.....

Tuesday, 28 September 2010

Just JOke - Mertua Vs menantu

Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa
menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak
kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras
20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.
Sejak Kamal duduk di rumahnya… cepat sangat barang-barang dapur habis.
Kamal betul - betul menghabiskan borehhh… Kebaikan Kamal pula ialah, dia
ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak
pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian… lepas
tu sambung tengok berita… lepas tu makan… lepas tu tidur..esok bangun
pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari. Balik makan,
kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak
mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang
menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa
mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.
Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni..
Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu… Suatu
hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji…
” katanya kepada Kamal… “Boleh juga… ” kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh
Kamal… Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi
makan lagi, dan lagi… dan lagi… . ” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… .
agak-agaklaa… ” katanya tersenyum.. “Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni
… mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa…
Mereka bermain set kedua… Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur
lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak
sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main dam
haji tentu tak faham cerita ini… )… kemudian bapa mertuanya dapat melangkah
hingga ke haji… Apa lagi… . “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh
pergi haji ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak
menantunya, tetapi dia yang terkena… .
Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim…
tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah…
Nak pergi haji belum ada seru… katanya laa

()"" ' )
( ,'o' )") Al Nakhai’i
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..

nak share?? uikkkk minta kebEnaran yer..ekekekekkeke

Karya Kak Cha - untuk Mu

Telah Hati Ini Terkunci Lagi..
Pernah Dulu Aku Berjanji, Akan Menyintai Mu Sampai Mati..
Namun Jika Ku Tahu Ini Terjadi, Takkan Janji Ku Patri..
Ku Sangka Panas Sampai Ke Petang, Rupanya Hujan Datang Berderai,
Hati Yang Dulu Kau Takluki, Kini Sisa Menjadi Tragedi.
Ku Kalung Namamu Pada Dasar Hati, Ku Bajai Dengan Cinta..
Namun Telah Tersurat Di Tetap ILAHI, Kita Hanya Sampai Disini,
Tertutup Dan Terkunci Kembali, Hati Dan Minda Ku Ini,
Untuk Bercinta Dan Menyintai, Oleh Insan Bernama Lelaki.
Bukan Salah Mu Mungkin Salah Ku,
Jiwa Gelora Darah Manisku Ingin Begini,
Jika Jodoh Tertulis Kau Untuk Ku,
Kehujung Dunia Kau Jua Ku Kahwini..
Jika Selama Ini Kau Kerugian.. Nescaya Aku Yang Kesepian,
Jika Selama Ini Kau Kehausan , Nescaya Aku Yang Kesengsaraan..
Aku Ingin Dirimu.. Tetapi Dimana Penghujung Cinta,
Aku Masih Ada Jalan Untuk Ku Tempuhi,
Kau Masih Ada Sisa Tanggungjawab, Untuk Kau Bebani...
Kau Insan Yang Aku Cintai,
Kau Insan Yang Aku Kasihi,
Kau Insan Yang Aku Sayangi,
Kau Akan Ku Sentiasa Ingati..
Walau Berakhir Sampai Disini..
Aku Sentiasa Disisi...
Kau Tetap Didalam Hati..
Maafkan Aku Kerna Melukai..

Monday, 27 September 2010

celoteh kak cha - cter tentang aQ

guys...

petang ni hujan renyai2.. kalu tdo sonok ni, tetapi orang yang tido lepas asar ni mewarisi kegilaan. eekek.. gua tak nak gile beb....

hari ni kak cha  ade 3 kelas, satu kelas PD.. dgr je Sir Robert to bobel.. faham tak faham no 2.. yg penting nak tunggu dia bagi attdent... haahhaha nak sain.. n bla sebab perut dah berlagu keroncong.. minta di isi, kekadang terfikir gak.. asal la dorg wat kelas kol 8.30 pg... wat la start 9.00 pg ke.. sempat la jugak gua nak g mencekik dlu, kan kan kan. tp caya lah kalau pun start kol 9pg.. gua ttp tak sempat nak mkn.. pas kelas PD, Catia nya kelas di batalkan.. yahOOOOOo.. seronok wei.. so ape agi.. g sarap bersama member Kak cha , si nuar fariz tu, makan Bihun n Teh o ais .. diet beb.. melayang Rm2... ekekek.. lain kali mkn sini la.. murah weiii...

ps tu kelas Machnt Elment.. aduh, kelas ni kak cha tak berapa minat sikit, adelah sebab munasababnya. tapi masuk la jugak, sebab nak bincang sal pojek ngn my group.abih kelas kak cha angkt beg.. n trus kuar bgunan n menuju ke jalan yg benar hahahha.. menuju ke rumah kuNIng lor.. nampak laptop.. nampak bantal jer.. tp.... kerja manyak... manyak sgt... aduhhh.. kene wat jadual sdr ni.. k la.. nak layan kerja bertimbun ni.. layan blog.. t tak terjalan kerje2 tu.. ok bai guys..

Sunday, 26 September 2010

cinta : sms romantik

1.
ada 3 perkara yang aku hargai dalam hidup ku
iaitu :- bulan ,matahari dan kamu
matahari untuk menyinari siangku
bulan untuk menyinari malamku

dan kamu.. untuk menyinari hidupku selamanya


2.
bertemu denganmu adalah takdir,
menjadi temanmu adalah pilihanku,
tapi jatuh cinta denganmu itu di luar 

kemampuanku..




3.
ketika hidup memberiku seribu alasan untuk menangis, kamu datang memberi sejuta alasan untuk tersenyum


Just JOke - cter budak sekolah

PART I
Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.
Cikgu Nasyor: “Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah”
Mat : “Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.”

celoteh kak cha -aku seorang pentingkan diri....

salam..
 MOod: tak Berapa baIk..


hai semua.. maaf yer kak cha mUd tak brape baik hari ni.. so so BAD...

selama aku berada dibumi ini, aku tak pernah jumpa manusia berkenalan dan terus menilai seseorang itu adakah baik atau buruk.

hanya kerana kehendak  disangkal, atau tidak di ikuti, kamu di letakkan sebagai pentingkan diri sendiri??? hey, awak patut tahu apabila awak buat seperti itu, awak sebenarnya menunjukkan sikap buruk awak...  awak mencari kesilapan seseorang didalam permulaan perkenalan dan mula merasa marah, dan kurang senang apabila kehendak awak di sanggah... dan awak kata dia seorang yang rumit???  macam itu kan?

sedarkah awak yang awak sebenarnya hipokrik dan pentingkan diri sendiri!!!  awak telah menunjukkannya sendiri,, tanpa saya perlu nilaikan sikap awak.. tak perlu saya teliti setiap gerak geri awak.. saya tidak perlu melakukan sesuatu untuk melihat sikap awak sebenar.. dan kerana saya bukan orang seperti itu, mencari kesalahan orang lain dalam satu ketika.

yeah .. jika saya seorang pentingkan diri, apakah masalahnya dengan awak???

saya benci perkataan , so what???

awak tahu tak itu adalah jawapan yang paling bodoh, saya dengar dari seorang lelaki yang sudah seusia 25 tahun ke atas... hey , itu  adalah perkataan dari budak yang tidak cukup matang sebagai jawapan melarikan diri.. atau pun kehilangan akal untuk menjawab. sangat memalukan...

mencari kesalahan orang.. tanpa disedari menunjukkan sikap awak  sendiri...

awak tanya pada saya.. "tahu tak kenapa awak tak bercinta???"
sebab awak pentingkan diri sendiri...
hey berapa lama awk kenal saya??? apa awak tahu tentang cinta saya??
dan soalan saya??? tahu tak kenapa awak tak kahwin sampai sekarang.. sebab sikap awak yang suka cari kesilapan orang.. adakah awak cukup sempurna hinggakan mencari kelemahan dan keburukan seseorang????

saya pasti awak , akan jumpa seseorang yang mempunyai perangai seperti awak.. yang suka menilai orang dan menimbulkan ketidakselesaan...

sebenarnya, itu hak saya.. jika saya tidak menurut kehendak awak.. itu adalah hak saya.. kerana pada saya , manusia perlu ada batasnya dalam pergaulan.. dan saya tak meniliti setiap hak awak ,cuba selongkar hak awak.. sebab saya tahu batas saya!! kalau saya dikatakan PENTINGKAN DIRI SENDIRI... awak adalah manusia yang tak reti HORMAT pendirian orang lain.!!!!

