.....

Tuesday 14 December 2010

Saya Inginkan Suami Yang Soleh

Setiap kaUm hawa pasti inginkan suami SOLEh?? betulkan???

"Saya harapkan seorang lelaki yang soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"

itulah jawapan yang selalu diberikan Oelh wanita, jika dia ajukan soalan tentang lelaki yang didambakan. Mungkin jika doa kita itu, dimakbulkan Allah s.w.t . kita memperolehi suami yang soleh, taat kepada perintah Allah.

tapi bersiapkah wanita itu dengan memiliki suami yang soleh?? tepuk dada tanya hati..

lelaki yang soleh amat takut dengan Allah. Salah satu buktinya dia takut meninggalkan solat. sehingga apabila dia mengahwini seorang wanita, pasti dia akan menyuruh isteri itu menunaikan solat sehingga  memaksa solat. kerana itu tanggungjawabnya sebagai Imam keluarga. tapi si isteri pula liat utk solat sehingga sanggup memarahi suami... Bukankah Si isteri inginkan lelaki Soleh???

suami yang soleh, pasti akan mengerjakan solat-solat sunat. dan semestinya suami soleh pasti ingin mengerjakan solat sunat seperti tahajud bersama isteri tercinta , kerana ingin bersama ke syurga. tapi apabila suami kejut solat tahajud, kenapa si isteri merunggut??? Bukankah si isteri inginkan suami soleh???

Suami yang soleh taat kepada perintah Allah. dalam Islam, wanita wajib menutup aurat. jadi pasti si suami akan menyuruh si isteri memakai tudung, tidak memakai pakaian yang mendedahkan aurat, tidak membenarkan si isteri mekap tebal-tebal. tapi ada si isteri tidak gemarkan ini . Pelik.. dulu mendoakan mendapat suami yang soleh.. tapi bila dimakbulkan banyak la bantah cakap suami.

lelaki yang soleh juga menjadikan "masJid" sebagai rumah keduanya. itu pun tidak digemari setengah wanita. asyik-asyik kemasjid je katanya.

Syurga bagi wanita itu letak di suaminya, dan syurga lelaki itu letak di bwh tapak kaki ibunya. jadi lelaki yang soleh pasti akan taat kepada si Ibu dan bapanya. sehinggakan bakti pada ibubapa melebihi isteri. menyebabkan si isteri cemburu, aikkkk.. bukankah dulu ingin kan suami yang soleh ( taat kepada Ibubapa )
sudah miliki.. kenapa pulak mahu di cemburu??? bukankah ini doa kamu??

suami yang soleh, pasti akan hidup bersederhana, kerana dalam islam mengalakkan kita hidup bersederhana. wangnya pasti dihabiskan utuk perjuangan islam. suami soleh pasti takut untuk mengambil rasuah atau duit haram. jadi dia tidak mampu memberikan kekayaan, emas berlian berjela-jela dan kemewahan kepada isteri.
ini lagi tidak digemari sesetengah isteri. dulu doakan mendapat suami yang soleh.  tapi sekarang tidak gemar kan sikap si suami.


Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhir




p/s : fikirkan lah.. bersiapkah kita (wanita ) untuk memiliki suami soleh??? 

1 comment: