.....

Showing posts with label Karya Kak Cha. Show all posts
Showing posts with label Karya Kak Cha. Show all posts

Monday, 27 January 2014

Kasi jiwang Sikit..


Assalamualaikum..

tahu tak korg sekarang kakcha rasa tiba2 minat plak kat si hafiz suib tu.. hahahahahaha lagu Bahagiamu Deritaku tu sgt sedap di dengar.. dan suara diapun tip top... ape pun nak ucap TANIAH lah kat Hafiz as a juara AJL 28.. mmg patut pun dia menang..

minat2 jgk tp tak de la sampai nampak hafiz nak jerit2.. Hafizzzzz Hafizzz cover beb.. kakcha dah berlaki okies...jaga adab.. pompuan timur, org islam plak tu kan..

seperti tajuk di atas (mcm tulis surat resmi jek), tibe2 kakcha tertulis something kat kertas.. jiwang sekejap.. semua ayat dlm tu rekaan semata dan sahaja.. konon2 nak bg sang juara.. ekekekeke

angan kne tinggi...


Kau pergi Aku disini

Pernah aku menyintaimu,
Pernah kaulah segalanya,
Kaulah Penyeri hatiku,
Kaulah Jua yang bertakhta,
Segalanya Engkau Sahaja...

Saat-saat bahagia itu,
sekelip mata hilang lenyap,
Setelah hatiku kau hancuri
Tanpa kasihan tanpa simpati,
Akhirnya kau berlalu pergi..

Bila cerah bertukar suram,
Bila kicauan burung tiada lagi
Hati ku hancur teramat dalam,
Kau hanya terus pergi menyepi diri,
Tanpa berpaling pada ku lagi..

Takdir tuhan itu segalanya,
Aku redha aku pasrah,
Tiada jodoh antara kita,
Luka yang ada ku ubatinya sendiri,
Biarlah kenangan terus bersemadi..

nurkilan : AK

ahaksss... kakcha mmg suka benar bab2 jiwang2 ni.. dr dlu lg suka karang2 ni.. tp sampai sini sje.. tak de org nak baca pun..

# kepada mereka yg pernah dilukai, jgn di layan jiwa anda sgt, kerana setiap pertemuan ada perpisahan, setiap yang bahagia ada deritanya.. setiap perhubungan perlu pengorbanan.. setiap kelukaan ada ubatnya.. segala yang terjadi ada hikmahnya.. kerana semua itu takdir Allah.. jalani kehidupan dgn ketabahan dan kekuatan.. AKU PASRAH AKU REDHA..

~HIDUP TAK SELALU INDAH, NAMUN SETIAP KEINDAHN ITU AKAN MENJADI KENANGAN~

Thursday, 11 August 2011

cINTA KECUNDANG


angin mengirim cinta..

cinta membuka pintu gerbang hatiku..
tak ku sangka, tidak ku duga.
cinta itu dari diri mu...

cinta kau labuhkan diriba..
hadir menemani malam2 ku..
berghaib tika ku kesedihan..
itulah cinta mu ,oh sayang..

dulu kau tagih cinta ku ini..
dulu kau rayu kasih ku ini..
namun kini kau lupa janji mu..
kini kau berpaling merobek hati jiwa ku..

cuba ku pertahankan cinta ini..
namun kau melangkah pergi ..
ku bersandar dalam sepi..
cinta kau robek dengan sejuta kepahitan...

lautan yang kau bentang..
kini kering tandus air mata...
sendu malam2 bermelodi..
melodi lena malam2 ku
berakhir kisah cinta..
cinta yg tidak kesampaian..
cinta ku kecundang jua...

Sunday, 17 July 2011

AKU...

aku anak gadis desa
besarKu di penuhi onak dan duri.
dikala angin membelai pipi-pipi merEka..
aku panas dalam gelita..

kelopak mata bermendung awan..
redup dipandang sejenak tika
aku berdamping si gila bayang
mencari indah ciptaan tuhan

langkah ku derap tidak bertulang..
berrmuka kasar malu disampah
meniti masa sesaat susah
gusar tidak lenyap dibawa masa

kini mutiara tidak lagi bermakna,
kudrat tidak lagi berjasa,
lelah tidak lagi bertuan,
rebah menyembah rendang bayang-bayang...
kekusut hati entah bila kan hilang...
hidup hanya bertuan seorang..

Sunday, 22 May 2011

Makin & Semakin

dLm hati ni... tak de siapa Yang taHu.. MaraHkah aku.. sedihkaH aku..
cuma aKu dan DIA.. saja yg taHU.. berTapa pErit hati ini  ...
selanGkaH demI seLangkah aku ambil..
maKin KesiLaPan akU lakUkan...
Makin aku merumitkan diri..
sedaRkah aku.. atas kesilapan itu???
benar.. hati ku runGsing... ruNsing dgN keHidupan ini..
aDakah aAku tidak BersyUkur??
Ya Allah.. Maaffkan aku kerna merintih..
mencari sekuLit KeamPunan..
di atas Dosa yg ku garaP kerna nafsu dan keIngiNan...

merintih aku sendiri... di kala Bulan MeneMani..
maKin aKu kerEsahan... Semakin hati ku terSiat..
Oh Tuhan.. Jalan apaKah Ini??
IniKah Liku Hidup ku??
aDaKah ini kErNa KeBodohan Ku..
Adakah ini kerNa sikaP ku???
oh tuHan PaYungi laH akU Kejalan keBenaran..

sianG berganti siang..
malam berganti malam..
aKu tahU ENgkau sentiasa DisISi ku..
KemBAlikan aku kejaLan redha Mu....

