Dalam entri Kemusyikilan Agama ni, Kak cha cuma ingin berkongsi yang mana Kak Cha tahu, segala kemusyiklan disini jawapannya kak Cha perolehi dari buku 600 JawaPan kemusyikilan Agama Jilid 2, oleh Ustaz Dato ' Haji Baharom, Ustaz Haji Ismail KAmus, Ustaz Ahmad Baei Jaafar, Ustaz Jaafar Salleh, Ustazah Fatimah Omar, dan diselenggarakan Oleh H.M Tuah Iskandar.. Sekadar untuk berkongsi.. jika tersalah blh dikongsi untuk diperbetulkan ye...
__________________________________________________________________________________
S :- Apakah tidak sah sembahyang sekiranya kain telekung yang digunakan agak jarang dan dia sembahyang seorang diri. dan bagaimana pula kalau ada perempuan lain yang melihatnya?
J :-
Penutupan aurat yang sempurna dalam sembahyang ialah tidak menampakkan bentuk badan , kerana tujuan menutup aurat ialah supaya tidak nampak kulit, potongan badan dan lain-lain.
Andainya kain yang digunakan untuk menutup aurat itu masih boleh menampakkan kulit dan bayangan potongan badan, maka dikira masih tidak sempurna menutup auratnya.
Huraian :- Kalau kain telekung jarang, pakailah pakaian dalam; baju lengan panjang , kain sarung ataus eluar panjang . dengan ini kulit tidak nampak lagi.
No comments:
Post a Comment