.....

Thursday 21 November 2013

tenTang Cinta kU



sebenar-benar aku cinta...
ya di setiap langkah ku.. ingin ku mendekati mu..
ku berharap utk bertemu kekasih..

ye, mencintai dan merindui itu satu nikmat anugerah Allah.. 
yg di hadiahkan untuk hambanya seperti diri aku.

di tilik di belek hati ini, pasti terungkai..
terselak.. namanya disitu.. itu hanya satu ketika dahulu..

kini,
terlalu payah utk ku terserempak namanya di hati,
puas ku selak, singkap..
namun kosong..

dia.. dia sekarang di dlm setiap doa ku..
doa ku utk dia tak mungkin padam..
kerna hati , hati akan mati.. namun 
doa.. doa ku pjtkn pada pencipta
kerna aku ingin keselamatannya, kebahagiannya, kesihatanya di jagai Sang Pencipta Semesta.

dia lah pencuri jiwa hati ku.. 
kekasih ku, sahabat ku, teman ku, musuh ku dan juga suami ku..

Wednesday 9 October 2013

Nikah Khitbah atau Nikah Gantung





Assalamualaikum.. Entry kali ni kak cha nak kongsi sedikit tentang NIKAH KHITBAH atau NIKAH GANTUNG. Mungkin ada yang pernah dengar dan juga mungkin ada yang tak pernah dengar. Entry ni bukan kakcha yg tulis.. sbb?? sbb manalah kakcha hebat sangat bab2 ni.. kakcha cuma mampu tlg korg yang ingin mengetahui ttg Nikah Khitbah ni.. ni entry oleh Ustaz Nasrudin Hassan.. Jom Membaca !!


Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya ,jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .


untuk mencari isu2 atau pencerahan lain sahabat kakcha boleh klik kat sni KLIK SAYA


Niat Ketika Sedang Wuduk





Assalamualaikum... 

Hari ini kak cha nak share sikit ilmu.. ini kak cha dpt dr sumber FB.. dan oleh krn telah diizikan awal2 lg oleh penulisnya, so kakcha share la kan dkt  blog kakcha.. supaya pembaca lain dpt ilmu bersama..

Selamat Beramal (^_^)

Ketika Ambil Wudhu niatkanlah dalam hati :

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini"

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini"

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu"

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian Siratul Mustaqim nanti"

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunkanlah dosa2 aku"

SUBHANALLAH...

Semoga ALLAH senantiasa membimbing kita dalam keadaan iman dan takwa kepada-Nya, dan mudah-mudahan ALLAH ampuni segala dosa kita, baik disengaja ataupun tidak, sehingga nanti kita menghadap ALLAH dalam keadaan bersih tanpa dosa. Aamiin..



Ya ALLAH...
✔ Muliakanlah orang yang membaca status/warkah ini
✔ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang
membaca dan membagikan status/warkah ini.

Aamiin ya Rabbal'alamin

Wednesday 11 September 2013

Kebijaksaan Yahudi Memperalatkan Umat Islam.



Assalammualaikum....

YAHUDI!!! ia bangsa yg sgt pandai!! KakCha ade terbaca di FB, ade insan share dan bila baca, ianya sangat berguna untuk umat Islam sedunia. Thanks kat tuan punya Blog http://azmieyusoff.blogspot.com, artikel ni bagus sgt.. semoga dirahmati Allah.

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...


Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa k
ita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

SHARE jika anda suka dengan artikel ini

Manik-manik Mutiara





Ini antara hasil tangan kak Cha untuk pelangan... ada lg pic yg dah delete.. sekadar mengisi masa kakcha yang banyak terluang.
kebanyakkan mereka nak yg simple.. 
ialah banyak2 sgt pun tak elok gak..
dah macam bju kawin.. nak jaga pun susah..




5 FAKTA PENTING!!!!



Assalamualaikum..

Tajuk mcm penting je kan.. ya mmg penting.. Fakta ni kak cha terbaca kat Fb kak Cha.. sempena tuan yg tulis tu pun benarkan kak cha share.. so kak cha pun share la kat blog kak cha.. 

tapi wallahualam, betol ke idok.. kalu betul blh di titik beratkan.. tapi jika tak benar.. boleh diabaikan , Okey kekawan??

5 Fakta Untuk Anda Percaya Atau Tidak

1. Jika anda makan SATAY, jgn pula lupa nak mkn timunya, sebabnya mmkn satay bersama  karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bende tu karsinogen?? - ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah. Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil Pil Vitamin C! yg mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa, Tukarlah jenama lain sebelum terlambat. Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan  barah dalam jangka masa yg panjang dan ini bukannya jenaka. Ada satu syarikat telah ditanya mengapa menggunakan bahan tersebut, dan jawapan mereka ialah " Ya mmg kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa2 krn kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yg banyak. 

4. Kepada penggemar makanan jenis Mee Segera (tak kiralah ape jenama dan jenis pun).Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas  makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.

5. Bawang Goreng Segera. Seorang kawan melawat ke sebuah perusahan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. yang berwarna dan tidak berwarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang berwarna dicampurkan bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan , ianya meleburkan lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat.

oh takut juga kakCha dengan pemakanan kita sekarang.. dasyat!!!

Wallahualam.. tp yg pasti..Rasulullah s.a.w melarang kita campurkan makanan laut dengan darat. kenapa ??? haaa jap ek..

sebab : ini kerana dalam makanan darat terdapat ion Positif (+) , manakala dalam makanan laut terdapat ion (-).

kalau ikut teori sains, dua ion ini akan menarik antara satu sama lain. Jadi, jika makan bercampur (-) dan (+) ni.. akan menghasilkan reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. 

Kesan: sakit perut, juga menyebabkan perut jadi buncit dan Boroi.. auwwww..

Sayangkan Rasullulah s.a.w pada umatnya.. Beliau mahu kita menjaga kesihatan untuk terus menjalankan tanggungjawab kita pd Allah s.w.t. AllahuRabbi.. 

BESNYEEE tomyam Campur.. tp X bagus untuk kesihatan syg syg ku...

Good Doctor.. Good Drama (>.<)

Assalamualaikum...

Korg dtg bLog kak cha mesti nak tgk cter Good Drama kan??? huhuhhuh tapi kenyataannya kak cha tak upload pun kat blog ni..  tapi... demi korg kak Cha tinggalkan link tmpt korg blh lepak tgk Good Doktor sambil baring2 kat katil..oooooo Syok nyerrrrrr

KakCha blh la ceritakan sinopsis sikit2.. sebab tak habis tgk lagi cternye. 

Detail Drama :

Tajuk : Good Doktor 
Genre : Medical, Romance, human, Melodrama, Family
Jumlah Episod : 20 Ep.
Pelakon Utama : Ki Min Soo, Kim Jin Woo


Drama ni tentang seorang lelaki yang mempunyai ganguan autistik. Mentalitinya seperti kanak2 10 thun. tapi Doktor Park Shion lakonan Jinwoo seorang yg bijak. Permulaan ramai memperlekehkan kebolehan dan keistimewaan dr.Park, namun sedikit demi sedikit mereka menerima. Dan semestinya heroin jugak best.. mcm mana best??? tgk sdr la.. okey kat bawah kak cha letak link yg korg blh KLIK.. dan tgk.. yahooooo



korg kene tgk Drama ni.. the best drama utk tahun 2013.. (tp tak tahu la kot kot lps ni ade lg yang best.. ekekekekek) 
Tgk jangan tak tgk k... 

SELAMAT MENONTON SAMBIL BARING :)

Tuesday 10 September 2013

Toturial : Cara-cara nak add Nuffnang dalam Blog

Assalamualaikum..

Selaras dgn tajuk kat atas, kakCha nak tunjukkan sikit la cara2 nak pasang Iklan  dr Nuffnang kat blog korg. Sebab kakCha dah cuba dan menjadi so kita kongsi la sikit2 sesama kan kan...

Follow Step ni k.

1. Korang kne bukak la dulu akaun kat Nuffnang. klik ni http://www.nuffnang.com.my

2. Pastu daftar dengan Berhemah. 

3. Dah siap daftar. So bukak email dr nuffnang. nanti dia bg arahan supaya Klik kat link dia bg.. (untuk ape tak pasti )

4. pastu log in kat nuffnang. dan isi la segala apa yg perlu dan yg diminta utk diisi. OKEY???

~dah tak ngt sgt sebab dah lama buat akaun ni~

so skrg kta masuk step nak tampal iklan kat blog kite... yeaaaaaaaaaaaaa


step pertama p kat akaun  Nuffnang korg. 

klik pada Manage Blogs


second step korg akan jumpa mcm pic kat bawah:

so korg klik tang Add ad Unit tu

seterusnya bila dah klik tadi, korg jumpa ni plak:

so skrg pilih yang mana iklan korg nak, dan klik pada button kecik bwh tu.

so bila dah klik tadi kat bawah nanti akan keluar 

hah!! korg copy dulu semua ni..


Utk Iklan Atas (header):

1.  Dashboard -> Klik Blog Korg  (if ade buat byk blog) -> Template -> Edit Html 
2.  Klik dulu dekat box Edit HTML tu, tekan ctrl  + f dan search/ carian taip  
3.  Selepas itu, paste kan code tadi selepas . mcm ni:

x nampak??? besarkan nanti ye :)
4. Sebelum korg save.. korg preview dlu.. jadi???  save.. tak jadi?? mesti jadi punya...


  • tadi utk iklan kat atas.. kalau kat tepi plak mcm ni :

1. korg buat step kat nuffnag tadi. copy code iklan yg korg nak
2. pastu klik Layout -> Add gadget -> Edit HTML -> paste code
2. preview dlu.. if Cantik Molek.. u all dah blh save  :)

:- actually.. dalam nuffnang pun dah ada step CLICK HERE.. kakcha tlg translatekan dalam bhsa pasar jerk.. OK??

so SELAMAT MENCUBA @@@@ SElaMAt BERnUffNAng yerkkk...











Diari Pn. Kakcha - Sad


memulakan hariku dengan senyuman pagi. melihat pada skrin telifon. tidak ada tanda msg, Line, Whatsup dan apatah lagi calling.

Ya! dia belum menanya khabar pagi ku...

kekadang tertanya tiadakah kerinduan dia pada ku?? hati wanita ini mudah sungguh utk terusik. walaupun tahu kesibukkan dirinya. namun aku wanita yang ingin di tanya khabar.. sekadar satu msg cukup memadai utk membuktikan yg aku masih ada di dalam ingatannya , walaupun sementara.

oh syaitan.. mengapa sekarang Engkau Laknaktullah berbisik di akal  ini utk memercikan bara2 di hati. wahai akal ku.. percaya lah hati mu berkata.. dia di sana mencari rezeki untuk mu.. mencari untuk mu sehelai kain meliputi tubuh mu.. mencari sekecil berlian untuk bertakhta di jari manis mu.. mencari rezeki untuk sesuap nasi ....

oh hati.. aku mengerti perpisahan sementara ini cukup menduga aku. seusai ku membuka mata.. meraba tubuhnya masih belum ada kaku di tilam empuk. seusai solat tiba.. tiada imam untuk ku menjadi makmum. tiada lagi sutera untuk menangkis air mata ku mengalir.

cinta padang jarak..
membuat aku kuat terus mencintai.. menanti.. dan setia krn engkau suami ku.

aku rindu mengucup tangan mu..

:- berpositif lah dalam apa jua.. semoga hati kita tenang.. ya Sememangnya dia sangat Buzy..



Monday 9 September 2013

Merindui

Bismillahirrahmanirrahim...

Oh Tuhan.. jarak itu sungguh menduga..

Pada saat ini, aku telah berjauhan selama hampir 20 hari aku berjauhan dengan my Oppa..
Husband.. hubby.. cinta hati.. 

walaupun setiap hari akan berbalas Sms.. berLine.. berrrWhatsup.. Audio.. Video Call.. tp semestinya..tidak melepas rindu dihati 

baru aku tahu erti rindu wahai kawan.. rindu pada cinta hati. 

entahlah, bagaimana wanita diluar sana yg berjauhan dengan suami? sedangkan aku setiap masa mengingati dan merinduinya. 
mujurlah aku boleh mengawal hati dan perasaan ini, cuma kadang2 bila berbual dengan hubby, menitis sebak juga hati. 

oh aku masih pengantin baru.. walaupun sudah hampir 7 bln berkahwin. :) whatever masih ade 8 hari utuk aku berkira2 menunggu suami ku pulang. 


sangat rindu kamo 200%!!!


Pic: BABy Kiut


Bismillahirrahmanirrahim...

Anak adalah anugerah Allah pada setiap insan yg bergelar suami isteri. Anak anugerah yang teristimewa,
melihat anak-anak ini dilahirkan, proses pembesaran juga adalah satu nikmat yang tidak semua suami isteri dapat rasai.

so kepada mereka yang dianugerahkan Allah anugerah istimewa ini, hargailah. Didikkan lah mereka, jadikanlah mereka insan yang berguna pada Agama , Bangsa dan Negara.

Oh ciptaan Allah s.w.t itu sgt Indah dan sempurna.

senyum :)
CHAKKKK!!!Hai semua

muncung itik.. sweet



Saturday 7 September 2013

Assalamualaikum...

maK aihhhh Udahhhhh bersarang Blog kakCha ni.. rasa macam lama je tak tgk2.. apa tah lagi berkarya..
kemalasan melanda dan kebuzy-yannn yang meLaMPau2.. hahahhahah

Rindu kak cha nak berceloteh lg.. ermmm sempena keseorangan dan tidak lg ke B-zian melampau, kak cha ambik keputusan nak menaip tap tap tap balik..

sambil kongsi cerita.. blh la jugak mengisi ruang hati yg kosong.. 


U allsss lupa kak cha nak bg tau!!.. kakCha dah kawin dik Nonnnnnnn . 
Kak cHA dah PUAN sekarang okeys.uiiiiii rasa mcm tua plak kah kah kah... 
 lepas ni.. nak uPdate pasal My selpppp.. my Husband.. My pamily.. tak suka??? tak yah baca.. 
sonang.. rite?

Memang la banyak isu sekarang kat Malaysia dan Dunia yg blh dikongsi. bukan tak nak ngomen pasal tu.. tp .. tapi.. biar lah cter tu i ngomen kat FB.. lg BEst!!! sebab ade tindak balas hahahahahah

Okey la.. tunggu sesi Update coMing sooN naaa..
malam ni KakcHa dah ngantuk.. 
Rindu lak kat Husband


.. 
I LOVE U 200%....
(~_*)v