Saturday, 22 January 2011

aku Jatuh cinta

Saya dah jatuh CInta...???
Ermmm... aku pun tak jangka dan sangka
benar aku ramai kawan lelaki..
dan ade yang melafazkan kata2 cinta..
maaf.. =(
tidak Bisa meneriMa kalian..
pintu hatiku belum terbuka..

tapi..
dia hadir tanpa dijemput dan diundang..
dia datang membawa pensil..
melakar namanya dihati,,
dengan perlahan2..dia meletakkan tanda di hati ku..
dimanakah kunci mangga pintu hati ku dia temui..
aku sendiri tidak pasti..
aku tidak tahu..
yang pasti aku jatuh cinta

walaupun berbekalkan pensil
namun dia berkuasa magic..
hitam karbon itu membuat menjadi pelangi..
mewarnainya tanpa tercalar sedikit..
rembulan pasti tersenyum..
adakah itu cinta???

hatiKu telah dia bawa ..
walaupun hanya berjoging.. 
namun dapat ku rasa hati ini sedang menari canda
dapat ku rasa hanggat cinta itu 
sedangkan bukan dalam pelukkan
dapat ku tenang dengan cinta itu
sedangkan bukan dalam belaian..
dapat ku menanggis tanpa disedari
bersyukur memiliiki mu bernama lelaki
untuk ku mencari cinta hakiki.. 
kau tuntunilah aku kejalan abadi...
kerna aku telah jatuh cinta
padamu bernama lelaki..


nurKilan kakcha....

tErima KAsih Cinta

telah akU patri..
uNtuk menCIntaimu...
Ku berHAraP kaU menJAdi KEkasiH hati ku
dan aku MEnjadI INsan Di HAti mu

aKu IngiNkaN dIrImu..
datanG di Sisi Ku..
dan akaN ku KataKAn aKu sanGat MENyinta..
tiada bIsa Ku UngKap seriBu kata

selama ku Bersendiri
ku Ingin tedUh di bahU CInta-NYa..
haDirmu aKu ingiN Di PeLukkanNYa..
KErNA menGhadiahkan mu Kepada ku..

Aku DaMbaKan KAsih IkhlaS mu..
Aku INgiN cInta mu kErNa Ilahi
Aku INgIN dedaUnaN berGuGUran ,,
gUgur dGn SenYuman MelIhat cinta..
aku Ingin Bulan sentiaSa TerSeNyum
KErNa KeIkhlasan cinta..

aKu Ingin KasIhNya..
dan Aku Ingin kasihmu KeraNa NYa
aKu ingin Cinta itu..
KErna kU IMpikan Cinta Nya dari Cinta mu.....
BimBinglah aku kerna kasIh mu
tuNtunilah akU kejalan ILahi kerna cintamu...

teriMa kAsih cinta...

Wednesday, 29 December 2010

keJauhan dlm dekat

aku tak pinta utK di jatuh cinta..
aku tidak meminta utk jatuh cinta..
semua berlaku atas tanpa aku sedar..
berlaku tanpa aku pinta

kenapa terasa begitu dekat ..
walaupun jauh berbatu dari ku..
kenapa terasa aman di situ
walaupun matahari mencacak di kepala ku..

dikala embun menitis kebumi
hati ku berBisik "apakah khabar dia di hari ini??"
ingin di tanya.. segan.. kalut
kerna aku tahu siapa aku di sisinya..

dikala cengkerik bersiul memecah sunyi..
hati ku tidak bisa melihat langit..
ingin ku menjerit pada bulan
"aku rinduinya.."
khabarkanlah pada dia  oh sang bulan..

tapi dikala dan tika kala..
aku tahu siapa aku..
aku tahu sampai disitu ku mampu..
dari kejauhan aku kerelaan..
dimiliki dan memiliki tidak butuh..
namun hati ini telah di ragut..
biarkan ia hilang sendiri..

kebahagian kamu itulah kebahagian ku
kegembiraan mu.. itulah utk ku..
walaupun menyintai mu bukan satu kesilapan
tetapi memilki mu satu kehancuran..
senyum lah kerna senyuman mu  
sungguh indah utk melenakan tidur ku selamanya...



Tuesday, 7 December 2010

Hilangnya dedaunan ( episod 1)

"ibu adik nak ikut bu..."rengek sofea.Sofea membontoti ibunya ke dapur.
 "tak boleh la dik..." balas ibunya sambil tanganya pantas memasukkan makanan kedalam bakul untuk dijadikan bekalan sepanjang perjalanan mereka ke shah alam.
 "tapi... ala ibu... nak ikut" sofea masih memujuk ibunya. tangan ibu ditarik-tarik meraih simpati.
 "ayahnya... tengok la si sofea ni.. susah kami nak buat kerja ni.." jerit ibu memanggil ayahnya.
 "ibu ni..benci..."marah sofea. Sofea melangkah ke ruang tamu sambil menhentak-hentak kakinya diatas lantai. badannya yang tembam itu dihembab atas kusyen biru.
 "sofea...roboh rumah ni nanti nak.."ayah mengambil tempat disebelah anak bongsu kesayanganya. rambut sofea dibelai manja. mulut sofea muncung sedepa sambil tangan memeluk tubuh menandakan kemarahannya, akibat tidak dibawa bersama untuk menghantar kakngah ke sebuah universiti di selangor.
 kakngah mendapat pangkat yang baik dalam SPM sehingga diterima memasuki UNiversiti.
 " ayah... sofi nak ikut... boleh la..."sofea kembali memujuk ayahnya. sofea meminta simpati ayahnya. ayahnya mengelengkan kepala . degil dan manja betul anak bongsunya.
 "esokkan sofi ada kelas, nanti tertinggal pelajaran "ayahnya menjelaskan kenapa sofea tidak dibawa bersama, bagi ayahnya pelajaran amat penting untuk masa hadapan, dengan pelajaran dan berilmu, manusia itu tidak akan mudah diperdaya dan mudah mencapai kejayaan.
 "tapi..."sofea ingin mencelah.
 "tak ada tapi tapi lagi, ayah kata tak boleh! tak boleh! sofea ada PMR tahun ni.."tegas ayah
 sofea terdiam, dia tahu kalau dibetahkan lagi pasti dia akan dimarahi lagi. sofea menarik muka. air matanya perlahan-lahan mengalir kepipi.

