Jodoh Semua telah ditetapkan.. cuma kita perlu berusaha.. ttp pada Yng kehilangan cinta, dan mungkin tak dpt lupakanya.. meh sini BACA....
1. Terima hakikat. Buka mata dan hadapilah realiti. Yang berlalu takkan berulang, kecuali kedua-duanya mahu mengulang semula apa yang berlalu. Soal cinta adalah soal hati.
Jika hati kedua-duanya masih boleh menerima antara satu sama lain dan bersedia melupakan kesilapan-kesilapan lalu, cinta yang dah putus boleh dibina semula. Sekali lagi saya mengingatkan, ia memerlukan kemahuan kuat dari kedua-dua belah pihak, si gadis dan si jejaka.
2. Sibukkan diri dengan kerja. Carilah kerja walau dia mana jua Anda berada. Kerja kat rumah, kerja kat tempat kerja, kerja kat tempat kawan atau kerja dalam berpersatuan. Carilah sesuatu untuk dibuat untuk Anda dapat menyibukkan diri.
Bila sudah sibuk dengan kerja atau sesuatu pekerjaan, Anda akan dapat melupakan kekasih lama sedikit demi sedikit. Rapatkan diri dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, mana tahu sebelum ini, masa bercinta dengan kekasih lama dulu Anda kurang ada masa berborak-borak ngan mereka.
3. Ada berani? Cari cinta baru untuk menutup luka cinta lama. Tumpahkan sepenuh kegembiraan pada cinta yang baru untuk menutup kedukaan dalam cinta yang lama.
Cinta lama tak mungkin kita dapat lupakan kerana ia akan kekal dimemori kita, ingatakan kita. Cara terbaik adalah dengan mengubah fikiran kepada hal-hal lain supaya kita tidak terdorong untuk mengingatnya semula.
Lainlah kalau nak diingat semula, memang akan tetap teringat. Untuk nak melupakan sesuatu, kita kena paksa diri untuk mengingat sesuatu, supaya kita boleh lupa apa yang kita nak lupa.
4. Sibukkan diri dengan hobi. Selain kerja, hobi Anda adalah cara terbaik untuk mengubah fokus di fikiran dari asyik mengingat kekasih lama.
Jangan asyik berseorangan. Hampirkan diri Anda dengan seseorang, sama ada orang di rumah, kawan-kawan, rakan sekerja, ibu atau ayah. Cari seseorang yang boleh menerima Anda dan boleh mendengar luahan Anda.
Bila Anda meluah apa yang terbuku di hati, emosi Anda akan jadi sedikit OK, tak lagi terbeban dengan stress kerana asyik mengingat kekasih lama. Jika Anda seorang yang pendiam, tuliskan ia ataupun taip di dalam satu jurnal khas dalam diari Anda, biar Anda saja yang tahu dan hanya mata Anda saja yang membacanya.
::..~~> Boleh??? klau rase Mampu Lakukan.. tak Blh.. tak dpt Eden nak Tolong..
No comments:
Post a Comment