.....

Showing posts with label islam Agama Ku. Show all posts
Showing posts with label islam Agama Ku. Show all posts

Thursday, 5 May 2011

diari 2

Assalamualaikum...

bagaimana cara menjadi insan terbaek??
aku sdg mencuba dan cuba..
tapi pasti aku rebah seketika..
dan saat rebah.. entah mana dtg semangat
aku bangkit kembali..

namun setiap langkah ku menuju pintu cahaya..
pasti aku rebah dicelah2 batu jalanan..
yang ku sedar atau pun tidak..

kadang2 aku resah
bila aku mamPu sampai ke situ..
jika setiap langkah ku , aku pasti rebah..
dugaan Mu YA ALLAH.. aku redha..

dalam semangat ku bangkit.
setiaP itulah berguguran airmata ku..
mElampaui kehendak Mu..
menerjah setiap kemurkaan Mu..

namun aku tahu ENgkau masih menyanyangi ku..
Ya Allah.. aku enggan berputus asa..
namun.. setiap kali aku rebah...
aku hampir2 menyembah bumi...

namun semangat yang ENgkau tiupkan..
membangkit aku dalam kegelapan..
Syukur padaMu Ilahi..
aku disini Kerna -Mu
Aku diduga Kerna-Mu..
aKu bernafas kerna-Mu
aku mati jua Kerna-Mu..

Engkau kirimkanlah aku nikmat hidayahMu..
walaupun setitik..
untuk mengubat dahaga ku..
agar ku sempat merasa nikmat itu..
yang kekaL sehingga saat akhir nafas ku....

Sunday, 21 November 2010

10 Surah Baik Untuk Diamalkan.

tadi ade melawat blog http://liannamasaya.blogspot.com dpt stu info bagus.. minat kebnran tuk share....

1.SURAH AL-FATIHAH
~mencegah dari kemurkaan Allah s.w.t

2.SURAH YASSIN
~mencegah dari kehausan di hari kiamat

3.SURAH AD- DUKHAN
~mencegah dari huru hara kiamat

4. SURAH AL-WAQIAH
~mencegah dari kekafiran

5.SURAH AL-MULK
~mencegah dari asab kubur

6.SURAH AL-KAUTHAR
~mencegah dari perbalahan dan permusuhan

7.SURAH AL-KAFIRUN
~mencegah dari menjadi kafir semasa meninggal dunia

8.SURAH AL-IKHLAS
~mencegah daripada sifat munafik

9.SURAH AL-FALAQ
~mencegah perasaan hasad dengki

10.SURAH AN-NAS
~mencegah daripada penyakit was-was

Thursday, 23 September 2010

Islam Agama Ku - Malam Pertama

Malam Pertama Di Alam Kubur

Malam pertama...
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat
teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh.
Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai,
dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran,
dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai,
tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita,
lilin-lilin yang menerangi
dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan,
dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan,
tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras,
maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati,
lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia,
seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
(Dipetik dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)

Tuesday, 31 August 2010

Islam Agama Ku - Sunnah Rasul Memakai Cincin

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je.. 
sunnah nabi jarang nak ikut .. 
untuk pengetahuan Kak Cha n Teman2 sekalian... marilah kita baca.. fahami.. dan amalkan.. demi kebaikan kita bersama.. ok??? eja dan baca...  

Mengikut apa yang di katakan menyimpan sebatang jari kuku yang panjang , seperti dosanya memelihara sekadangan BAbi... !!! OPsssss.. Maaf terkasar pula.. KHinzir... sopan sikit kan, jadi jika kesemua kuku kita, kita simpan panjang.. Allah.. seumpama dosa memelihara 10 kandang khinzir...errr tak nak la...so sekarang Kak Cha Sedang Beroperasi memotong KUKU.. jom sesama.. nak JOIN????

Kebenarannya :-

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. 

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. 

Percayalah. 

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. 

Additional info 

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. 

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari 

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari) 


dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk 

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. 

Perhatian 

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. 


sebab tu bila si pengantin yang ingin menyarung cincin..
 disarungnya pada jari manis... kan manis gitu
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala. 


ade sesapa nak banding ngn cincin Kak Cha??? hehehehhe besar gitu .
merelip lagi.. uiksss Astaghfirulahalazim...


DAH ABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA G

Tuesday, 24 August 2010

Islam Agama Ku - Kebesaran dan Keindahan Cipta MAha ESA

  SubahanAllah... Allah Maha Pencipta ... MAha Agung.... 

sedar atau tidak kita akan keindahan ciptaan Allah s.w.t????
bertapa Indah, sempurna, dan Uniknya ciptaanNya yang tak terjangkau dek fikiran dan bayangan manusia..
Nikmat yang diberi kepada hambaNya dimuka bumi ini, tiada tolok bandingNya.. namun pernah kah kita bersyukur????


setiap nafas yang kita hembus.. setiap oksigen yang kita sedut... setiap denyut nadi kita.. setiap detik perasaan...
semuanya kerna nikmatNya  yang diberikan tidak kira sesiapa.. kerana Allah maha Pengasih.....


alam semesta... yang indah..
tidak terjangkau fikiran akan ciptanya... 
Subahanallah.... Sunguh indah ciptaan Mu Ya Ilahi...


ais di kutub utara.. terbentuk dengan indah... 
tidak terjangkau kejadiaannya..
subahanallah... Engkau Maha Pencipta...


Rama-rama biru berterbangan...
cantik sungguh  ciptaanMu...
Subahanallah... Engkau Mencipta ciptaan sungguh Indah...


dua haiwan yang berbeza rupa..
namun diciptakan kasih sayang antara haiwan...
subahanallah.. Kau Maha Pengasih


Oh indahnya didasar lautan Mu..
tidak tercapai fikiran akan Ciptaan Mu..
Subahanallah.. Engkau Maha Agung...

PernahKah kita mensyukuri Nikmat yang telah diberi????
marilah kita fikir-fikirkan.....