Hilangnya dedaunan ( episod 2)

Kelihatan kakngah sibuk mengemas barang-barangnya untuk dibawa ke tempat barunya. Kakngah keluar dari bilik dengan membimbit beg pakaiannya.
“sofi duduk rumah ye.. he he he..”gelak kakngah dengan senyum lebar. Puas hatinya kemahuan sofea tidak dituruti. Pada kakngah sofea terlalu dimanja dan ditakuti terbawa-bawa hingga ke besar.
“ayah.. tengok la kakngah ni.. ejek sofi..”rengek sofea.
“sudah,sudah la sofea, kakngah.. hish budak dua ni..”marah ibu yang baru keluar dari dapur. Kelihatan ibu membawa makanan yang telah dimasak selepas subuh pagi tadi.
“kak longggg..”jerit ibu memanggil kak long.
Kelibat kak long tidak kelihatan sejak dari pagi tadi lagi. Kak long sibuk menelaah buku, minggu depan ada ujian pertengah tahun STPM.
“ya ibuuu.. sekejap bu..”suara kaklong yang lembut seperti perwatakannya kedengaran.
Kak long keluar dari bilik, tangannya masih memegang nota ringkas.rambut kaklong yang pangjang diikat seperti ekor kuda.
“kenapa ibu?”Tanya kak long sambil membelek makanan didalam bakul.
“kami dah nak bertolak nie..”jelas ibunya sambil membetul tudung yang dipakainya.”salam kak long..”kak ngah menghulur tangan dan kak long menyambut tangan kak ngah. Mereka berpelokkan.
Air mata dua beradik mengalir, tiada lagi teman berborak, bergurau dan mengadu. Kak long memeluk kakngah erat-erat, kakngah membalas pelukkan itu.
“jangan lupa hantar surat tau..”kaklong mengesat air mata adiknya.
“kaklong jangan belajar sampai lewat malam tau!!”pesan kakngah pula. Mereka tersenyum antara satu sama lain. Ini lah pertama kali mereka akan berpisah jauh. Sofea hanya melihat aksi tersebut, hatinya juga sayu melihat tangisan kaklong dan kakngah.
Sofea melangkah menuju kakngah dan kaklo ng, mereka bertiga berpelukkan. Menanggis semahunya.
“kaklong jangan manjakan sangat si dosea ni..”pesan kakngah sambil mencubit pipi sofea, terasa keakraban mereka.
“sudah la tu.. lambat nanti..” kata ayahnya dimuka pintu.
Kak long mendapatkan ibunya dan bersalam dengan ibunya.
“selama ibu tak ada nanti jaga adik baik-baik, mana yang salh ditegur .. ingat tu..!”pesan ibu.
Kak long mengangguk . airmatanya tiba-tiba mengalir memmbasahi pipi.
Sofea pula berjabat tangan dengan ibunya, ibunya memeluk sofea erat-erat seperti pelukkan terakhir.
“jangan manja-manja lagi, dengar cakap kaklong, jangan degil , belajar elok-elok, biar dapat jejak kaki ke universiti.”panjang lebar pesan ibu.
Sofea hanya mengangguk. Airmatanya tidak dapat dibendung lagi .
Terlalu berta untuk sofea melepaskan pelukkan ibunya. Akhirnya ibu meleraikan pelukkan itu.
Ibu, ayah dan kakngah melangkah ke dalam kereta , kereta Mitsubishi model lama meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya, sofea melambai-lambai menghantar permergian ibu.

Hilangnya dedaunan ( episod 3)

“kak long boleh sofea tidur dengan kaklong?”Tanya sofea apabila pintu bilik kaklong terbuka.
Tanpa disuruh sofea telah membaringkan dirinya diatas katil kaklong, kak long menyelimuti sofea.
Kesejukkan malam terasa sampai ke tulang rusuk. Bunyi cengkerik dan burung hantu bersahut-sahutan menemani malam sepi mereka.
“kenapa ni?”Tanya kak long pada sofea, apabila melihat adik kesayangannya murung sejak dari permergian ibu bapanya menghantar kakngah ke universiti.
“sofi tak dapat tidur la akak..”jelas sofea.
“emm.. baca doa.. nanti tidurla tu..”pujuk kaklong. Sebenarnya kaklong jugak tidak dapat melelapkan matanya, hatinya rungsing, apa yang dirungsingkan pun kak long sendiri tidak tahu. Hatinya bagai diketuk dari terlelap, bagai berita ingin disampaikan si hati kecil jauh dari hati kecilnya.
Baru mata kaklong ingin terlelap, bunyi ketukkan dipintu rumahnya.
“siapa lah yang datang malam-malam macam ni kak long?” Tanya sofea apabila terdengar ketukkan dan ucapan salam dari luar rumahnya.
Kaklong menggeleng kepalanya, selimut diketepikan , kak long memakai tudung menutupi rambutnya.
Kaklong dan sofea melangkah ke ruang tamu.
“siapa tu?”Tanya kaklong.
“kami dari pihak polis”jelas suara dari luar.
Kaklong terkedu seketika, hatinya berdegup kencang. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Pintu perlahan-lahan dibukanya, kelihatan dua pegawai polis lengkap berpakaian seragam.
“assalamualaikum…”ucap salam pegawai tersebut.
“waalaikumussalam..”jawab kaklong dalam kebinggungan . hati kaklong berdegup dengan lebih kencang. Sofea masih belum mengerti.
“kami dari balai polis alor setar, emm cik anak kepada encik kamil dan puan salimah?” Tanya salah seorang pegawai tersebut.
Kaklong mengangguk mengiyakan soala itu. Sofea bertambah kebingunggan untuk mengerti.
“kami berharap encik dapat bersabar…” pegawai itu cuba menarik nafas….

