.....

Sunday 21 November 2010

ASAL USUL PERKATAAN DAN BANGSA MELAYU

ASAL USUL BANGSA MELAYU


Menurut dari sumber asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar untuk ditentukan. Kata sepakat antara para sarjana belum dapat dicapai walaupun telah banyak kajian yang dilakukan. Terdapat dua teori yang telah diperolehi mengenai asal usul bangsa Melayu :



  • Bangsa Melayu berasal dari Yunnan ( Teori Yunnan )
  • Bangsa Melayu berasal dari Nusantara ( Teori Nusantara )

Berdasarkan sumber ,dipercayai berasal dari golongan Austronesia di Yunnan.Berdasarkan teori Yunnan, menurut sumber, orang Melayu berhijrah dari Yunnan ke Kepulauan Melayu terbahagi kepada tiga kelompok besar iaitu :



  • Orang Negrito
  • Melayu Proto
  • Melayu Duetro

Orang Negrito :
~merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu
~dikirakan bermaustatin di sini sejak 1000 SM , berdasarkan penemuan arkeologi di Gua Cha, Kelantan.


Melayu Proto
~diperkirakan berlaku pada 2500 Sm.
~ditandai kemahiran bercucuk tanam.
~Keturunannya Orang Asli/Asal di Semenanjung Malaysia,Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.




Melayu Duetro
~diperkirakan berlaku pada Zaman Logam kira-kira 1500 SM.
~Keturunannya orang Melayu di Malaysia.
~Berkemahiran  dan lebih bijak dari Melayu Proto.
~bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
~bilangan lebih ramai dari Melayu Proto.

ASAL USUL PERKATAAN MELAYU


Asal usul perkataan Melayu massih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Namun terdapat beberapa bukti sejarah yang dapat dikaitkan dengan asal usul perkataan Melayu @atau bahasa Melayu, antaranya ialah :




1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.  Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.


hasil rujukan dari :


hanya untuk berkongsi .. akan berlaku penambahbaikkan jika terjumpa yg lebih baik.. terima kasih..

No comments:

Post a Comment