.....

Tuesday, 7 December 2010

Hilangnya dedaunan ( episod 2)

Kelihatan kakngah sibuk mengemas barang-barangnya untuk dibawa ke tempat barunya. Kakngah keluar dari bilik dengan membimbit beg pakaiannya.
“sofi duduk rumah ye.. he he he..”gelak kakngah dengan senyum lebar. Puas hatinya kemahuan sofea tidak dituruti. Pada kakngah sofea terlalu dimanja dan ditakuti terbawa-bawa hingga ke besar.
“ayah.. tengok la kakngah ni.. ejek sofi..”rengek sofea.
“sudah,sudah la sofea, kakngah.. hish budak dua ni..”marah ibu yang baru keluar dari dapur. Kelihatan ibu membawa makanan yang telah dimasak selepas subuh pagi tadi.
“kak longggg..”jerit ibu memanggil kak long.
Kelibat kak long tidak kelihatan sejak dari pagi tadi lagi. Kak long sibuk menelaah buku, minggu depan ada ujian pertengah tahun STPM.
“ya ibuuu.. sekejap bu..”suara kaklong yang lembut seperti perwatakannya kedengaran.
Kak long keluar dari bilik, tangannya masih memegang nota ringkas.rambut kaklong yang pangjang diikat seperti ekor kuda.
“kenapa ibu?”Tanya kak long sambil membelek makanan didalam bakul.
“kami dah nak bertolak nie..”jelas ibunya sambil membetul tudung yang dipakainya.”salam kak long..”kak ngah menghulur tangan dan kak long menyambut tangan kak ngah. Mereka berpelokkan.
Air mata dua beradik mengalir, tiada lagi teman berborak, bergurau dan mengadu. Kak long memeluk kakngah erat-erat, kakngah membalas pelukkan itu.
“jangan lupa hantar surat tau..”kaklong mengesat air mata adiknya.
“kaklong jangan belajar sampai lewat malam tau!!”pesan kakngah pula. Mereka tersenyum antara satu sama lain. Ini lah pertama kali mereka akan berpisah jauh. Sofea hanya melihat aksi tersebut, hatinya juga sayu melihat tangisan kaklong dan kakngah.
Sofea melangkah menuju kakngah dan kaklo ng, mereka bertiga berpelukkan. Menanggis semahunya.
“kaklong jangan manjakan sangat si dosea ni..”pesan kakngah sambil mencubit pipi sofea, terasa keakraban mereka.
“sudah la tu.. lambat nanti..” kata ayahnya dimuka pintu.
Kak long mendapatkan ibunya dan bersalam dengan ibunya.
“selama ibu tak ada nanti jaga adik baik-baik, mana yang salh ditegur .. ingat tu..!”pesan ibu.
Kak long mengangguk . airmatanya tiba-tiba mengalir memmbasahi pipi.
Sofea pula berjabat tangan dengan ibunya, ibunya memeluk sofea erat-erat seperti pelukkan terakhir.
“jangan manja-manja lagi, dengar cakap kaklong, jangan degil , belajar elok-elok, biar dapat jejak kaki ke universiti.”panjang lebar pesan ibu.
Sofea hanya mengangguk. Airmatanya tidak dapat dibendung lagi .
Terlalu berta untuk sofea melepaskan pelukkan ibunya. Akhirnya ibu meleraikan pelukkan itu.
Ibu, ayah dan kakngah melangkah ke dalam kereta , kereta Mitsubishi model lama meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya, sofea melambai-lambai menghantar permergian ibu.

No comments:

Post a Comment