Hilangnya dedaunan ( episod 4)

kaklong dan sofea, saling berpandangan. hati mula berdegup kencang seperti ada sesuatu yang akan berlaku. pegawai polis menarik nafas,
"ayah dan ibu serta salah seorang saudara cik, terlibat dalam nahas jalan raya petang tadi " kak long dan sofea berpandangan. kaki sofea menjadi kejang, kak long tersandar di pintu rumah, 
"kak long.. ibu kak long.. ibu kak long.. ibu... ibu... sofi nak ibu kak long.. sofi nak ibu...kak long dengar tak?!!! sodi nak ibuuuuu"sofea menjerit, bahu kak long ditolak berkali. kak long seperti tidak sedarkan diri. air mata mereka mengalir deras. akhirnya sofea rebah di sisi kak long

bau kemenyan, menusuk hingga ke hujung deria bau, seluruh ruang rumah dipenuhi dengan sanak saudara dan jiran tertangga, bacaan yasin bergema di ruang tamu, namun tangisan sofea melebihi segala. kak long berulang kali membaca yasin. sofea bersandar di hujung bucu pintu, tersedu sedu menanggis.
"saniah, pergilah pujuk si sofea tu.. kesian mak long tengok sofea tu" mak long menyuruh kak long memujuk sofea. sayu melihat kesdihan anak saudaranya yang memang diketahui satu kampung akan manjanya dengan ibu mereka. kak long melihat sofea di bucu pintu, tidak terhenti mengelap air mata, bahu yang terhenyut henyut menahan sedih.
kak long menutup yassin dan meletakkannya kedlam bakul. terlalu lemah untuk kak long melangkah ke sofea, namun kak long mencari seribu kudrat untuk bangun.
"sofea, jangan macam ni sayang.. tak baik meratapi pemergian ibu, ayah ,,kakngah macam ni.. tak elok.... kita terima ini sebagai ujian.." kak long menahan sebak. air matanya mengalir berlinangan." kita kene sabar dik " sambung kak long lagi.
"tapi kak long... sofi nak ibu..... so so so fi nak ibu.. ibu kak long"sofea menanggis. semua orang didalam rumah sayu melihat tangisan dua beradik yatim piatu .
"kak long tahu.. kak long tahu.. kak long pun sedih.. tapi tka elok kita macam ni.."kak long cuba memujuk adiknya, walaupun hatinya terlalu sedih.
" sofi anak yatim piatu dah kak long.. sofi dah tak ada ibu.. tak ada ayah.. sofi anak yatimmmmm"tersedu sedu sofea menanggis.
kak long tak mampu menahan air matanya lagi, air mata kak long berlinangan melihat tangisan sofea.

satu persatu jenazah di turunkan kelaman utnuk dibawa ke tanah perkuburan, sofea dan kak long melihat segalanya dengan airmata, terlau berat untuk diterima. semakin  jauh jenazah dibawa , tiba tiba sofea berlari kebawah mengejari jenazah.
"ibu.... ibuuuuuuuuuuuu ..ibuuu jangan tinggal sofea ibu... ibu.. sofea sayang ibu... ibuuuuu..sofea nak ibuuuuuuuuuuuuu" sofe menjerit memanggil ibu, sambil berlari, tanpa sengaja sofea tersepak batu dan lalu rebah menyembah bumi. kak long terkejut dan berlari mendapatkan sofea.
sambil tangan masih melambai memanggil ibu,sofea tidak berhenti menjerit "" ibu... sofea nak ibu.... sofea nak ikut ibuuuuuuuuu" darah di lututnya tidak dihiraukan , luka dilutut tidak sedalam luka dihatinya. kak long memeluk sofea, menanggis melihat keadaan sofea
"ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu "jerit sofea..

next sambungan.....

Hilangnya dedaunan ( episod 5)

"kaklonggg...."panggil sofea dari ruang tamu, beg seolahnya diletakkan diatas meja.
"assalamualaikum..."salam dari kaklong sambil tersenyum. Sofea malu sendiri .
"waalaikummussalam.."gengaman jjari kaklong dikucup.
"dah lama sampai?"tanya kaklong. Kaklong melangkah kedaput kembali.
"baru je.. Kak long masak apa hari ni??"tanya sofea.
langkah kak long terhenti, sofea turut berhenti membontoti kaklong.Sofea mengerti apa yang sedang berlaku.Kesal datang menerpa di dalam hati Sofea.
"tak apa lah kak long..sofea tak lapar " pujuk sofea. Bahu kak Long dipeluk.
"Maaf sofea..barang dapur dah habis,kak long belum dapat gaji."jelas kak long lembut, airmata kak long berguguran.
sofea diam tidak mampu untuk mengungkap kata-kata.

sejak pemergian ibu ayah setahun yang lalu, hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, Kaklong lah ibu, kaklong lah bapa. Kaklong menolak tawaran menyambungkan pelajaran di sebuah Universiti   selepas menamatkan pengajian di peringkat STPM, demi semata menjaga sofea kerana itulah janjinya pada Ibu, sebelum ibu pergi buat selamanya. Makcu adik kepada ibu mereka, telah berjanji untuk menjaga sofea sepeninggalan  kaklong  utnuk melanjutkan pelajaran, namun ditolak kaklong bulat-bulat. Sofea berjanjiakan berusaha membalas budi kaklong kepadanya. Kini kaklong bekerja sebagai penoreh getah di kebun Pak Man. sambil petangnya bekerja di kedai Kak Gayah, dengan gaji tidak seberapa itulah mereka guna untuk meneruskan hidup.

