.....

Monday, 31 January 2011

Tidak Pernah Aku bersyukur.. Maafkan aku..

Dengan Nama Allah Yang Maha PEngasih Lagi Maha Penyayang...

dikala sepi itu melanda.. hati ini gudah gulana mencari bait2 kata hidup arah tuju ku...
tika hati ku keliru.. semakin bertambah dugaan itu.. adakah ini ujian untuk membuktikan cinta ku pada Mu???
aku redha Kekasih Abadi ku...

dikala kelemasan aku dalam dunia yang penuh suka ketawa hilai.. lampu neon berwarna warni.. hiruk pikuk dunia.. namun aku masih bersendiri... terasa terasing.. terasing kerana aku insan terleka di dunia sementara..
mencari siapa aku sebenar... bukan sesenang lukis orang lidi.. bukan semudah mengeja ABC.. bukan seperti mengira.. namun sukar ianya seolah melihat rambut di belakang kepala.. tanpa cermin mana bisa untuk kita melihat rambut dibelakang kepala.. begitulah sukar untuk aku melihat siapa aku...apa tujuan aku disini.. apakah aku dilandasan kebenaran..

oh Tuhan..
segenap ruang udara kau nikmatkan pada ku.. tidak pernah aku bersyukur.. malahan aku bermegah didunia yang semakin tua usia.. setiap kedipan mata ku ini.. tidak pernah aku bersyukur.. malahan kedipan itu bukan untuk menanggisi setiap anugerah nikmat mu.... malahan ku menjadikan ianya sebagai pelena tidur ku malam2.. hingga ku terleka dari mencari redha mu... setiap suara yang keluar dari bibir ku.. tidak pernah aku bersyukur.. malahan aku mendendang manja suara aurat ku pada meraka yg bukan MuhriM ku.. pendengaran ku bukan lagi ku bersyukur dengan mendengar zikir mu.. sebaliknya.. aku mendengar caci maki. umpatan..oh TUhan..

ya Ilahi..
masihkah aku ada kesempatan?? mencari redha Mu.. Masihkah ada kasih Mu untuk ku..
Maafkan aku Ilahi..seLama ini tidak pernah aku bersykur..   =(

pic : cintailah aku kerna ALLAH

Sunday, 30 January 2011

lirik : InsyaAllah version Malay - MAher Zain

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersama mu..
insyaAllah..insyaAllah....insyaAllah
ada jalannya…

andainya..
kisah mu berulang lagi
bagai tiada ruang untuk kembali
tika keliru
atas kesilapan lalu
membelengu hati dan fikiran mu
janganlah berputus asa…
kerana Allah bersama mu..

InsyaAllah..
Ada jalannya…
Kembalilah
Kepada yg Esa
Yakin padanya
Panjatkan lah doa
Hu Ya Allah..
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan  daku ke jalan yang benar
Kejalan yang  benar
kejalan yang benar

InsyaAllah….InsyaAllah..InsyaAllah
Ada Jalannya



Saturday, 29 January 2011

CInta Vs KAwan

petang ni nak bukak toPik sikit..
selepas baca entry alia ..
aku pun tergerak gak la nak cter topik yg sama ..
to My Hubby tak Mau marah yer...
=)
ni pandanGan aku tentang cinta ngn Pershbatan..

aku pernah mengalami saat2 itu dulu..
cinta dulu...(bukan skg k )
kenapa bila kita bercinta ..
kita lepaskan persahabatan kita????

walhal kita telah berkwn ngn shbat kite dah bertahun
tak pun lebih lama dari kekasih kita..
tapi bila dah declare..
atas sebab cemburu bf/gf kta
kita rela lepaskan sahabat kita..

saat saat itu aku pernah alami..
dah teramat sedih bila..
kita putus tau dah break ..
kita sudah tidak mempunyai teman lagi..
sebab dulu dah berkebit ngn awek/balak
24 jam 1 hari..
(oh aku kah itu???)
sampai shbat kita
kita tolak tepi tak pun dah campak dalam guni..

