.....

Thursday 2 September 2010

Isu Dunia - Apa Salah Malaysia???

salam.. 


sejak 2 minggu ni, tersiar di kaca tv, dada-dada akhbar, isu Malaysia dengan Indonesia... aduhh.. apakah isu sebenar ni??? KAk cha Kurang pasti.. tiba-tiba je ada isu diperdebatkan ..(debat ke????) Apa lah salah malaysia sebenarnya???


saya ada terbaca satu blog ni.. blog ******** kat sini macam satu forum la, tajuk yang sy baca itu ialah . Negara yg paling mundur. namun apabila terbaca komen2 yang rata2nya orang malaysia , singapura, brunei dan indonesia. namun sungguh kecewa apabila membaca bait2 kata2 ,komen mereka, bukan nak salahkan rakyat Indonesia, tetapi permulaan komen yang agak kurang sopan ( mmg tak bagus+ tak Ok= Kurang ajar ) diberikan oleh seorang hamba allah yang lahir di Indonesia, hanya ditanya dan ingin dibincangkan isu tersebut.. tidak perlu diperlekehkan .. namun kenyataannya cukup menambah bara api.. seperti ditambah kayu2 kering pada api yang marak.


entah apa yang yang dituduhnya pada rakyat malaysia. Pencuri??? apakah yang dicuri??? budaya?? batik?? aduhhhh.. sudahnya rakyat dan keturunan kamu beribu di Malaysia, tanpa diminta dan ditadah, budaya, makanan, batik dan seangkataannya itu sendiri akan menjalar dipelosok tanah Melayu ini. tuduhan mencuri itu perlulah berbukti kukuh, seperti seorang, atau team, atau seangkatan yang mendalangi kes kecurian itu, dan jom kita pergi ke mahkamah antarabangsa. Kalu benar kami mencuri, jika setakat nak bobel2,dan melebel kan itu ini, pada Malaysia.. buang masa je.. tidak ada faedahnya.


tidakkah patut kamu bersyukur, rakyat kamu yang dtg ke malaysia secara haram atau halal, masih mampu makan , minum, dan tidak dibunuh,tidak  diletakkan kedalm ISA.. dan patut berterima kasih pada pencuri ini kerna memberi ruang pada warga kamu , mencari rezeki, walaupun kekadang banyak masalh diberikan. dan juga berterima kasih kerna pencuri ini, kamu disana dapat mencari rezeki dan hidup selesa, kerna rakyat kamu berkurang dinegara kamu.


kitakan serumpun, bahasa pun hampir serupa, lagi pun kesiankan lah rakyat kamu yang bekerja di sini, segan mereka ditanah air ku tercinta kerna sikap segelintir kamu. hidup segan mati tak mahu... kalau ada berbeza pendapat itu perkara biasa, tp jangan sampai pertelingkahan, kenapa perlu di bakar bendera negara kami??? jangan menimbulkan kemarahan rakyat malaysia.. kenapa perlu dicalit bendera kami? apakah perasaaan kalian jika kami rakyat malaysia memperlakukan sebegitu rupa?? bukankah kalian mengatakan kalian orang yang berbudi bahasa, bersopan santun?? kami ini pencuri, maling... tp kenapa kalian mempamirkan tingkah laku seperti itu, kalian  juga orang yang mempunyai akal fikiran, jangan di biarkan nafsu  amarah mengawal akal fikiran mu..


bukan sy mencari kesalahan sesiapa, tp kita perlu berfikir apakah kesilapan kita, jika ada kesalahan bukan ni dengan marah membabi buta...  memaki hamun, mencarut,  semua itu mempamirkan sikap kita sendiri, sperti satu jari menunding orang lain 4 jari menunding kamu sendiri. apa yang ingin di gaduhkan, rakyat Indonesia dan Malaysia ada yang berkahwin, apakah perasaan mereka?? jangan kerana benda yang boleh diselesaikan, kamu memperbesarkan dan akhir membawa kemusnahan.


apa mau di kalutkan jika perkara itu mampu diselesaikan.. ndak gitu kalian?????




sekadar luahan fikiran ku.... jika ada tersalah, boleh diperbetulkan.. 


Ummah Islam perlu diutamakan.. tidak kira siapa kita, asal usul kita, apa bangsa kita.. yang penting Islam diutamakan.. kenapa perlu digaduh dengan sesama kita berjiran, sesama agama?? bukan kah kita patut berganding bahu, bekerjasama menentang musuh2 2Islam??? fikir2 kan dan renung2kan...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.. dan Selamat Hari Raya ....Maaf Zahir Dan Batin

1 comment:

  1. pelik dengan mereka yang mengaku Islam tetapi kata-kata kesat yang menjadi mukaddimah. pelik bin ajaib.

    kalau emosi, memang tak ke mana. hanya ke bawah sahaja lah.

    ReplyDelete