" sofea dah solat isya'?"tanya kaklong. Kaklong cukup menjaga ibadatnya dan juga sofea.
" sudah kak, sofi nak belajar malam ni..." jelas sofea sambil menyikat rambutnya yg panjang melepasi punggung, sofea bersila di hadapan kaklong dn mengulurkan sikat kepada kaklong , kaklong menyikat rambu sofea dengan lembut penuh kasih sayang.
"kak... pagi tadi...." sofea keberatan untuk meneruskan kata-kata.
"emmm.. kenapa?? apa dia?"tanya kaklong, selepas sofea tidak menyambungkan kata-katanya.
"tak ada apa-apa lah kaklong.." sofea cuba berdalih.
kaklong melepaskan rambut sofea . Sofea tahu kaklong marah dengannya. Sofea mengadap wajah kaklong yang sentiasa ceria ditatap tanpa jemu.
"ermmm.. ok.. tadi pagi cikgu Man.. errrmmm cikgu man mintak duit yuran SPM, lagi sebulan sofe dah nak SPM.. tapi kalau kaklong tak ada duit, tak apalah , sofi boleh cuba minta tangguhkan."jelas sofea. Sofea tidak sanggup lagi melihat tangisan kaklong, kerana melihat air mata kaklong membuatkan hatinya seperti disiat siat.

Luka Ku Kembali Berdarah

Luka ku kembali berdarah..
luka aku kembali berdarah.......
luka hati ku kembali berdarah......

Oh Tuhan,
Apakah dosa ku???
sehingga detik ini.. aku sering tertipu..
oleh kata Manusia bertopengkan nafsu..

Oh Tuhan,
Apakah silap ku??
sehingga detik ini.. nyawa ku rasa terhenti..
tikala aku mencari sinar kasih..

oh Tuhan,
Apakah Khilaf Ku??
sehingga detik ini.. hati ku sering di bunuh..
dengan hakikat yang dipalsu

Oh Tuhan,
Apakah Ini takdir ku??
aku terima seadilnya.. setulus hati ku
kerna aku hanya Hamba Mu...

Tuesday, 28 September 2010

Karya Kak Cha - untuk Mu

Telah Hati Ini Terkunci Lagi..
Pernah Dulu Aku Berjanji, Akan Menyintai Mu Sampai Mati..
Namun Jika Ku Tahu Ini Terjadi, Takkan Janji Ku Patri..
Ku Sangka Panas Sampai Ke Petang, Rupanya Hujan Datang Berderai,
Hati Yang Dulu Kau Takluki, Kini Sisa Menjadi Tragedi.
Ku Kalung Namamu Pada Dasar Hati, Ku Bajai Dengan Cinta..
Namun Telah Tersurat Di Tetap ILAHI, Kita Hanya Sampai Disini,
Tertutup Dan Terkunci Kembali, Hati Dan Minda Ku Ini,
Untuk Bercinta Dan Menyintai, Oleh Insan Bernama Lelaki.
Bukan Salah Mu Mungkin Salah Ku,
Jiwa Gelora Darah Manisku Ingin Begini,
Jika Jodoh Tertulis Kau Untuk Ku,
Kehujung Dunia Kau Jua Ku Kahwini..
Jika Selama Ini Kau Kerugian.. Nescaya Aku Yang Kesepian,
Jika Selama Ini Kau Kehausan , Nescaya Aku Yang Kesengsaraan..
Aku Ingin Dirimu.. Tetapi Dimana Penghujung Cinta,
Aku Masih Ada Jalan Untuk Ku Tempuhi,
Kau Masih Ada Sisa Tanggungjawab, Untuk Kau Bebani...
Kau Insan Yang Aku Cintai,
Kau Insan Yang Aku Kasihi,
Kau Insan Yang Aku Sayangi,
Kau Akan Ku Sentiasa Ingati..
Walau Berakhir Sampai Disini..
Aku Sentiasa Disisi...
Kau Tetap Didalam Hati..
Maafkan Aku Kerna Melukai..

Friday, 24 September 2010

Karya Kak Cha - Pada 1 pagi

pada satu hari pagi..
dijendela berbirai kaca,
aku berdiri,melihat diluar nun disana.
bergerak urat urat minda ku...
mencari warna pada tabir langit.

dijendela berbirai kaca,
embun menitis  dikulit melopak halus..
segala kalut dahulu menerjah wayang minda,
sejuta keluhan merungai seribu kekesalan.

embun menitis dikulit melopak halus,
tidak pula membersih hati gelap.
tenang biru itu satu penyeksaan,
awan berarak selubung seribu dosa.

tidak pula membersih hati gelap,
tidak pula menghitam kenangan silam,
hanya singgah menyapa minda
sekadar melepas dosa selama ada.