lagi2 maslh timbul bila sahbat kita tu lain jantina ngn kita..
alahai jadi isu lagi..
tak blh la..
itu la ini la..
kawan is kawan
kekasih is kekasih..
wat the different is.. LOVE.. rite???
bila kita berkawan ( bestfrenz)
kta pasti syg akan shbat kita.. rite??
tak de syg tu bukan namanya Bestfrenz dlm erti kata Bm.. KAwan baik..
kalau kwn baik kite tu sedH mesti kite pun sdh..
kan??? dia happy kte turut sama happy..

kekasih??
ermmm.. sesorang yg menduduki satu tangga lebih daripada seorang shbt..
dan memiliki satu ruang yg terhad hanya untuk seorang sahaja..
dan ruang itu berada di hati kita.. i`m rite???
kenapa nak gusar wahai kekasih.... jika kau tahu dia mencintai kau?
dan jika kau mempercayainya..
tidak perlu kelam kabut nak cemburu membuta..
tak pasal2 kekasih mu terasa kebebasan berkawan dia di tarik ..
hilang nikmat hidup bila kita hilang kawan.
binatang ssekali pun berkawan..
INGAT tu!!!

ramai orang akan kehilangan sahabat bila bercinta....
ermmm antaranya aku dulu pun merasainya...
cinta itu.. akan terpupuk dari hati...
bergitu juga persahabatan.. terpupuk dari jalinan kasih syg..
sama dengan cinta..
yang membezanya.. perasaan cinta..

oleh sebab itu..
pada pandangan aku la..
jika kita ingin menerima seseorang itu sbgai kekasih..
terima lah jua kawan2 nya..
tak kira lelaki atau perempuan..
jika gf/bf  kalian itu mempunyai shbt berlainan jantina
kamu terima la shbt dia juga sbgai shbt mu..
pasti hbgan kamu berjalan lancar..

jika hbgan pershbtan itu menggundang cemburu..
berpesan pada kekasih kalian.
agar memahami cemburu hati anda..
supaya dia mengerti yg hbgan pershbatan itu membuat kamu terasa..
pershbtan itu ada btasan nya
begitu juga cinta!!! harap maklum ok..
tiada beza gf/bf with bestfriend okes..
sebab 2 2 belum ada ikatan sah...
so.. Bf/gf blh tegur.. nasihat..
BUT
NOT ORDER!!!
itu tak blh.. cam ni tak blh..
itu dah  mengongkong namanya..
dan ingat!!! u are not husband n wife ok!!
tiada jatuh derhaka
walaupun dia tidak menurut kata kalian..

i`m rite?? ekekekekke

dalam PerCIntaan dan persahabatan itu perlukan kejujuran , kepercayaan dan bertolak ansur..
tiada manusia yg sempurna ..
kita di lahirkan dengan satu kekurangan yang akan di tapungkan oleh insan yg bernama sahabat..
dan kita pasti perlukan shbat...

so apa kata : jadikan kekasih mu itu
isteri, kekasih, sahabat, dan rakan.... pasti hubungan korang line cLEArrrr.. ekekekek

i lOVE my BEstFrIend ;- asma.. adila.. bad.. hatna..azlianie..anuar fariz..
i LOve my LOve.. :- sharol irwan

so??? bershbt berpada2..
dan bercinta lah dengan berpada2
ingatan n pesanan ini pun
untuk aku jugak...

to hUbby : jaNgan terAsa.. =) ekekekke... i have told u rite...

mO0d nak Mandi.. nak tgk bola KLataN vs SLgorrrr... with my temuk n ana  :)

