.....

Tuesday, 7 December 2010

Hilangnya dedaunan ( episod 3)

“kak long boleh sofea tidur dengan kaklong?”Tanya sofea apabila pintu bilik kaklong terbuka.
Tanpa disuruh sofea telah membaringkan dirinya diatas katil kaklong, kak long menyelimuti sofea.
Kesejukkan malam terasa sampai ke tulang rusuk. Bunyi cengkerik dan burung hantu bersahut-sahutan menemani malam sepi mereka.
“kenapa ni?”Tanya kak long pada sofea, apabila melihat adik kesayangannya murung sejak dari permergian ibu bapanya menghantar kakngah ke universiti.
“sofi tak dapat tidur la akak..”jelas sofea.
“emm.. baca doa.. nanti tidurla tu..”pujuk kaklong. Sebenarnya kaklong jugak tidak dapat melelapkan matanya, hatinya rungsing, apa yang dirungsingkan pun kak long sendiri tidak tahu. Hatinya bagai diketuk dari terlelap, bagai berita ingin disampaikan si hati kecil jauh dari hati kecilnya.
Baru mata kaklong ingin terlelap, bunyi ketukkan dipintu rumahnya.
“siapa lah yang datang malam-malam macam ni kak long?” Tanya sofea apabila terdengar ketukkan dan ucapan salam dari luar rumahnya.
Kaklong menggeleng kepalanya, selimut diketepikan , kak long memakai tudung menutupi rambutnya.
Kaklong dan sofea melangkah ke ruang tamu.
“siapa tu?”Tanya kaklong.
“kami dari pihak polis”jelas suara dari luar.
Kaklong terkedu seketika, hatinya berdegup kencang. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Pintu perlahan-lahan dibukanya, kelihatan dua pegawai polis lengkap berpakaian seragam.
“assalamualaikum…”ucap salam pegawai tersebut.
“waalaikumussalam..”jawab kaklong dalam kebinggungan . hati kaklong berdegup dengan lebih kencang. Sofea masih belum mengerti.
“kami dari balai polis alor setar, emm cik anak kepada encik kamil dan puan salimah?” Tanya salah seorang pegawai tersebut.
Kaklong mengangguk mengiyakan soala itu. Sofea bertambah kebingunggan untuk mengerti.
“kami berharap encik dapat bersabar…” pegawai itu cuba menarik nafas….

No comments:

Post a Comment