Tuesday, 21 September 2010

Karya Kak Cha - kita kan kawan

tengok sana , tengok juga sini
kita ketawa gelak nampak gigi
terasa bahagia penuh satu hari..
itulah ubat segala terapi...

tengok sini, tengok juga sana,
dengki dengki, buang jauh hujung dunia..
tak mahu cakap bende yang buat sakit jiwa..
bersihkan hati, dan fikiran dari segala dosa..

tengok mari tengok apa yang ada..
gadis sekarang hilang sopan  entah kenapa??
pemuda goda perlu lah gadis berjaga-jaga
mulut manis pandai disusun itulah kerja,
tapi kita gadis sudah besar boleh pandang guna mata..

tengok mari tengok apa yang ada...
orang bercinta kita juga pun mahu sama,
cinta datang bukan pakej atas rupa,
tak tahu ikhlas kita dalam bercinta,
suka suka kita semua taram sahaja..

tengok mari tengok apa di pasaran,
ayat manis sudah mula hati tertawan,
bila dah berkawan jangan pula jadi lawan.
berebut cinta akhir boleh jadi sawan,
tak mahu begitu kerana kita kan kawan..

Monday, 20 September 2010

Karya Kak Cha - 1 2 3

1 2 3 kau kata cinta,
aku tersenyum bahagia,
katamu ku ratu,
tiada  2 3 hanya ku satu.
    1 2 3 kita pun bercinta,
     cinta pandang pertama,
     kau dan aku bahagia,
     seakan dunia kita yang punya...
1 2 3 kata orang aku garang,
kau kata apa peduli orang pandang,
kerna aku biasa sedang-sedang,
itu jua lah yang kau pandang.
     bila aku merajuk,
     kau pujuk ku panggil ku bucuk,
     bila aku marah,
     kau diam, tak mau lagi parah.
hanya kau kenal siapa aku,
manjaku hanya kau yang tahu,
sayangku hanya kau yang rasa,
kerana cinta itu milik kita berdua

Sunday, 19 September 2010

Karya Kak Cha - sampai sini saja




tiap ketika, saat detik masa
kau kira  untuk bukti aku setia..
tak perlu ulang cerita cerita..
kau tahu aku benar setia..


tika bersama dunia kita yang punya,
masih ku ingat tika di malam pesta
aku tersepak jatuh terkena para,,
kau yang  gelabah serba tak kena..
risau takut2 aku terluka


kata mereka aku tak romantika
kau kata hanya kau yang rasa
aku cukup istimewa
tak perlu tujuk pada meraka
kerana itu hak milik kita berdua


orang lain pandang tika kita bedua..
kata mu semua mereka jelous dengan kita..
aku ketawa bahagia ..
kerana kau suka berjenaka..


kadang kala resah datang melanda
ku kira kau sedar hadirnya jua..
mereka sekeliling resah berbeda..
menunggu saat retak cinta kita..


kita tak bertengkar cuma diam berbahasa,
entah kenapa hubungan sepi begitu sahaja,
kita tak seperti sebelumnya
mungkin tanda penghujung cinta kita


sejak itu kau dan aku tak bertegur sapa,
entah apa punca ini semua.
mungkin aku punca segala..
tapi kata mu tiada kena mengena


tapi ku akur kehendak yang Esa,
cinta kita sampai disini saja.
kau bukan pelengkap iman didada
kau cuma guru mengajr ku erti cinta.

Tuesday, 31 August 2010

Karya Kak Cha - Terima Kasih Cinta

Pagi yang sejuk mencengkam tulang2 ditubuh ku, diselangi dengan hujan renyai, menlenakan kembali tidur ku. Cahaya mentari yang selalu mencari ruang-ruang celahan langsir untuk memancar ke ruang kamar ku, pagi ini cahaya segan menjengah kamar ku mungkin kerana hujan menghalang cahaya menembusi. Tidur ku seperti di buaikan. Amar, suami ku telah melangkah ke pejabat. Tiada bantal peluk ku untuk memanaskan badan.

“sayang, abang pergi kerja dulu ya…”amar menyapa telinga ku dengan suaranya yang serak basah. Amar suami ku yang penyanyang, jika dia melihat aku lena diulit mimpi, tidak sekali dia akan mengejut ku untuk mempersiapkan dirinya. Aku bahagia bersama mu sayang..

Esok sudah cukup 2 bulan aku dan amar menjalani kehidupan bergelar suami isteri. Walaupun aku dan amar, diijabkabul atas permintaan keluarga. Namun kami redha akan kehendak takdir ini. Amar terlalu baik untuk aku. Dia menerima aku seadaanya aku, begitu juga aku. Kisah percintaan aku bersama kekasih ku dahulu dan percintaan amar bersama kekasihnya terdahulu tidak pernah kami bongkarkan. Pada aku dan amar, itu cerita sebelum kami berumahtangga dan menjalin kasih. Biarlah ianya berkubur sebegitu.

Kring..kring… telifon bimbit sony ericsson hitam ku berdering. Dengan mata ku yang masih rapat, aku meraba-raba mencari telifon bimbit ku. 
“assalamualaikum…”aku mulakan bicara.
“sayang… belum bangun lagi?”kedengaran suara suami ku dihujung talian. Aku tiba-tiba terasa rindu yang teramat.
“ermm.. sya baru bangun ni… abang kat mana tu??”Tanya aku kembali.
“abang dah kat office ni, sayang bangun mandi, busuk tau… nanti abang tak nak peluk kalau sayang busuk-busuk”amar berkata manja pada ku. Aku terasa cukup-cukup bahagia.
“abang… sya rindu abang sangat…”aku pula melepas rindu pada Amar. Walaupun tidak sampai satu jam amar meninggalkan rumah.
“sabarlah sayang.. petang nanti abang balik la… sayang sangat sayang abang ni…okeylah.. abang ada mesyuarat sekejap lagi.. nanti abang call lagi ye.. I love you..muahh, assalamualaikum.”amar memberikan aku 1 kucupan.
“I love you too, muahh..waalaikumussalam”aku tersenyum sendiri. Bahagia ku hanya Allah yang tahu. 

