.....

Tuesday 31 August 2010

Karya Kak Cha - Terima Kasih Cinta

Pagi yang sejuk mencengkam tulang2 ditubuh ku, diselangi dengan hujan renyai, menlenakan kembali tidur ku. Cahaya mentari yang selalu mencari ruang-ruang celahan langsir untuk memancar ke ruang kamar ku, pagi ini cahaya segan menjengah kamar ku mungkin kerana hujan menghalang cahaya menembusi. Tidur ku seperti di buaikan. Amar, suami ku telah melangkah ke pejabat. Tiada bantal peluk ku untuk memanaskan badan.

“sayang, abang pergi kerja dulu ya…”amar menyapa telinga ku dengan suaranya yang serak basah. Amar suami ku yang penyanyang, jika dia melihat aku lena diulit mimpi, tidak sekali dia akan mengejut ku untuk mempersiapkan dirinya. Aku bahagia bersama mu sayang..

Esok sudah cukup 2 bulan aku dan amar menjalani kehidupan bergelar suami isteri. Walaupun aku dan amar, diijabkabul atas permintaan keluarga. Namun kami redha akan kehendak takdir ini. Amar terlalu baik untuk aku. Dia menerima aku seadaanya aku, begitu juga aku. Kisah percintaan aku bersama kekasih ku dahulu dan percintaan amar bersama kekasihnya terdahulu tidak pernah kami bongkarkan. Pada aku dan amar, itu cerita sebelum kami berumahtangga dan menjalin kasih. Biarlah ianya berkubur sebegitu.

Kring..kring… telifon bimbit sony ericsson hitam ku berdering. Dengan mata ku yang masih rapat, aku meraba-raba mencari telifon bimbit ku. 
“assalamualaikum…”aku mulakan bicara.
“sayang… belum bangun lagi?”kedengaran suara suami ku dihujung talian. Aku tiba-tiba terasa rindu yang teramat.
“ermm.. sya baru bangun ni… abang kat mana tu??”Tanya aku kembali.
“abang dah kat office ni, sayang bangun mandi, busuk tau… nanti abang tak nak peluk kalau sayang busuk-busuk”amar berkata manja pada ku. Aku terasa cukup-cukup bahagia.
“abang… sya rindu abang sangat…”aku pula melepas rindu pada Amar. Walaupun tidak sampai satu jam amar meninggalkan rumah.
“sabarlah sayang.. petang nanti abang balik la… sayang sangat sayang abang ni…okeylah.. abang ada mesyuarat sekejap lagi.. nanti abang call lagi ye.. I love you..muahh, assalamualaikum.”amar memberikan aku 1 kucupan.
“I love you too, muahh..waalaikumussalam”aku tersenyum sendiri. Bahagia ku hanya Allah yang tahu. 

Aku tidak pernah berhenti mengucap syukur pada ilahi di atas pemberian suami ku ini.
Aku bingkas bangun meluru ke bilik air, kerana kelas ku akan bermula lagi sejam. Aku masih menuntut di sebuah institut di Kuala Lumpur. Aku masih ada 1 tahun setengah untuk menamatkan pelajaran ku dan mengengam segulung Ijazah. Suami ku pendorong aku ketika ini, dia sentiasa memberikan aku perangsang.

Setiap langkah ku , aku menguntum senyuman. Kebahagian ini tidak dapat aku ungkapkan. Tidak bisa aku 
gambarkan. 