Friday, 28 January 2011

cABINET FROm balSA wOOD- OWn DESiGN

hari ni hari aku nak anta projek 1 ku bg sem ni..
hahahaha.. tak de seni wehhhhhhhhh
kesian kabinet aku...
aku nak design ala moden..
tp miss nak gak ade wOod ni nampak cam kayu..
gune Shelek..
so aku pun terpaksa la..
ilang MuD.. aku baru je nak berangan
nak kaler Pink ke.. hitam ke.. white + blue ke..
eiiiiiii
huhuhuhuhhuhuh








HohOhoho.. ni hasIl kerje yg malas.. banyak kerje.. jadi aku pun malas... tp kalu la miss izin aku cat kaler lain.. aku kan asti jadi rajin skit ler.. ekekekekek hahahahaahha, i can la...
i will change shelek to kaler Merah + putih.. oh mODen kottttttttttttttttttttttttt...
tapi tu la miss aku nak gak warna kayu ni.. dh la merosakkan design aku... salah cara shelek.. habis woOd korg melengkung.. aduhaiiii

to adik2 yang bawah aku dan akan merasa mereka cipta product subjek MOdel Making.. ..siMpan duit banyak2 yer.. and lakukan kerja dgn cepat.. sebab blum hBs projek 1 dah nak msuk Projek 2.. wat theeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

ermmmmm but.. kat bwh ni la hasil kerje aku.. thanks kat my hubby tlg belikan Taniah liat ( clay )



MoOd : nak TIto.. taPi de KElas FINITE lak .. malAs Nyer.. ( jgN jadI Cam aku maLas derrrrrrr ..bIle nak majU cam giNi ) ekekkekeke

1 hari di TIme Square

Monday, 24 January 2011

bila Aku kEnE maRaH

= (
sedEynyE hari ni..
akU kEne MArah..
aku tak De niat pUn naK wat dia terasa..
aku cuma cakap ape pandangan aku..
sebab itu mmg aku..
bukan sNg nak Buat keputusan
dan lagi bUkan senang
untuk hadapi..

aku sayang dia..
sebab Sayang la aku reLa..
kata dia
"tak sayang abang ke???"
ayarkkk..
kalau tak sayang..
tak kan aku rela..

kerana cinta dan kerana sayang
semua itu aku terima..
tidak aku minta pun tuk begitu..
tapi kalau itu terjadi..
aku rela..

"abang tak suka "
janji.. pasni tak cakap lagi..
= (
janji.....
tak suka cam ni....
hati tak tenang....

Bile seDih mcm ni..
buat aku lapar...
cam nak gastrik dah..
tahan aisya.. esok je makan..
eh tak leh esok nak pose...

sedih nyerrrrrrrrrrrr
bile dia diam..
bile aku sedih.. aku mudah menanggis..

dah ilang Mo0d...   :'(  lapar + sedEy

Adakah Benar KAcang Soya baik untuk Kesihatan???? Jom Baca !!!

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. 
Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(: komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(: phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTADikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Wallahu a’lam
Ustaz Hashim Al-Maranji

Saturday, 22 January 2011

aku Jatuh cinta

Saya dah jatuh CInta...???
Ermmm... aku pun tak jangka dan sangka
benar aku ramai kawan lelaki..
dan ade yang melafazkan kata2 cinta..
maaf.. =(
tidak Bisa meneriMa kalian..
pintu hatiku belum terbuka..

tapi..
dia hadir tanpa dijemput dan diundang..
dia datang membawa pensil..
melakar namanya dihati,,
dengan perlahan2..dia meletakkan tanda di hati ku..
dimanakah kunci mangga pintu hati ku dia temui..
aku sendiri tidak pasti..
aku tidak tahu..
yang pasti aku jatuh cinta

walaupun berbekalkan pensil
namun dia berkuasa magic..
hitam karbon itu membuat menjadi pelangi..
mewarnainya tanpa tercalar sedikit..
rembulan pasti tersenyum..
adakah itu cinta???