Aku tidak pernah berhenti mengucap syukur pada ilahi di atas pemberian suami ku ini.
Aku bingkas bangun meluru ke bilik air, kerana kelas ku akan bermula lagi sejam. Aku masih menuntut di sebuah institut di Kuala Lumpur. Aku masih ada 1 tahun setengah untuk menamatkan pelajaran ku dan mengengam segulung Ijazah. Suami ku pendorong aku ketika ini, dia sentiasa memberikan aku perangsang.

Setiap langkah ku , aku menguntum senyuman. Kebahagian ini tidak dapat aku ungkapkan. Tidak bisa aku 
gambarkan. 

Kedengaran kereta Mazda merah milik suami ku berderum di laman rumah. Aku segara menuruni anak tangga mendapatkan suami ku amar. Aku ingin menyambutnya dengan penuh kasih sayang.
“assalammualaikum…”amar menyapa diri ku.
“waalaikumussalam..”akan mencium telapak tangan suami ku. Amar mengucup dahi ku kembali.
“sayang buat apa tadi???”Tanya amar. Pinggang ku ku dirangkul erat. Beg bimbitnya aku letakkan di sofa. 
“baru saja sampai dari kampus.. banyak kelas hari ni..”aku bertutur manja. Amar merebahkan dirinya diatas sofa, kelihatan penat diwajahnya. Aku melangkah ke dapur mengambil segelas air suam,dan diletakkan seketul ais. Itulah minuman yang diminta amar untuk aku sediakan untuknya.
“sayang.. minum..”aku menghulurkan gelas kepada Amar.
Seperti biasa aku menanggalkan stokin, membuka tali lehernya, kerna amar suka aku memanjainya. Aku perlahan-lahan memicit bahu amar, amar kelihatan selesa. Tanpa sedar, amar terlena di bahu ku. Amar seperti anak kecil bila bersama ku, ingin dimanjakan. Aku terasa bahagia bila dia bersama ku.
Seperti biasa aku dan amar akan solat berjemaah,aku akan membaca al-Quran untuk amar perbetulkan, kami akan mengaji dan berzikir untuk menunggu solat isyak. Setelah selesai, aku dan amar akan menyiapkan kerja masing-masing. Aku dengan assignment dan amar dengan kerja penjabatnya.
Aku merebahkan tubuh ku disebelah amar, aku suka membantalkan dadanya. Aku rasa selamat berada disisinya, badan amar yang tegap dan dengupan jantungnya membuat aku senang. Amar membelai rambutku dengan lembut.
“sayang… abang dah belikan kereta idaman sayang… minggu depan kereta tu akan sampai..”amar berbisik di telinga ku. Aku tekejut. 
“Vitara???”Tanya aku pada Amar utnuk mendapatkan kepastian.
“ya la.. itu kereta kesukaan sayang.. siap warna pink lagi..”suami ku mencubit hidung ku. Aku hanya mampu tercengang. Tidak aku menyangkakan, kerna pada pendapat aku kereta itu sukar untuk diperolehi pada masa sekarang.
“oh ye ke.. terima kasih abang… sayang abang “ aku menghadiahkan satu kucupan dibibirnya. Amar kembali memberikan aku kucupan hangatnya pada ku. Aku dan dia di dunia kami ciptaan kami sendiri untuk seketika.
“ermmm abang lupa pula, nanti sayang pergi pejabat abang minggu depan, lepas tu apa-apa penguam suruh tandatangan, sayang tandatangan saja ok???” jelas amar pada ku sambil memelukku erat. Pelukkannya terasa hangat dari biasa. Aku hanya mengangguk.
“errr..tandatangan apa???dan kenapa sayang pula..abang???”Tanya aku,musykil.
“nanti abang kene pergi jauh, susahlah kalau tiada tandatangan, so abang dah gantikan ayang dalam syarikat Tenda Biru sdn Bhd tu.” Amar menjelaskan pada ku , walaupun aku kurang faham namun aku mengiyakan sahaja.
“nanti kalau abang ada kerja, sayang boleh tolong jagakan syarikat kan??? Boleh kan???”Tanya amar pada ku.aku membalas dengan mengangguk kepala. Aku dihadiahkan kucupan pada dahi ku. Entah kenapa aku terasa berlainan sungguh malam ni tidak seperti selalu. Kehanggatan dalam kebahagiaan.
“tidur sayang…”amar mengajak aku lena bersamanya. Aku menuruti kehendaknya. Bahtera malam ku lalui dengan keindahan. Aku lena dalam dakapan suami ku.

“sayang bangun, subuh….”suami ku mengejutkan aku dari lena. Aku membuka mata ku perlahan-lahan, kelihatan suami trcinta ku Amar berada di hadapan ku sambil senyuman terukir dibibir merahnya.aku dihadiahkan kucupan didahi ku. Entah kenapa aku terasa cukup-cukup bahagia .
Aku solat berjemaah bersama Amar suami ku tercinta. Suami ku mengangkat tangan menadah tangan untuk berdoa dan aku jua menuruti…

Ya Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang… kau ampunilah dosa kami, dosa ku, dosa isteri ku tercinta, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan dosa sekalian muslimin dan muslimat.
Ya Allah.. kau cambahkan lah cinta kami kepada Mu, cambahkanlah cinta kami kepada rasul, kau cambahkanlah cinta antara ku dan isteri ku, kau cambahlah cinta kami kepada kedua ibu bapa kami.
Ya Allah, jika ini doa terakhir kami , berikanlah kekuatan pada mereka yang kami sayangi. Berikanlah taufik dan hidayah pada kami dan mereka yang kami sayangi.