mungkin pada awak saya seorang yang tidak boleh terima teguran.. maaf untuk menegur ada cara nya.. jika awak menunjukkan sikap begitu, saya tak rasa saya boleh terima pakai teguran itu.. sebab awak sendiri menunjukkan sikap begitu, awak cuba pentingkan diri awak sendiri, awak membuat suasana tegang kerana sikap awak yang tak boleh terima apabila kehendak awak disangkal... jangan cuba ingat saya terlalu bodoh!!! awak.. walaupun saya tidak seusia awak... tapi saya boleh faham dan saya bukan seorang yang akan mati akal dengan secepat itu... wlaupun saya tidak menidakkan apa yang awak kata, tak bermakna saya salah... saya cuma malas nak berpanjangan.. kerana saya tahu awak akan cuba menangkan awak..

saya boleh terima alasan awak, jika ianya betul munasabah.. adakah saya seorang pentingkan diri hanya kerana saya tidak membenarkan awak melihat tapak tangan saya??? tidak kiralah untuk menilik tau hanya untuk merasai adakah tangan saya kasar atau lembut...  jika saya tidak benarkan.. itu hak saya.. dan ada sebab kenapa.. tp kerana itu wak kata saya peningkan diri??  sebenarnya awak tak reti hormat orang!!!
 hanya kerana setiap percakapan saya, bila awak tidak dengar dan saya akan kata ,, tak ada apa la..., itu di katakan pentingkan diri??? kalau benda itu penting saya akan ulang, jika ianya hanya sekadar kata2 tidak ada makna.. sy tak perlu mengulangi..
awak akan nampak kesalahan dan keburukan saya, tapi awak takkan nampak keburukan dan kesalahan awak.. saya yang akan nampak semua itu.......... tapi saya tidak memberitahu atau terus menghukum awk , kerana saya tidak mengenali siapa awk sebnarnya.... saya tak boleh menilai seseorang dgn sekelip mata.. itu menghukum namanya!!

maaf.. saya tidak mampu berkawan dengan orang yang suka menghukum.... saya takut kesabaran saya akan hilang... itu hak awak.. sikap awak.. saya tak boleh nak marah dan halang ,kecuali awak sendiri.. .

apa yang saya mampu katakan : jika sikap ini berterusan .. awak tidak akan rasa bahagia... kerana awak sntiasa menilai dan terus menghukum.... menilai tidak salah.. tetapi yang terus menghukum itu tidak berapa elok.. kerana itu boleh menyebabkan ketegangan ant awk dgn dia.... dan belajar menghormati kehendak dan pendirian orang lain...

dan saya .. akan cuba belajar tidak mementingkan diri sendiri.. terima kasih atas teguran... salam :)

P/s :kadang2 kita perlu pentingkan diri... tapi kita tak boleh kadang2 menghormati pendirian orang lain!!

Friday, 24 September 2010

Karya Kak Cha - Pada 1 pagi

pada satu hari pagi..
dijendela berbirai kaca,
aku berdiri,melihat diluar nun disana.
bergerak urat urat minda ku...
mencari warna pada tabir langit.

dijendela berbirai kaca,
embun menitis  dikulit melopak halus..
segala kalut dahulu menerjah wayang minda,
sejuta keluhan merungai seribu kekesalan.

embun menitis dikulit melopak halus,
tidak pula membersih hati gelap.
tenang biru itu satu penyeksaan,
awan berarak selubung seribu dosa.

tidak pula membersih hati gelap,
tidak pula menghitam kenangan silam,
hanya singgah menyapa minda
sekadar melepas dosa selama ada.

Pramugari Koma d Tanah Suci

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT....

Thursday, 23 September 2010

Islam Agama Ku - Malam Pertama

Malam Pertama Di Alam Kubur

Malam pertama...
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat
teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh.
Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai,
dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran,
dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai,
tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita,
lilin-lilin yang menerangi
dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan,
dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan,
tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras,
maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati,
lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia,
seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
(Dipetik dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)

Gambar - Iklan Unik..

berhati hati... dia ade pistol......

bijak bijak.....

Gambar - Gambar Panas!!!

kepada mereka yg cuba masuk entry ni.. kalau nak tgk pic ape... tlg tarik nafas panjang2... dan pada mereka yang rasa tak suka dan tak boleh tgk.. di harapkan jangan tengok .. SensOr... Panas punya pic...


