.....

Showing posts with label Nak tahu. Show all posts
Showing posts with label Nak tahu. Show all posts

Saturday, 13 November 2010

Ciri-ciri kite dah TUA


10 Ciri-ciri kite dah TUA.....

1. Dulu, kalau nak membaca ... dari jauh pun boleh baca.      Sekarang dekat2 tak nampak .... kena jauh-jauh sikit.


2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh ... suuurrrrr !!!! masuk ..... !!! Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas ... baru masuk ...


3. Dulu, masa tidur menghadap muka ... rapat-rapat, sekarang berlaga punggung saja ..... itu pun dah kira rapat sangat dah tu ....


4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag ke ...), sekarang, bawa juga ... tapi minyak angin la ...


5. Dulu, pakai baju mesti sama ... sama color, sama design, sama brand .... sedondon ... Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la ... !!"


6. Dulu, kalau nak ke mana-mana, sanggup tunggu bini sampai sejam iron tudung ... pakai tudung .... Sekarang, "Alah ... you pakai yg "wrinkle free" tuje la .... !!!" (dlm hati .... macam la ada orang nak tenagok dia ... hiyyyy !!! Malam tadi tak mau nak gosok ...  lembab !!!)


7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang ... tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS ..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni ...?"


8. Dulu, hebat .... !!! sebulan sampai 12 kali ..., sekarang, kalau dapat 12 bulan sekali pun kira hebat juga ...


9. Dulu, menunggu pun dah keras.... sekarang, menunggu nak keras ...


10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka .... jgn pakai apa-apa. Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh bukajuga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke ...?

Tuesday, 21 September 2010

Nak tahu???? - Sultan KelantanTuanku Muhammad Faris Petra..

Alhamdulillah, sepertimana yang dijangkakan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah tanpa apa-apa gangguan.

Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke masjid kesayangan Baginda, Masjid Muhammadi, untuk menunaikan sujud syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata.

Pada hari ini, Jumaat 17 September 2010 pula, Tuanku Muhammad Faris Petra, dengan diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijadual menunaikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hajat di Masjid Muhammadi.

Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.

Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).

Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.

Sebenarnya beberapa lagi pembaharuan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra demi ketinggian syiar Islam dan demi kebaikan rakyat jelata, lihat dan tunggulah pengumuman-pengumuman mengenainya nanti.

Berikut dilampirkan pindaan kedua yang telah dibuat ke atas Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) mengenai pemeliharaan taraf dan kedudukan ayahanda dan bonda Tuanku Muhammad Faris Petra.

Mengikut perancangan, butiran mengenai pindaan ini sepatutnya diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Istana Negeri pada 13 September 2010 sepertimana diumumkan sebelum ini.

Apa pun, beliau telah mengumumkannya di dalam sidang media beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 15 September 2010 jadi diharap tiada lagi apa-apa kekeliruan yang timbul, sama ada secara sengaja atau tidak, mengenainya.

Turut dilampirkan adalah laporan sebuah akhbar tempatan yang memaparkan cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan dengan secara negatif Kerajaan Kelantan di dalam isu penggantian seruan “Daulat Tuanku” dengan seruan “Allahu Akbar”. 

Allahu Akbar.

(Peringatan: Gelaran Sultan Muhammad Ke-V kepada Tuanku Muhammad Faris Petra hanya akan berkuat kuasa dan boleh digunakan setelah pewartaan mengenainya selamat dibuat)




sayu melihat pic ni.. tuanku meminta tok guru berada sebaris dengan beliau untuk bersalam dengan rakyat jelata...


Allahuakhbar!!..di Kelantan rakyat menggelarkan baginda Sultan Kelantan yang baru sebagai "Malikussoleh"..pemerintah yang soleh.

kak Cha bangga dan bersyukur menjadi salah satu insan yang lahir dan membesar di negeri kelantan..

Semoga Allah memberkati tuanku dan kelantan sentiasa maju dan aman makmur...




thanks to NIla Biru (HalaQah) atas artikel ini

Nak tahu???? - Kereta mAsa depan..


kerEta kat Malaysia ni dah terlalu jauh kot tertinGgal dgN negara Luar terutamanya dengan PAris..
huuhu.. kereta dorg mmG sangGih mangGih la.. sebenarnya kereta seme ni kepunyaan Kak cHa.. (perasaan )
tp biasala.. kak cha ni orang yang sederhana.. so kete2 ni kaK cha wat pameran la kan..
huhuu.. byk sgt.. tak larat nak pakai..
heheh jom intai..pic2 ni..

Paris Car Show

kereta ni comel.. cam kak cha. nak???

ermm ni kete kak cha bw g beli ikan ayam kat pasar.. laju sikit nak balik umah..
nak masak tuk suami tersayang la katakan

ni kete kak cha sewa kan... student2 ramai nak sewa ni.. nak bawa awek katanya...


hah.. ni kete time laki kak cha datang nak ajak g date kwsan dekat2 jer..
malu lak rasa bila teringat saat2 itu.. huk huk huk



Ni kete kak cha kasi orang gaji pakai.. untuk g beli barang dapur...


kete ni.. tuk anta anak2 g sekolah....
ni keadaan dalam kete tuk anta anak2.. ialah budak2kan suka kaler kaler cam ni.. eekeke

ermm ni kete kak cha wat berjalan ngn laki kak cha...cantik kan.. jeles la tu...


tapi dalam banyak banyak kete... kak cha ttp sayang kete ni... berjasa ni..





terlalu istimewa hahahahahahaha



semua kata2 di atas hanya rekaan semata...... tp kalu jadi kenyataan best gak huhhuuu


p/s : bersederhanalah dlm segala apa jua keadaan.. kan kan kan...

Saturday, 21 August 2010

Nak tahu???? - Fakta Haiwan

Tahu tak korg?????



1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam.

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung.

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna.

15) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai perut.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

26) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

27) Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun

28) Belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

29) Rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

30) Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

31) Buaya pula tidak boleh mengundur.

32) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.

33) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

34) Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak?

Jawapannya senang saja.... Ambil kalkulator, kiralah sendiri..
 

Nak tahu???? - Wujud Tp Tak tahu kewujudannya

::..~~~> To U aLLz.. haIwan Ni wuJud namun kita jaranG dapat lihat dan mungkin tidak pernah lihat......
melalui rakan kAk cha...  spesis tau nama haiwan ni belum di kenal pasti.. kalu korg raSe berkenan dan 
terIngin nak letak nama Haiwan ni.. hahhhh di persilakan.. sebab tu bukan Haiwan kak cha... ekekeke.

KorG rase Ni spesis ape????



ni Mungkin ade kene mengena ngan spesis haIwan kesayanGan  Kak cha ;-Kucing (*_@)




kak Cha suke frogy.. tp tak suker Katak.. eiiii.. rase ade cam katak tak haiwan ni????



Le.. ingatkan bunga... hehehehehehe




haiwan Ni demam Kot.. kene Pakai stokin hitam lagi...


sekali tgk cam...... B&%$



TomelNyer.. nak Pinjam penyepit Kuku ke?? pjgnye kuku die




besar betul telinga dia... 




Bibirnyer seksi..... hukhukhuk

                     

mak aiiii besar benor matanya.... ekekekkk