.....

Tuesday, 7 December 2010

Hilangnya dedaunan ( episod 5)

"kaklonggg...."panggil sofea dari ruang tamu, beg seolahnya diletakkan diatas meja.
"assalamualaikum..."salam dari kaklong sambil tersenyum. Sofea malu sendiri .
"waalaikummussalam.."gengaman jjari kaklong dikucup.
"dah lama sampai?"tanya kaklong. Kaklong melangkah kedaput kembali.
"baru je.. Kak long masak apa hari ni??"tanya sofea.
langkah kak long terhenti, sofea turut berhenti membontoti kaklong.Sofea mengerti apa yang sedang berlaku.Kesal datang menerpa di dalam hati Sofea.
"tak apa lah kak long..sofea tak lapar " pujuk sofea. Bahu kak Long dipeluk.
"Maaf sofea..barang dapur dah habis,kak long belum dapat gaji."jelas kak long lembut, airmata kak long berguguran.
sofea diam tidak mampu untuk mengungkap kata-kata.

sejak pemergian ibu ayah setahun yang lalu, hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, Kaklong lah ibu, kaklong lah bapa. Kaklong menolak tawaran menyambungkan pelajaran di sebuah Universiti   selepas menamatkan pengajian di peringkat STPM, demi semata menjaga sofea kerana itulah janjinya pada Ibu, sebelum ibu pergi buat selamanya. Makcu adik kepada ibu mereka, telah berjanji untuk menjaga sofea sepeninggalan  kaklong  utnuk melanjutkan pelajaran, namun ditolak kaklong bulat-bulat. Sofea berjanjiakan berusaha membalas budi kaklong kepadanya. Kini kaklong bekerja sebagai penoreh getah di kebun Pak Man. sambil petangnya bekerja di kedai Kak Gayah, dengan gaji tidak seberapa itulah mereka guna untuk meneruskan hidup.

" sofea dah solat isya'?"tanya kaklong. Kaklong cukup menjaga ibadatnya dan juga sofea.
" sudah kak, sofi nak belajar malam ni..." jelas sofea sambil menyikat rambutnya yg panjang melepasi punggung, sofea bersila di hadapan kaklong dn mengulurkan sikat kepada kaklong , kaklong menyikat rambu sofea dengan lembut penuh kasih sayang.
"kak... pagi tadi...." sofea keberatan untuk meneruskan kata-kata.
"emmm.. kenapa?? apa dia?"tanya kaklong, selepas sofea tidak menyambungkan kata-katanya.
"tak ada apa-apa lah kaklong.." sofea cuba berdalih.
kaklong melepaskan rambut sofea . Sofea tahu kaklong marah dengannya. Sofea mengadap wajah kaklong yang sentiasa ceria ditatap tanpa jemu.
"ermmm.. ok.. tadi pagi cikgu Man.. errrmmm cikgu man mintak duit yuran SPM, lagi sebulan sofe dah nak SPM.. tapi kalau kaklong tak ada duit, tak apalah , sofi boleh cuba minta tangguhkan."jelas sofea. Sofea tidak sanggup lagi melihat tangisan kaklong, kerana melihat air mata kaklong membuatkan hatinya seperti disiat siat.

No comments:

Post a Comment