1



2




3




4




5



6



7



8



9








harap maaf..gambar ini terlalu panas!!!!!  
for SMILE :)

Tuesday, 21 September 2010

Nak tahu???? - Sultan KelantanTuanku Muhammad Faris Petra..

Alhamdulillah, sepertimana yang dijangkakan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah tanpa apa-apa gangguan.

Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke masjid kesayangan Baginda, Masjid Muhammadi, untuk menunaikan sujud syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata.

Pada hari ini, Jumaat 17 September 2010 pula, Tuanku Muhammad Faris Petra, dengan diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijadual menunaikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hajat di Masjid Muhammadi.

Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.

Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).

Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.

Sebenarnya beberapa lagi pembaharuan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra demi ketinggian syiar Islam dan demi kebaikan rakyat jelata, lihat dan tunggulah pengumuman-pengumuman mengenainya nanti.

Berikut dilampirkan pindaan kedua yang telah dibuat ke atas Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) mengenai pemeliharaan taraf dan kedudukan ayahanda dan bonda Tuanku Muhammad Faris Petra.

Mengikut perancangan, butiran mengenai pindaan ini sepatutnya diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Istana Negeri pada 13 September 2010 sepertimana diumumkan sebelum ini.

Apa pun, beliau telah mengumumkannya di dalam sidang media beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 15 September 2010 jadi diharap tiada lagi apa-apa kekeliruan yang timbul, sama ada secara sengaja atau tidak, mengenainya.

Turut dilampirkan adalah laporan sebuah akhbar tempatan yang memaparkan cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan dengan secara negatif Kerajaan Kelantan di dalam isu penggantian seruan “Daulat Tuanku” dengan seruan “Allahu Akbar”. 

Allahu Akbar.

(Peringatan: Gelaran Sultan Muhammad Ke-V kepada Tuanku Muhammad Faris Petra hanya akan berkuat kuasa dan boleh digunakan setelah pewartaan mengenainya selamat dibuat)




sayu melihat pic ni.. tuanku meminta tok guru berada sebaris dengan beliau untuk bersalam dengan rakyat jelata...


Allahuakhbar!!..di Kelantan rakyat menggelarkan baginda Sultan Kelantan yang baru sebagai "Malikussoleh"..pemerintah yang soleh.

kak Cha bangga dan bersyukur menjadi salah satu insan yang lahir dan membesar di negeri kelantan..

Semoga Allah memberkati tuanku dan kelantan sentiasa maju dan aman makmur...




thanks to NIla Biru (HalaQah) atas artikel ini

Nak tahu???? - Kereta mAsa depan..


kerEta kat Malaysia ni dah terlalu jauh kot tertinGgal dgN negara Luar terutamanya dengan PAris..
huuhu.. kereta dorg mmG sangGih mangGih la.. sebenarnya kereta seme ni kepunyaan Kak cHa.. (perasaan )
tp biasala.. kak cha ni orang yang sederhana.. so kete2 ni kaK cha wat pameran la kan..
huhuu.. byk sgt.. tak larat nak pakai..
heheh jom intai..pic2 ni..

Paris Car Show

kereta ni comel.. cam kak cha. nak???

ermm ni kete kak cha bw g beli ikan ayam kat pasar.. laju sikit nak balik umah..
nak masak tuk suami tersayang la katakan

ni kete kak cha sewa kan... student2 ramai nak sewa ni.. nak bawa awek katanya...


hah.. ni kete time laki kak cha datang nak ajak g date kwsan dekat2 jer..
malu lak rasa bila teringat saat2 itu.. huk huk huk



Ni kete kak cha kasi orang gaji pakai.. untuk g beli barang dapur...


kete ni.. tuk anta anak2 g sekolah....
ni keadaan dalam kete tuk anta anak2.. ialah budak2kan suka kaler kaler cam ni.. eekeke

ermm ni kete kak cha wat berjalan ngn laki kak cha...cantik kan.. jeles la tu...


tapi dalam banyak banyak kete... kak cha ttp sayang kete ni... berjasa ni..





terlalu istimewa hahahahahahaha



semua kata2 di atas hanya rekaan semata...... tp kalu jadi kenyataan best gak huhhuuu


p/s : bersederhanalah dlm segala apa jua keadaan.. kan kan kan...