hatiKu telah dia bawa ..
walaupun hanya berjoging.. 
namun dapat ku rasa hati ini sedang menari canda
dapat ku rasa hanggat cinta itu 
sedangkan bukan dalam pelukkan
dapat ku tenang dengan cinta itu
sedangkan bukan dalam belaian..
dapat ku menanggis tanpa disedari
bersyukur memiliiki mu bernama lelaki
untuk ku mencari cinta hakiki.. 
kau tuntunilah aku kejalan abadi...
kerna aku telah jatuh cinta
padamu bernama lelaki..


nurKilan kakcha....

tErima KAsih Cinta

telah akU patri..
uNtuk menCIntaimu...
Ku berHAraP kaU menJAdi KEkasiH hati ku
dan aku MEnjadI INsan Di HAti mu

aKu IngiNkaN dIrImu..
datanG di Sisi Ku..
dan akaN ku KataKAn aKu sanGat MENyinta..
tiada bIsa Ku UngKap seriBu kata

selama ku Bersendiri
ku Ingin tedUh di bahU CInta-NYa..
haDirmu aKu ingiN Di PeLukkanNYa..
KErNA menGhadiahkan mu Kepada ku..

Aku DaMbaKan KAsih IkhlaS mu..
Aku INgiN cInta mu kErNa Ilahi
Aku INgIN dedaUnaN berGuGUran ,,
gUgur dGn SenYuman MelIhat cinta..
aku Ingin Bulan sentiaSa TerSeNyum
KErNa KeIkhlasan cinta..

aKu Ingin KasIhNya..
dan Aku Ingin kasihmu KeraNa NYa
aKu ingin Cinta itu..
KErna kU IMpikan Cinta Nya dari Cinta mu.....
BimBinglah aku kerna kasIh mu
tuNtunilah akU kejalan ILahi kerna cintamu...

teriMa kAsih cinta...

Thursday, 20 January 2011

KHuraFat Vs MElataH

hai Hai guys.. n GUrlzzzzz...
Hari ni PepaGi aku kuar .. waYang & Nak ngUrut kaKI Ku..
ekekEKEk.. BErTemAnKan seORaNg JEjAKa..
aKu Pun MelANgKAh KE TrEn.. 
huhuhuhuhuh...
Times SquaRe.. aKu samPai.. SamPAi JE
aCtLy BErBElah BerBAhagi NaK tgK Cter per..
KHurafat Or HantU MAk LImah..
SHaRol Nak TgK Hantu Mak lIMah..
taPI MAap Yer Prenzzz..
Cter tu LamBt Sgt.. Kte TOtOn cter Khurafat ler ye..

ekekek..
tapI derrr ..
selama 90 miNIt tanYanGn nya..
beberapa kalI jerk Aku tgk Skrin hahahha
Aku takUzzz.. Bukan tkaUzz hantu..
Tp Tkauzz akU terkEjut..
ekekekekke

taPi Dlm takUT tu..
aKu syIK terGelak Je..
alAHai.. BILe ADe BabaK Yg MenGeJUtkan
hahahahah Pasti ADe ORanG MelaTah ekekek
aku sakIt PErut Ya Allah kelakar la..
bukan sekali tapi beberapa kali..
tak Leh Bla.. ahhahahahah
sabar Je la..
huhuhuhh.. I Like...

tp cter tu.. MMg SUsPen..
cter dia..waaaaaaaaaaaa 
kAlau korg taNya cam ne jaLAn cter..
aku serius ckP "TAK TAHU "
sebaB aku Tak tgK JlN cter SEPEnuHNya...
hahahha korG Nak TAHU tgK SENDiri dErrrrr

waYanG dh Hbs nak g Ngurut kaKi..sekali....
 KeDai yg AKu PerGi dlu dah Tutup...
yg Baru AgaK2 MAhal..so aku pun tanggUh Jer Niat..
walHal Kaki Punye la sKT BEbenOr..  

