.....

Sunday 5 September 2010

HIPokrik .. Positif @ Negatif

Hipokrik??
Betul ke ejaan Kak Cha ni??rasa cam salah je...biaQ p la no....yang penting korang faham tajuk pe kak cha nak bebel kan...
Cuba angkat kaki korang , kalau korang rasa sepanjang hidup korang kat muka bumi ni tak pernah hipokrik?? Haaaa... angkat la kaki... , mulia dan jujur sejujurnya la manusia yang tak pernah hipokrik ni tau.  Orang yang tidak pernah hipokrik ni, orang ni tak ada sikit pun perasaan segan, rendah diri dan tidak malu dengan dirinya sendiri.
Hipokrik ni ialah orang yang tidak jujur pada diri sendiri. Senang citer, buat sesuatu sebab orang lain tau kerana sebab tertentu hingga mengabaikan perasaan sendiri.hipokrik ni selalu di gunakan time nak menjaga air muka sendiri lor..
Kepada mereka yang sebegitu.. Kak cha tabik spring.. sentiasa jujur pada diri, tak senang sebenarnya tau nak jujur pada diri sendiri pun, walhal suka tapi cakap tak suka, mungkin ada sebab tertentu, namun kita dah tak jujur pada diri sendiri kan??? Pada kak Cha, hipokrik ni kekadang perlu dan akan ada dalam menjalani kehidupan kat atas muka bumi ini. Kat dunia luar sana, beribu lemon manusia yang hipokrik, tak kiralah bangsawan, golongan berkerjaya, golongan berpendidikan, atau orang2 biasa. Dalam keadaan kita marah, tertekan didepan  orang lain seperti client, bos,dan mereka yang tertentu kita pasti melakarkan watak lain. Supaya tidak kelihatan siapa kita sekarang.
Sebab tu kak cha rasa perlu hipokrik ni, biasalah sesuatu pasti ada kontranya, negative n positive nya kan??? So kita cuba lihat dari sudut positive, tak salah kita hipokrik untuk kebaikan , seperti menjaga nama baik keluarga, syarikat, menjaga keselamatan diri atau someone.betul tak???
Ada keburukannya juga, tp yang buruk tu, korang seme tau kan..  namun, terpulanglah pada korang, kalu korang rasa apa korang buat tu demi kebaikan , tidak ada salahnya, namun jangan kepentingan peribadi sudah. Jika kita selalu dengar hipokrik itu satu sifat yang tak baik, cuba kita selami .. pasti ada kebaikannya juga.
So, better jangan kita melebelkan seseorang itu hipokrik atau seangkatanya, adakah kita benar2 pasti kita tak hipokrik??? Kalau kita diberi cermin dan sidia pun cermin yang sama seperti kita, pasti hanya nampak diri kita, so tak ada bezanya, kita akan nampak kesalahan orang, dan kesalahan kita kita tidak akan nampak, bila kita menunding jari pada orang lain, sedangkan kita pun bertahktakan hipokrik.. mesti kita malukan.. hidup segan , mati tak mahu...
So cadangan Kak cha, kita bawalah cermin diri, so kemana kita pergi sekali pun, sblm kita menunding kesalahan orang, kita cermin dulu, siapa kita??? Menghulur pendapat dan nasihat tak salah, tapi yang akan menimbulkan masalah apabila kita menunding jari, menunduh.. sesiapa pun akan marah???  Tul tak??
So pada mereka yang tengah mengeja entry Kak cha ni, pastikah korang bukan golongan ini?? JUJUrlah pada diri sendiri... step pertama untuk belajar tidak hipokrik.
1.    Adakah korang tidak pernah hipokrik??????

Jujur.. Kak Cha pun seorang hipokrik, nak tulis ni kekadang perlu hipokrik juga. Tetapi untuk kebaikan.. huhuhuhhu..
Dah tamat daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

No comments:

Post a Comment