.. sbb x mkn nasi lg.. asyik mkn yg ringn jerk.. ngt nk bli kt psr mlm,mkn kat bilik je.. tp.. hubby ajk mkn kt luar jerk..so cr la kedai mkn.. cuma enth nper time kmi dtg byk kedai mkn ttp.. huhuhuhuh.. tp alhamdulillah..rezeki milik Allah.. jumpa jgk kedai.. tp kedai ni ramai org :) itu bermakna sedap la masakkannya kan kan kan..
lupa nama kedainya... ahahahahahahah tak pe cari je kat sekitar dataran..

hubby konon nak wat mulut itik.. ahhh tolong la b!

lepas makan, kami pun tak de kemana2 dah.. nak balik tidur.. sebb dah penat berjalan mencuci mata, so kene rehatkan mata dulu, sebab esok nk balik dan nak round sekali lg sebelum pulang :)

2nd days tunggu kat part 2..... penat skrg kakcha nak tdur kejap.. Assalamualaikum..

Part2

Thursday, 21 November 2013

tenTang Cinta kU



sebenar-benar aku cinta...
ya di setiap langkah ku.. ingin ku mendekati mu..
ku berharap utk bertemu kekasih..

ye, mencintai dan merindui itu satu nikmat anugerah Allah.. 
yg di hadiahkan untuk hambanya seperti diri aku.

di tilik di belek hati ini, pasti terungkai..
terselak.. namanya disitu.. itu hanya satu ketika dahulu..

kini,
terlalu payah utk ku terserempak namanya di hati,
puas ku selak, singkap..
namun kosong..

dia.. dia sekarang di dlm setiap doa ku..
doa ku utk dia tak mungkin padam..
kerna hati , hati akan mati.. namun 
doa.. doa ku pjtkn pada pencipta
kerna aku ingin keselamatannya, kebahagiannya, kesihatanya di jagai Sang Pencipta Semesta.

dia lah pencuri jiwa hati ku.. 
kekasih ku, sahabat ku, teman ku, musuh ku dan juga suami ku..

Wednesday, 9 October 2013

Nikah Khitbah atau Nikah Gantung





Assalamualaikum.. Entry kali ni kak cha nak kongsi sedikit tentang NIKAH KHITBAH atau NIKAH GANTUNG. Mungkin ada yang pernah dengar dan juga mungkin ada yang tak pernah dengar. Entry ni bukan kakcha yg tulis.. sbb?? sbb manalah kakcha hebat sangat bab2 ni.. kakcha cuma mampu tlg korg yang ingin mengetahui ttg Nikah Khitbah ni.. ni entry oleh Ustaz Nasrudin Hassan.. Jom Membaca !!


Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya ,jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .


untuk mencari isu2 atau pencerahan lain sahabat kakcha boleh klik kat sni KLIK SAYA


Niat Ketika Sedang Wuduk





Assalamualaikum... 

Hari ini kak cha nak share sikit ilmu.. ini kak cha dpt dr sumber FB.. dan oleh krn telah diizikan awal2 lg oleh penulisnya, so kakcha share la kan dkt  blog kakcha.. supaya pembaca lain dpt ilmu bersama..

Selamat Beramal (^_^)

Ketika Ambil Wudhu niatkanlah dalam hati :

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini"

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini"

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu"

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian Siratul Mustaqim nanti"

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunkanlah dosa2 aku"

SUBHANALLAH...

Semoga ALLAH senantiasa membimbing kita dalam keadaan iman dan takwa kepada-Nya, dan mudah-mudahan ALLAH ampuni segala dosa kita, baik disengaja ataupun tidak, sehingga nanti kita menghadap ALLAH dalam keadaan bersih tanpa dosa. Aamiin..



Ya ALLAH...
✔ Muliakanlah orang yang membaca status/warkah ini
✔ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang
membaca dan membagikan status/warkah ini.

Aamiin ya Rabbal'alamin

Wednesday, 11 September 2013

Kebijaksaan Yahudi Memperalatkan Umat Islam.



Assalammualaikum....

YAHUDI!!! ia bangsa yg sgt pandai!! KakCha ade terbaca di FB, ade insan share dan bila baca, ianya sangat berguna untuk umat Islam sedunia. Thanks kat tuan punya Blog http://azmieyusoff.blogspot.com, artikel ni bagus sgt.. semoga dirahmati Allah.

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...


Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa k
ita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

SHARE jika anda suka dengan artikel ini