Kedengaran kereta Mazda merah milik suami ku berderum di laman rumah. Aku segara menuruni anak tangga mendapatkan suami ku amar. Aku ingin menyambutnya dengan penuh kasih sayang.
“assalammualaikum…”amar menyapa diri ku.
“waalaikumussalam..”akan mencium telapak tangan suami ku. Amar mengucup dahi ku kembali.
“sayang buat apa tadi???”Tanya amar. Pinggang ku ku dirangkul erat. Beg bimbitnya aku letakkan di sofa. 
“baru saja sampai dari kampus.. banyak kelas hari ni..”aku bertutur manja. Amar merebahkan dirinya diatas sofa, kelihatan penat diwajahnya. Aku melangkah ke dapur mengambil segelas air suam,dan diletakkan seketul ais. Itulah minuman yang diminta amar untuk aku sediakan untuknya.
“sayang.. minum..”aku menghulurkan gelas kepada Amar.
Seperti biasa aku menanggalkan stokin, membuka tali lehernya, kerna amar suka aku memanjainya. Aku perlahan-lahan memicit bahu amar, amar kelihatan selesa. Tanpa sedar, amar terlena di bahu ku. Amar seperti anak kecil bila bersama ku, ingin dimanjakan. Aku terasa bahagia bila dia bersama ku.
Seperti biasa aku dan amar akan solat berjemaah,aku akan membaca al-Quran untuk amar perbetulkan, kami akan mengaji dan berzikir untuk menunggu solat isyak. Setelah selesai, aku dan amar akan menyiapkan kerja masing-masing. Aku dengan assignment dan amar dengan kerja penjabatnya.
Aku merebahkan tubuh ku disebelah amar, aku suka membantalkan dadanya. Aku rasa selamat berada disisinya, badan amar yang tegap dan dengupan jantungnya membuat aku senang. Amar membelai rambutku dengan lembut.
“sayang… abang dah belikan kereta idaman sayang… minggu depan kereta tu akan sampai..”amar berbisik di telinga ku. Aku tekejut. 
“Vitara???”Tanya aku pada Amar utnuk mendapatkan kepastian.
“ya la.. itu kereta kesukaan sayang.. siap warna pink lagi..”suami ku mencubit hidung ku. Aku hanya mampu tercengang. Tidak aku menyangkakan, kerna pada pendapat aku kereta itu sukar untuk diperolehi pada masa sekarang.
“oh ye ke.. terima kasih abang… sayang abang “ aku menghadiahkan satu kucupan dibibirnya. Amar kembali memberikan aku kucupan hangatnya pada ku. Aku dan dia di dunia kami ciptaan kami sendiri untuk seketika.
“ermmm abang lupa pula, nanti sayang pergi pejabat abang minggu depan, lepas tu apa-apa penguam suruh tandatangan, sayang tandatangan saja ok???” jelas amar pada ku sambil memelukku erat. Pelukkannya terasa hangat dari biasa. Aku hanya mengangguk.
“errr..tandatangan apa???dan kenapa sayang pula..abang???”Tanya aku,musykil.
“nanti abang kene pergi jauh, susahlah kalau tiada tandatangan, so abang dah gantikan ayang dalam syarikat Tenda Biru sdn Bhd tu.” Amar menjelaskan pada ku , walaupun aku kurang faham namun aku mengiyakan sahaja.
“nanti kalau abang ada kerja, sayang boleh tolong jagakan syarikat kan??? Boleh kan???”Tanya amar pada ku.aku membalas dengan mengangguk kepala. Aku dihadiahkan kucupan pada dahi ku. Entah kenapa aku terasa berlainan sungguh malam ni tidak seperti selalu. Kehanggatan dalam kebahagiaan.
“tidur sayang…”amar mengajak aku lena bersamanya. Aku menuruti kehendaknya. Bahtera malam ku lalui dengan keindahan. Aku lena dalam dakapan suami ku.

“sayang bangun, subuh….”suami ku mengejutkan aku dari lena. Aku membuka mata ku perlahan-lahan, kelihatan suami trcinta ku Amar berada di hadapan ku sambil senyuman terukir dibibir merahnya.aku dihadiahkan kucupan didahi ku. Entah kenapa aku terasa cukup-cukup bahagia .
Aku solat berjemaah bersama Amar suami ku tercinta. Suami ku mengangkat tangan menadah tangan untuk berdoa dan aku jua menuruti…

Ya Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang… kau ampunilah dosa kami, dosa ku, dosa isteri ku tercinta, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan dosa sekalian muslimin dan muslimat.
Ya Allah.. kau cambahkan lah cinta kami kepada Mu, cambahkanlah cinta kami kepada rasul, kau cambahkanlah cinta antara ku dan isteri ku, kau cambahlah cinta kami kepada kedua ibu bapa kami.
Ya Allah, jika ini doa terakhir kami , berikanlah kekuatan pada mereka yang kami sayangi. Berikanlah taufik dan hidayah pada kami dan mereka yang kami sayangi.


Entah mengapa berlainan sungguh doa suami ku pada pagi yang sungguh damai pada ku. Aku tersentak dan mengalirkan airmata tanpa aku sedari. Aku mengaminkan doa dengan seribu tanda tanya. Namun aku tepiskan perasaan gusar ku.

