.....

Saturday, 20 August 2011

Kisah Sedekah seorang gadis


cerita ini tidak direka atau pun mitos.. cerita ini sahih hendaknya.. kisah ini berlaku pada seorang gadis, orangnya bukanla sesenang teman-temannya yg lain.. sebagai seorang penuntut, wang saku yang diperolehi itu digunakan untuk keperluan diri. namun kos hidup sebagai penuntut dan juga sebagai perantau ini,apatah lagi di bandar metropolitan, membuatkan kewangannya sentiasa tidak cukup..


kadang kala membuatkan dirinya terpaksa mengikat perut, menahan lapar.. ibarat puasa walaupun bukan pada bulan puasa..  

namun, pada satu hari, sedang berjalan2, gadis itu melihat seorang ibu tua, bersama anaknya yg kurus,  mengemis di tepi jalan, dilihat beg dompetnya, wangnya cukup utk makan,dan tambang pulang. namun simpati melebihi segalanya. gadis itu mengeluarkan satu keping kertas berdot.. hanya itu termampu.. di letakkan di telapak tangan ibu itu..
gadis itu pun berlalu pulang.

tangisan air mata
setelah berapa lama berlalu, gadis itu ketemu lagi dengan pengemis yang lain, dan masih melakukan perkara yang sama. gadis itu singgah di KFC, untuk mengisi perut, sedang gadis itu menjamah makanan,fikirannya tiba-tiba melayang akan satu petikan yg pernah dia terbaca,petikan itu berbunyi  " setiap sedekah itu, Allah memperlipatgandakan ganjarannya", gadis itu tersentak dan lalu mengalir air mata di pipi gebunya, airmata kesyukuran. diatas rezeki limpahan Allah kepadanya..

gadis itu telah sedar bahawa Allah S.W.T telah membayar segala janjiNya tanpa disedari.. gadis itu sedar, walaupun sesusah mana dia, namun dia masih mampu makan, dan masih mampu menikmati  hidangan, tidak seperti dulu, dia terpaksa mengikat perut. walaupun ganjaran itu tidak seperti wang, namun ganjaran itu membuatkan gadis tersebut masih sehat dan mampu menjalani kehidupan sehingga hari ini..

:- bersedekahlah, kerana sedekah itu melapangkan hari kalian kelak... =)

bukan utk diriakkan namun sekadar perkongsian  (^_^)\/

2 comments:

  1. sedekah membuka pintu rezeki..alhamdulillah atas perkongsian yang menarik

    ReplyDelete