:-adE sEsaPa nak tlg Bwk kter G Urut??? tlg Sy.. BAntu Saya.. saYa Anak yatim... tak berBapa..  :'(   

Monday, 17 January 2011

KELIP-KELIP dan aku....

kelip-kelip itu cantik .. satu serangga yang menghadiahkan cahaya pada malam2 yang gelap.. kalu dah malam itu.. mestilah gelap kan???? tinggal di dlm hutan.. belukar... berterbangan dimalam hari.. memperlihatkan kecantikkan diri.. kekiri kekanan.. keatas kebawah.. sayapnya membawa diri.. terbanglah kelip-kelip selagi kau masih mampu terbang...

namun , aku bukan kelip-kelip.. kerana aku dilahirkan diatas muka bumi ini sebagai manusia..yang mempunyai akal , hati dan perasaan.. yang mampu membezakan yg baik tau yang buruk.. tetapi kelip-kelip pasti tidak teringin menjadi seperti aku.. hidup dimuka bumi yang penuh ranjau dan dugaan.. sesekali aku terlintas berfikir kenapa aku tidak dilahirkan seperti kelip-kelip.. subahanallah.. aku adalah ciptaan sebaik-baik makhlukNYa....

walaupun kelip2 tidak perlu memikirkan tentang pelajaran.. tentang kehidupan.. tentang politik.. tentang dunia.. tentang dosa.. tentang neraka syurga.. tentang hari kiamat.... namun aku bersyukur aku dilahirkan sebagai manusia... khalifah di muka bumi ini..

namun bila terlintas akan dosa dan pahala.. akan syurga dan neraka..akan hari kiamat... aku semakin takut.. dan terlintas mngapa aku tidak seperti kelip-kelip.. hanya berzikir kepada Tuan sekalian alam.. mengapa tidak aku menjadi kelip-kelip menyerah seluruh jiwa raga kepada Allah yang maha pencipta???? semakin hari semakin pelik fikiran aku... namun aku bersyukur kerana hai ku masih ada takut pada DOSA dan PAHALA....


kelip-kelip cahaya mu kuning..
cemburu aku pada mu kelip-kelip..
cantik warna menyeri malam...
cemburu aku pada mu kelip-kelip.

kelip-kelip cahaya mu kuning..
cemburu aku pada kecantikan mu kelip-kelip..
memberi senyuman pada insan memuja mu..
cemburu aku pada mu kelip-kelip..

kelip-kelip cahaya mu kuning..
cemburu aku pada kebebasan mu kelip-kelip..
terbang melebar sayap menyinar malam..
cemburu aku pada mu kelip-kelip.

Sunday, 16 January 2011

Wanita Yang HArus di Kahwini dan dicintai...

SyaIr Rabi`ah saNgat indah

Gelasku, anggurku dan teman minumku ada tiga
Dan, aku yng dirundung rindu cinta adalah yang keempat
Gelas kegembiraan, kenikmatan mengelilinginya
tiba-tiba orang yang diajak minum di telaga mengikutinya

Bila aku memandang
Tiada kulihat kecuali milik-Nya
Wahai orang yang mencelaku
Aku mencintai keindahan-Nya
Demi Allah, telingaku bukan untuk mendengar celaaanmu
Berapa kali terbakar  dan harapanku sia-sia
Yang mengalirkan air mataku
Kesedihanku tiada meningkat
Hubungan tiada tersisa
Dan mataku yang terluka tidak tidur.

seorang pemuda bertanyakan pada penulis kolum Mustafa Amin :-
" wanita bagaimanakah yang harus dikawini??? adakah  dia harus berkahwin  dengan perempuan berpelajaran, yang menguasai banyak bahasa asing, agar dia dapat menemani melancong ke Eropah atau Amerika? atau wanita cantik dan menarik yang akan mendampinginya dalam pesta pertemuaan yang disinari berbagai lampu? atau wanita yang bekerja  sehingga memahami makna kerja dan mengambil berat kepayahan, kesukaran serta hanyut dalam kerjanya? atau wanita yang dapat menjadikan rumahnya syurga, tempat berehat dari kesengsaraaa daripada bekerja terus menerus?

