.....

Thursday, 6 January 2011

Doaku UntukMu

Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat karib dan mereka tinggal berjiran. Kedua-dua mereka hidup dalam kesempitan dan kemiskinan. Setelah selesai berusaha sepanjang hari, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka setiap hari. Setiap hari ketika pulang dari kerja , mereka akan singgah di masjid untuk solat dan berdoa.

"Apa doamu hari ini?" Tanya Ahmad kepada sahabatnya." Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki.Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa." jawab Ali. "Engkau pula?"tanya Ali. Ahmad hanya tersenyum tanpa memberikan apa-apa jawapan/

Keesokan hari, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. " Alhamdulillah, majikanku memberi bonus ada hari ini.Doaku telah dimakbulkan". "Alhamdulillah, hari ini engkau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad. " Aku akan berdoa supaya isteriku selamat bersalin" jawab Ali. Selepas itu mereka berdua masuk ke masjid untuk menunaikan solat dan berdoa. Selesai solat dan berdoa, Ali bertanya, "Kau berdoa apa pula hari ini?" Ahmad tetap tersenyum tanpa memberikan apa-apa jawapan.

Selang beberapa hari, Ali memberitahu Ahmad satu lagi berita gembira. "Isteriku telah selamat melahirkan seorang anak lelaki malam tadi"kata Ali. "Aku berdoa agar anakku selamat"kata Ahmad dengan muram." Kenapa dengan anak kau?"tanya Ali sedikit bimbang. "Anakku tak shat Ali.Keadaannya membimbangkan " kata Ahmad ."Insya-Allah anak engkau akan sembuh. Engkau doakan kuat-kuat sikit.Minta anak engkau cepat sembuh"pujuk Ali.

Selang beberapa hari, Ali bertanya "bagaimana keadaan anak engkau?". "Masih macam itu juga tapi keadaannya baik sedikit"jawab Ahmad."Doa banyak lagi Ahmad. Aku tak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau...."Kata Ali. "Kenapa dengan aku?" tanya Ahmad. "Mad, aku lihat doamu tidak mustajab". Ahmad tersenyum. Melihat Ahmad  tersenyum, Ali semakin hairan lau bertanya lagi. "Aku hairan, doa kau tidak makbul tapi engkau masih boleh tersenyum?".

"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah"kata Ahmad."Doa yang mana?Sebab aku tak nampak apa-apa perubahan pada engkau"kata Ali hairan.

"Doaku daripada dulu lagi hanya untuk kau , sahabatku. Setiap hari aku akan berdoa supayaAllah makbulkan setiap apa yang kau doakan pada-Nya".

Pengajaran : Doa kita untuk ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara amat tinggi nilainya di sisi Allah. Apatah lagi bila  kita berdoa tanpa pengetahuan orang yang kita doakan . Itulah keikhlasan. Sayangnya, ia jarang dibuat oleh kita. Manusia sering mementingkan diri, sekalipun dalam doanya kepada Allah. Marilah kita berdoa untuk kebaikan umat  manusia keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment