Monday, 27 January 2014
Kasi jiwang Sikit..
Assalamualaikum..
tahu tak korg sekarang kakcha rasa tiba2 minat plak kat si hafiz suib tu.. hahahahahaha lagu Bahagiamu Deritaku tu sgt sedap di dengar.. dan suara diapun tip top... ape pun nak ucap TANIAH lah kat Hafiz as a juara AJL 28.. mmg patut pun dia menang..
minat2 jgk tp tak de la sampai nampak hafiz nak jerit2.. Hafizzzzz Hafizzz cover beb.. kakcha dah berlaki okies...jaga adab.. pompuan timur, org islam plak tu kan..
seperti tajuk di atas (mcm tulis surat resmi jek), tibe2 kakcha tertulis something kat kertas.. jiwang sekejap.. semua ayat dlm tu rekaan semata dan sahaja.. konon2 nak bg sang juara.. ekekekeke
angan kne tinggi...
Kau pergi Aku disini
Pernah aku menyintaimu,
Pernah kaulah segalanya,
Kaulah Penyeri hatiku,
Kaulah Jua yang bertakhta,
Segalanya Engkau Sahaja...
Saat-saat bahagia itu,
sekelip mata hilang lenyap,
Setelah hatiku kau hancuri
Tanpa kasihan tanpa simpati,
Akhirnya kau berlalu pergi..
Bila cerah bertukar suram,
Bila kicauan burung tiada lagi
Hati ku hancur teramat dalam,
Kau hanya terus pergi menyepi diri,
Tanpa berpaling pada ku lagi..
Takdir tuhan itu segalanya,
Aku redha aku pasrah,
Tiada jodoh antara kita,
Luka yang ada ku ubatinya sendiri,
Biarlah kenangan terus bersemadi..
nurkilan : AK
ahaksss... kakcha mmg suka benar bab2 jiwang2 ni.. dr dlu lg suka karang2 ni.. tp sampai sini sje.. tak de org nak baca pun..
# kepada mereka yg pernah dilukai, jgn di layan jiwa anda sgt, kerana setiap pertemuan ada perpisahan, setiap yang bahagia ada deritanya.. setiap perhubungan perlu pengorbanan.. setiap kelukaan ada ubatnya.. segala yang terjadi ada hikmahnya.. kerana semua itu takdir Allah.. jalani kehidupan dgn ketabahan dan kekuatan.. AKU PASRAH AKU REDHA..
~HIDUP TAK SELALU INDAH, NAMUN SETIAP KEINDAHN ITU AKAN MENJADI KENANGAN~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment