.....

Monday 4 October 2010

Hebatnya 5 jari kita

 
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari kita yang lima.Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam kewajipan solat lima waktu jangan di abaikan.
 
Kemudian lekapkan jari itu di ats meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
 
Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil Bak kata pepatah " melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
 
Naikkan kepada jari kedua jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya di sarungkan dengan sebentuk cincin bertatahlan berlian bangga tak terkira pada ketika ini alam remaja menjengah diri.
 
Kita perlu ingat di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah KITA??
 
Ok sekarang kita naik pulak jari ketiga. Jari yang paling tinggi jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak " hantu-hantu pengacau" yang datang mengoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu amal ibadat mesti dilipatgandakan.
 
Kita beralih kepada jari telinjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebgai penunjuk arah menjadi contoh dan tauladan. manusia yang berada di tahap usia ini hendaklah tampil sebagi model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
 
Akhir sekali renung jari ini. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa " cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka kita patuhi nescaya kita boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah  rahsia kejayaan kita.
 
*** Oleh itu, cuba kita lihat sekali lagi jari kita yang lima
      Renung dan fikir dalam-dalam.
      Dimanakah kita sekarang........
        
 
Wasalam
 
       ***petikan dari artikel***