Mustafa Amin menjawab :-
    "kamu perlu berkahwin dengan seorang wanita yang memiliki beberapa sifat. Wanita  yang kamu kahwini haruslah bagaikan tongkat yang dapat kamu gunakan ketika kamu mendaki gunung. Ataupun, bagai payung yang dapat kamu gunakan untuk melindungi kepalamu  dari hujan dalam bahtera kehidupan.
   "Kamu memerlukan lampu yang dapat menerangimu ketika berjalan dalam gelap, kompas yang dapat kamu jadikan pedoman arah kebingungan, Dia adalah umpama almari yang selalu bersedia menyimpan rahsiamu, enjin yang dapat mengendalikan perjalananmu sehingga bersemangat membara dan kuat keika menghadapi serangan lawan, ubat kepala ketika kamu pening, suara merdu yang dapat mendodoikanmu agar matamu dapat terpejam  ketika hendak tidur, sapu tangan untuk mengusap air matamu dan mengeringkan keringatmu ketika kamu penat, pembalut yang dapat merawat lukamu, penawar yang dapat  emnghalang sampainya hiruk pikuk ke telingamu. Dia adalah teman berunding dalam merundingkan  masalah yang kamu hadapi. Jika kamu mencari orang bijak untuk menyelesaikan masalahmu, kamu dapati dia dalam pelukkanmu. Jika kamu memerlukan teman , dia adalah sahabat setiamu. Dan jika kamu kehilangan ibu, kamu dapati pada isterimu kasih saynag  yang melimpah ruah seperti aksih sayang ibumu. Serta, dia rela berkorban dan berjuang bersamamu.
  "Lelaki biasa hanya memerlukan wanita yang biasa. Tetapi lelaki yang bertuah, bermakna lelaki yang luar biasa sehingga memerlukan wanita yang luar biasa juga. Dia sanggup memikul beban melebihi wnaita biasa, yang lebih sabar daripada Nabi Ayub a.s, yang tegar bak gunung, yang menjadi tiang penyokong lelaki yang fakir hati dan akalnya."
   "Dia yang dapat mengembalikan harapanmu ketika kamu sedang berputus asa. Dia yang dapat membangkitkan semangat dan kemantapan hatimu ketika kamu sednag bergolak. Dia yang dapat membuatmu tersenyum ketika kamu tidak tersenyum. dia yang penyantun ketika kamu terhimpit. Dia yang dapat bergaul sesama manusia dengan baik, sedangkan dia sedang berkuasa bagai ratu dn menahan diri dari membazirkan harta. Sewaktu reputasi tinggi, dia semakin tawaduk. Sewaktu kedudukan meningkat , dihulurkan tangannya untuk mencapai orang yan jatuh di atas tanah. Jika suaminya mempunyai kedudukan yang tinggi, ditariknya supaya merendahkan diri. Jika suaminya muflis, dia melayannya seperti orang yang paling kaya dimuka bumi."
Pemuda itu berkata " Mustahil aku mendapat isteri seperti itu!"
Mustafa Amin menjawab :-
   "Setiap Wanita yang benar-benar mencintaimu dapat bersikap seperti isteri ideal seperti apa yang kamu inginkan, jika dia benar-benar mencintaimu!"
Demikian paparan Mustafa Amin. Sesungguhnya, beliau ingin meyakinkan pada pemuda itu bahawa dia boleh mendapatkan isteri yang ideal, apabila isteri itu mencintainya. Ini kerana orang yang cintanya sejati, pada hakikatnya , tidak akan derhaka pada kekasih yang dicintainya. Dia akan selalu melaksankan apa yang diinginkan kekasihnya, Jika dia mengaku mencintainya tetapi sifat, dan perilakunya sering kali membuatkan hati orang yang dicintainya sedih, maka sesungguhnya dia tidak mencintainya. Dia mencintai kekasihnya hanya pada mulutnya sahaja , bukan mencintai secara tulus.