Amar menghulurkan tangannya untuk ku kucup, aku mengucup tangannya, terasa sejuk telapak tanganya. Dahi ku dicium , aku damai dalam kucupannya. Tanpa aku duga , aku dirangkul erat kedalam dakapan suami ku, aku kaget seketika, namun aku membalas pelukkan itu.
“sayang.. dengar apa yang abang nak sampaikan ya.. dengar sahaja, tidak perlu ditanya …boleh”, kata amar. Aku hanya mengangguk walaupun hati ku berdebar-debar tanpa sebab.
“abang sayang kan sayang sangat, tidak pernah hati abang terguris walaupun sebesar zarah ketika bersama sayang, abang teramat bahagia, abang tidak pernah berhenti mengucap syukur kehadrat Ilahi diatas pemberian sayang kepada abang.. abang tidak pernah merasa rugi dan menyesal memperisterikan sayang..” suami ku bertutur dengan lemah lembut, dihujung suaranya kedengaran kegetaran . aku hanya mampu mendengar, air mata bergelinangan. Aku takut untuk berfikirkan sesuatu yang aku takutkan, iaitu kehilangannya.

Amar menyambung kembali bicaranya, yang terhenti seketika mungkin untuk mengambil kekuatan.
“abang mohon maaf pada sayang, jika pernah abang lukakan dan menguriskan hati sayang” pohon suami ku. Aku hanya mampu mengelengkan kepala, memberi isyarat yang dia tidak pernah bersalah pada ku.
“abang teramat sayang pada sayang… abang cintakan sayang… abang harap sayang akan menjadi bidadari abang di syurga nanti..”

Aku menanggis teresak-esak.. air mata ku tidak dapat ku bendung lagi. Aku mengelap air mataku dengan kain telekung. Aku menanti seterusnya kata-kata suami ku.aku memeluk erat tubuh amar , seminit, lima minit, suami ku tidak berbicara, aku melepaskan pelukkan aku renung wajahnya. Kelihatan air mata dipipi suami ku, matanya tertutup rapat.airmata kelihatan di celah matanya. Aku terasa damai, aku kembali memeluk tubuh sasa amar ku yang tercinta. 

Namun, aku tersentak apabila dengupan jantungnya yang selama ini memberikan aku keselesaan tidak lagi kedengaran dengupanya. Aku menekup telinga ku kedada amar. Tidak kedengaran, tangan ku mulai bergetar, jantungku berdegup kencang, aku menolak tubuhnya perlahan-lahan.

“abang…. Ab….bang….”aku memanggil suami ku dengan ketakutan. Suara ku bergetaran, air mata ku makin laju mengalir. Yang ku lihat bibirnya tersenyum, namun matanya tertutup rapi. Aku mula tidak keruan. Aku mengoncang tubuh suami ku.
“abang… ab…bang aaaa..abang bangun abang… abang..abang jangan buat macam ni ..jangan tinggal Syasya macam ni.. abanggggggggggggg…”aku telah sedar , amar telah meninggalkan aku. Amar pergi dalam pelukkan ku.

Suami ku pergi meninggalkan aku dengan kebahagian , yang pasti aku ingin kecapi kebahagian itu bersamanya lagi. Aku ditinggalkan bukan sahaja harta miliknya namun berserta harta yang tidak ternilai, cahaya mata aku dan dia. Ku berikan nama Muhammad Amar Syafiq bin Ahmad Amar. Kerana kasih ku pada mu amar, aku berikan segala kasih sayang ku membesarkan Amar Syafiq seperti mu. Aku di tinggalkan dengan sepucuk surat…

Sayang abang syasya….
Abang menyanyangi mu kerana keihlasan mu menyintai diri abang seadanya, kerna cinta mu pada yang Maha Esa,dan kerna cinta mu pada Islam dan cinta mu kepada kedua orang tua mu…..

Sayang abang syasya, 
Selama kita berumah tangga, melayari kasih…. Tidak pernah sedetik saat yang kita lalui abang terguris hati, sayang memanjai diri abang… mengikut segala kehendak abang.. membuat setiap saat abang terasa bahagia..

Sayang abang syasya,
Maafkan abang , jika selama kita hidup bersama, pernah abang melukai hati kecil mu, membuat diri mu terasing, membuat sayang kecewa..dengan nama Allah.. abang tidak sengaja…. Dan juga maafkan abang, kerna tidak dapat membahagiakan sayang sehingga akhir hayat sayang…kerana mungkin abang yang pergi dahulu. 

Sayang abang syasya..
Jika telah dirimu ada penganti. Pergilah bersamanya…. Untuk sayang terus menjalani kehidupan di muka bumi, namun apa yang abang harapkan, sayang menjadi bidadari abang disyurga nanti…terima kasih kerana menyintai abang..
Maafkan abang..

Tulus dan cinta dari suami mu…
Ahmad Amar

“abang… sayang maafkan abang.. abang tunggu sayang disyurga..terima kasih atas cinta abang”aku akan sentiasa mencintai mu amar hingga akhir hayat ku. 

NURKILAN 
~MAYA CINTA~ 26 mac 2006

No comments:

Post a Comment