Entah mengapa berlainan sungguh doa suami ku pada pagi yang sungguh damai pada ku. Aku tersentak dan mengalirkan airmata tanpa aku sedari. Aku mengaminkan doa dengan seribu tanda tanya. Namun aku tepiskan perasaan gusar ku.

Amar menghulurkan tangannya untuk ku kucup, aku mengucup tangannya, terasa sejuk telapak tanganya. Dahi ku dicium , aku damai dalam kucupannya. Tanpa aku duga , aku dirangkul erat kedalam dakapan suami ku, aku kaget seketika, namun aku membalas pelukkan itu.
“sayang.. dengar apa yang abang nak sampaikan ya.. dengar sahaja, tidak perlu ditanya …boleh”, kata amar. Aku hanya mengangguk walaupun hati ku berdebar-debar tanpa sebab.
“abang sayang kan sayang sangat, tidak pernah hati abang terguris walaupun sebesar zarah ketika bersama sayang, abang teramat bahagia, abang tidak pernah berhenti mengucap syukur kehadrat Ilahi diatas pemberian sayang kepada abang.. abang tidak pernah merasa rugi dan menyesal memperisterikan sayang..” suami ku bertutur dengan lemah lembut, dihujung suaranya kedengaran kegetaran . aku hanya mampu mendengar, air mata bergelinangan. Aku takut untuk berfikirkan sesuatu yang aku takutkan, iaitu kehilangannya.

Amar menyambung kembali bicaranya, yang terhenti seketika mungkin untuk mengambil kekuatan.
“abang mohon maaf pada sayang, jika pernah abang lukakan dan menguriskan hati sayang” pohon suami ku. Aku hanya mampu mengelengkan kepala, memberi isyarat yang dia tidak pernah bersalah pada ku.
“abang teramat sayang pada sayang… abang cintakan sayang… abang harap sayang akan menjadi bidadari abang di syurga nanti..”

Aku menanggis teresak-esak.. air mata ku tidak dapat ku bendung lagi. Aku mengelap air mataku dengan kain telekung. Aku menanti seterusnya kata-kata suami ku.aku memeluk erat tubuh amar , seminit, lima minit, suami ku tidak berbicara, aku melepaskan pelukkan aku renung wajahnya. Kelihatan air mata dipipi suami ku, matanya tertutup rapat.airmata kelihatan di celah matanya. Aku terasa damai, aku kembali memeluk tubuh sasa amar ku yang tercinta. 

Namun, aku tersentak apabila dengupan jantungnya yang selama ini memberikan aku keselesaan tidak lagi kedengaran dengupanya. Aku menekup telinga ku kedada amar. Tidak kedengaran, tangan ku mulai bergetar, jantungku berdegup kencang, aku menolak tubuhnya perlahan-lahan.

“abang…. Ab….bang….”aku memanggil suami ku dengan ketakutan. Suara ku bergetaran, air mata ku makin laju mengalir. Yang ku lihat bibirnya tersenyum, namun matanya tertutup rapi. Aku mula tidak keruan. Aku mengoncang tubuh suami ku.
“abang… ab…bang aaaa..abang bangun abang… abang..abang jangan buat macam ni ..jangan tinggal Syasya macam ni.. abanggggggggggggg…”aku telah sedar , amar telah meninggalkan aku. Amar pergi dalam pelukkan ku.

Suami ku pergi meninggalkan aku dengan kebahagian , yang pasti aku ingin kecapi kebahagian itu bersamanya lagi. Aku ditinggalkan bukan sahaja harta miliknya namun berserta harta yang tidak ternilai, cahaya mata aku dan dia. Ku berikan nama Muhammad Amar Syafiq bin Ahmad Amar. Kerana kasih ku pada mu amar, aku berikan segala kasih sayang ku membesarkan Amar Syafiq seperti mu. Aku di tinggalkan dengan sepucuk surat…

Sayang abang syasya….
Abang menyanyangi mu kerana keihlasan mu menyintai diri abang seadanya, kerna cinta mu pada yang Maha Esa,dan kerna cinta mu pada Islam dan cinta mu kepada kedua orang tua mu…..

Sayang abang syasya, 
Selama kita berumah tangga, melayari kasih…. Tidak pernah sedetik saat yang kita lalui abang terguris hati, sayang memanjai diri abang… mengikut segala kehendak abang.. membuat setiap saat abang terasa bahagia..

Sayang abang syasya,
Maafkan abang , jika selama kita hidup bersama, pernah abang melukai hati kecil mu, membuat diri mu terasing, membuat sayang kecewa..dengan nama Allah.. abang tidak sengaja…. Dan juga maafkan abang, kerna tidak dapat membahagiakan sayang sehingga akhir hayat sayang…kerana mungkin abang yang pergi dahulu. 

Sayang abang syasya..
Jika telah dirimu ada penganti. Pergilah bersamanya…. Untuk sayang terus menjalani kehidupan di muka bumi, namun apa yang abang harapkan, sayang menjadi bidadari abang disyurga nanti…terima kasih kerana menyintai abang..
Maafkan abang..

Tulus dan cinta dari suami mu…
Ahmad Amar

“abang… sayang maafkan abang.. abang tunggu sayang disyurga..terima kasih atas cinta abang”aku akan sentiasa mencintai mu amar hingga akhir hayat ku. 

NURKILAN 
~MAYA CINTA~ 26 mac 2006