Muhammad Iqbal, pujangga sufi dan ahli falsafah Islam , bersyair :-

Apabila diri menjadi kuat dengan cinta
Kuasanya Menguasai seluruh dunia
Langit yang menghiasi angkasa dengan bintang
Mencantas putik ini dari dahan diri
Tanganya menjadi tangan Tuhan
Bulan terbelah dengan jari-jemarinya
Dialah penimbang tara  pada semua sengketa dunia


Itulah rahsia cinta. Cinta menjadikan yang jauh menjadi dekat, yang berat menjadi ringan dan yang  pahit menjadi manis. Sebaliknya, Kebencian menjadikan yang dekat menjadi jauh, yang ringan menjadi berat dan yang manis menjadi pahit.



Thursday, 6 January 2011

Doaku UntukMu

Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat karib dan mereka tinggal berjiran. Kedua-dua mereka hidup dalam kesempitan dan kemiskinan. Setelah selesai berusaha sepanjang hari, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka setiap hari. Setiap hari ketika pulang dari kerja , mereka akan singgah di masjid untuk solat dan berdoa.

"Apa doamu hari ini?" Tanya Ahmad kepada sahabatnya." Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki.Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa." jawab Ali. "Engkau pula?"tanya Ali. Ahmad hanya tersenyum tanpa memberikan apa-apa jawapan/

Keesokan hari, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. " Alhamdulillah, majikanku memberi bonus ada hari ini.Doaku telah dimakbulkan". "Alhamdulillah, hari ini engkau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad. " Aku akan berdoa supaya isteriku selamat bersalin" jawab Ali. Selepas itu mereka berdua masuk ke masjid untuk menunaikan solat dan berdoa. Selesai solat dan berdoa, Ali bertanya, "Kau berdoa apa pula hari ini?" Ahmad tetap tersenyum tanpa memberikan apa-apa jawapan.

Selang beberapa hari, Ali memberitahu Ahmad satu lagi berita gembira. "Isteriku telah selamat melahirkan seorang anak lelaki malam tadi"kata Ali. "Aku berdoa agar anakku selamat"kata Ahmad dengan muram." Kenapa dengan anak kau?"tanya Ali sedikit bimbang. "Anakku tak shat Ali.Keadaannya membimbangkan " kata Ahmad ."Insya-Allah anak engkau akan sembuh. Engkau doakan kuat-kuat sikit.Minta anak engkau cepat sembuh"pujuk Ali.

Selang beberapa hari, Ali bertanya "bagaimana keadaan anak engkau?". "Masih macam itu juga tapi keadaannya baik sedikit"jawab Ahmad."Doa banyak lagi Ahmad. Aku tak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau...."Kata Ali. "Kenapa dengan aku?" tanya Ahmad. "Mad, aku lihat doamu tidak mustajab". Ahmad tersenyum. Melihat Ahmad  tersenyum, Ali semakin hairan lau bertanya lagi. "Aku hairan, doa kau tidak makbul tapi engkau masih boleh tersenyum?".

"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah"kata Ahmad."Doa yang mana?Sebab aku tak nampak apa-apa perubahan pada engkau"kata Ali hairan.

"Doaku daripada dulu lagi hanya untuk kau , sahabatku. Setiap hari aku akan berdoa supayaAllah makbulkan setiap apa yang kau doakan pada-Nya".

Pengajaran : Doa kita untuk ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara amat tinggi nilainya di sisi Allah. Apatah lagi bila  kita berdoa tanpa pengetahuan orang yang kita doakan . Itulah keikhlasan. Sayangnya, ia jarang dibuat oleh kita. Manusia sering mementingkan diri, sekalipun dalam doanya kepada Allah. Marilah kita berdoa untuk kebaikan umat  manusia keseluruhannya.

