.....

Sunday 30 October 2011

KEhilanGAn seorang Teman (Entry KHAS : SAIFUL Azlan @ abe sepu)

Assalamualaikum... wtb

Hari ni, mendung di kaki langkit, tidak pula dirembesnya hujan, namun hati ku ini sayu sahaja. mungkin badai yang menimpa. walaupun persahabatan aku dengan seorang sahabat hanya seketika, dan lebih mengenali di dunia maya semata, namun permergian dia Mengadap yang Esa, Membuatkan ku terasa walaupun sikit semata.

Saudara Saiful Azlan, seorang abang , rakan yang tidak pernah ku lihat menanggis, hidupnya penuh kecerian , kepala gila gila yang membuat orang ketawa, teletahnya yg mencuit jiwa. Walaupun hanya lebih ku kenal di alam maya, bertemu mata 2 3 kali sahaja, dia tetap tersemat di jiwa. kata nasihatnya masih berguna, gurau sendanya masih bersisa.....

Ya Allah, telah dia Engkau jemput kembali, semoga dia di kalangan yang Engkau pilih. Aku maafkan segala kesalahan dia menguris, kerna dia seorang kawan yang baik hati. Rindu tidak terhenti di sini seperti pohonya di status Fb untuk terakhir kali.... 


‎~bingkisan indah pagi mendung~ ~"jadilah seorang yg hadirnya dinanti dan perginya dirindui, kerana mencari seseorang yg setia dan jujur, ibarat mencari sebutir permata disebalik timbunan kaca"...Keikhlasan tidak mungkin dapat diukur, tapi pasti dapat diuji~


Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Saudara Saiful Azlan 

Al-Fatihah  (-__-)