HAdiah tuk Dia....

salam u allz...
aku rase cam nak bagI hadiah..pagi2 ni tergerakkan hati suci ini lak.... nak bagi hadiah paDa pengOmen dan semestinya yg sentiasa SinggH di Blog Aku..
sekadaR nak mengucapkan terIma kasih seBAb sUpport mY blog.. hadiah tu .. raHSia beB... tp yang pasti istImewa dari aku..

haakssss... so pAda mereKa yg SinggaH bLog aku.. daN meNinggalkan Komen aNda Di sIni..dan laYak di beri UcapaN terima KAsih kerana Sentiasa supPort aku.. siLa tiNggalkan link2 anda..supaya aku dpt Contact korg Jika Korang Berjaya..

HadiaH aKu berlandaskan Jantina Korg la yer.. ekekkekeke... so Siapa rase dh byk Kali tiNGgaLkan jejak. dan sentiasa lawat Blog akU. aku Ucap terima kASih.  dan yg terPilih itu. adalah rezeki dorg dPt brg/haDiah free yer.. OKeYsss la.. cau cin cauuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Wednesday, 5 January 2011

Kehidupan

Dorg Ckp sal Aku ke??

tadi aku Buka MukaBuku aku.. adalah terbaca kat apeknye Mukabuku..
dia kesian kat elia.. sebab kene maki hamun.. saper elia??? elia tu wek apek la..
sian lak si elia.. (ada tgk pic baru dia bertudung.. cantik.. tanpa cermin mata..sesuai gtu ngn apek)

err aku seRba salah lak.. ye la.. katanya de org maki hamun elia dlm blog2 dorg... err aku pun ade tulis gak pasal dorg kat blog aku..tapikan.. elia.. kak cha tak maki hamun kamu yer.. just cter2 bertapa femes nyer kamu.. errr tak caya baca lah klik, terasa gak aku walaupun tak mkn cili ,yer ar.. aku pun ade gak cter sal dorg dua.. waaaaaaaaaaaaaaa aku tak berslh.... tak kutuk2 pun...

serba slh lah pulak.. tak da niat nak kutuk2.. akak ckp kalau akak tempat elia.. enth apa jadi ngn akak... hahahah itu jer.. tak sUka nak kutUk2 tak de keNe mengena nie..

saPer ni nak kutuk2 dia Ni?? alahai.. tak baIk tau ( bukan nak tunjuk baik.. mmg baIk ni tau!!).. dia Nyer suka la nak cter sal BFF (boyfriend forever) dia.. korg ni berdengki lak... yg peNting apa kita buat berpada2...jangan berlebih2.. kurang garam gula tak per.. lebih2 ni  bWk pnyakit tauuuuuuuu...

tak apa elia.. buat apa yg betul.. jika salah blh diperbetulkan.. orang ni biasa la.. nama g manusia.. penyakit PHD  tinggi sgt skg ni.. tak leh tgk kejayaan n kesenangan orng la tu.. taK pun BerJeles jelesan ... akak jeles gak.. sebab ramai kot lawat blog anda.. ekekekeke.. jeles i....  :P

to elia n apek.. tu la dunia glamor u.. kita wat baik org tahu... buat jahat lagi2 la orang tahu.. main bola sepak pun glamor tau.. kawin ngn saper.. awek dia org mana.. makan aper.. tak makan apa... pakai bju kaler aper... slmt yg dlm  dorg tak tanya.. ekekek.. bersabar yer..

yg penting hidup kene terus berlandaskan hukum ISlam.. baru Eppy... baru Di berkati.. tak gitu u allz... tata..  muahsssssssss lebih kat  korg dua  :*

p/s : elia ex student UiTm Machang erk?? kwn akak ramai situ.. sebab i pun org Klate...